John - bayangan gurauan yang menyeksa jiwa.
Fel memandu keretanya melewati barisan rumah-rumah semi-D yang tersergam indah di kawasan taman perumahan yang aku diami ini. Aku tahu dia sengaja melintasi halaman rumah Melati. Aku juga percaya bahawa dia mengetahui lokasi rumah Melati sedangkan rumah aku juga dia ketahui. Sungguh cekap penyiasatan yang telah dilakukan olehnya. Siapakah Fel ini yang sebenarnya.
Semasa berada di dalam kereta, aku hanya mendengar percakapan antara mereka tapi dapat menangkap butir bicara. Aku seperti sedang berimaginasi di dalam dunia aku sendiri. Lantaklah diorang nak membawang ke, menyerai ke tapi yang pasti tidak mengunyit. Wekkk! Sumpah aku terajang kalau diorang cuba melakukan aksi songsang yang memedihkan mata.
"Babe, aku harap sangat rancangan aku ni bakal menjadi kenyataan. Kau buat kerja kau.. Aku buat kerja aku. Tapi, setiap apa-apa yang kau lakukan. Please inform to me!" Pesan Fel ketika menurunkan aku di hadapan perkarangan rumahku. Aku sekadar mengangguk tanpa suara.
Fikiranku sedikit berbalam-balam seperti baru usai dihipnosis oleh seseorang. Aku melangkah masuk ke dalam rumah dan terus meluru ke dalam bilik. Melihat hamparan tilam bujang yang terbentang, aku merasa terpanggil untuk merebahkan badan. Kepalaku berat, badanku mula lesu. Mungkin tidak balas dari benakku yang sarat emosi.
"Apahal ni bro? monyok je.. " Tegur Mael yang muncul bersama gitar kapak yang menjadi teman setianya. Petikan gitar lagu Two Steps Behind dendangan kumpulan Def Leppard berkumandangan di udara. Alunan suara Mael turut mendendangkan lagu selajur dengan petikan gitarnya.
"Siapa awek-awek tadi?" Soal Mael ketika dia berhenti dari memetik gitar. Sebatang rokok dinyalakan pada bibirnya. Hidungku tercium haruman asap rokok.
"Lain macam je bau rokok kau ni Mael?" Aku tersengih. Dia menjeling kepadaku " Ni rokok Surya perkasa hitam, Kau nak try sebatang?" balas Mael seolah-olah memahami sengihan dariku.
"Mana kau rembat kretek ni?" Aku menyedut rokok pemberian Mael. Mungkin selepas ini jasad akan terbujur di sini manakala roh akan bergentayang di udara. Woi, itu istilah untuk mati.. Lalu aku mengizinkan minda untuk menjelajah dan meneroka ke dalam satu dimensi yang sengaja diciptakan.
"Bukan rembat lah, aku beli dengan Wak Parjo yang kerja kat projek hujung taman ni.. Bukan sahaja Surya aje, tapi dunhill, marlboro pun ada. Tapi dari Indon lah. Rokot seludup bro, terpaksalah beli..dah rokok kat sini mahal nak mampus!" Mael berceloteh. Kadang-kadang kawan aku ni boleh juga membebel tak tentu pasal.
"Kau pernah jatuh cinta, Mael?" soalku sambil mengerling ke arah Mael. Pemuda itu seperti tekun melakukan 'tuning' pada gitar kapok.
"Weh, apa yang kau tanya tadi?" Mael mengangkat wajahnya dan berpaling kepadaku, "Jatuh cinta tu anugerah Tuhan kepada makhlukNya. Kalau kau tak pernah jatuh cinta, aku sure kau termasuk dalam golongan kayu dan batu. Sebab setiap makhluk yang bernyawa ada mempunyai perasaan. Dan cinta itu wujud dalam perasaan yang diciptakan olehNya. Cinta itu adalah satu perasaan yang unik dan menarik. Cinta itu boleh menjadi madu malah boleh juga menjadi racun yang berbisa."
"Cis, aku tanya kau ni. Kau pernah jatuh cinta ke? Bukan tanya apa itu cinta, bongok! Lain orang tanya lain dia jawab!" Tingkahku sedikit radang.
"Chillex lah bro, layan kepala tak boleh sentap-sentap.. Bahaya untuk perahu-perahu kecil yang sedang berlabuh. Andai ombak yang datang membadai, ada jua terkandung hikmah. Namun jika tsunami datang mengganas, pasti binasa membawa padah. Mengerti? Begitulah hakikat dengan cinta. Andai itu cinta suci yang kau hulurkan akan adanya balasan baik untukku, andai cinta kau itu bersulam dengan nafsu, mungkin ada aib yang harus kau pikul."
YOU ARE READING
BUNGA, LEBAH DAN TEBUAN.
Lãng mạnDIA adalah sekuntum bunga yang mekar mewangi.. Dia sang lebah yang gemar berkeliaran mencari bunga. Aku... eh..kenapa aku jadi tebuan... Arghhh.. Ini bukan cerita hero dan heroin yang agak klise.. sudah ditakdirkan aku dilahirkan menjadi 'hantu' d...