MALIKA 02

156 33 4
                                    

"Malika!"

"Apa?! Eih minah ni!," Malika hempas mata pisau ke papan pemotong. Layla yang sedang memagang senduk itu dipandang tajam. Tak habis-habis Malika, Malika, Malika and Malika.

"Tak payahlah main-main pisau tu, yang kau cucuk-cucuk bawang tu dah kenapa?" Layla buat muka sakit hati. Geram bila bawang dah cantik terpotong dirosakkan oleh Malika.

Malika terus herot bibir menyampah.

"Tak payahlah nak emo, tahulah aku ni tak reti potong bawang,"

Terus berubah wajah Layla.

"Malika--"

"Aku gurau jelah!" Malika gelak halus. Tahu pulak budak depan dia ni cuak.

"Dah, kau pergilah suruh budak-budak bersiap. Kejap lagi nak masuk Maghrib,"

Malika juling mata menyampah sebelum melompat turun dari kerusi. Sempat dia rosakkan beberapa bawang Layla sebelum dia berlari anak naik ke tingkat atas.

Layla hanya mendesis geram sebelum kembali fokus dengan masakannya.

Sampai sahaja Malika di tingkat atas, nafas panjang ditarik. Figura-figura yang masih melepak di luar bilik Malika tatap tajam. Selagi tak disuruh, jangan harap nak bergerak.

"Adik-adik," Malika lembutkan suara. Psiko.

"Mulut tu tak boleh berhenti kejap ke?"

Tiga gadis itu menyengih bila Malika tiba-tiba datang menegur.

"Ke dah sembang kencang sangat sampai tak reti nak berhentikan?" Nada Malika bertukar dingin.

Terus berlarian tiga pasang kaki itu.

"Aaaa, Kak Malika garunk dah muncul!!"

Malika garu hidung dengan tangan kanan. Mata merenung tajam tiga susuk tubuh itu yang berlarian ke tandas. Dasar remaja tak cukup bulan. Dah tingkatan 5 masih main kejar-kejar.

Tak lama lagi gila la tu.

Malika labuhkan punggung atas kerusi di koridor itu. Ingin menyaksikan langit yang bakal bertukar warna sebentar lagi. Halaman bawah Baitul Ibtisam dipandang lama. Anak-anak kecil yang berlarian dengan telekung yang tersarung ditenung dengan senyuman kecil di bibir.

Ada hikmah rupanya kenapa dia dipertemukan dengan Umi Hafsah, pemilik rumah anak yatim ini.

Waktu Malika di ambang kehancuran, kaki tiba-tiba terpasak di hadapan Baitul Ibtisam ini. Masa remaja yang Malika rasa sukar Allah baiki semula dengan menghantar Umi Hafsah.

Dua tahun Umi Hafsah pulihkan seorang Malika sebelum dia betul-betul hidup sebagai Malika yang biasa.

Malika yang dah tak benci diri sendiri.

Malika yang dah tak rasa diri dia ni terlalu dhaif.

Malika yang dah tak menyalahkan tuhan atas segala yang terjadi dalam hidup dia.

Dan selepas dua tahun itu, Umi Hafsah bebaskan Malika dari Baitul Ibtisam untuk melihat dan menilai realiti dunia ini dengan kaca mata yang lebih terang dan tidak kabur.

Sepatutnya, Malika cari kerja dekat luar. Kerja halal apapun yang boleh buat rezeki untuk bayar semula pengorbanan harta Umi Hafsah untuk dirinya. Tapi, bila tiada satu kerja pun yang Malika layak lakukan, Umi Hafsah tawar Malika untuk jadi warden di rumah anak yatim ini.

Warden pun warden lah walaupun anak-anak yatim di rumah ini sudah dianggapnya sebagai adik-beradik.

Dah tak ada harapan untuk Malika berjinak dengan dunia luar walaupun dia masih boleh keluar dengan Layla untuk hilangkan rasa terpenjara yang Malika rasa bila duduk terlalu lama di Baitul Ibtisam.

Malika sentuh wajahnya dengan tangan kanan.

Parut di tulang pipi Malika usap lembut. Mungkin jika parut ini parut halus biasa, Malika tak adalah overthinking sangat dahulu.

Bila Malika pakai mask separuh wajah pun, dia masih boleh keluar dengan gembiranya. Tapi bila dia lupa pakai benda alah tu, Malika kadang-kadang rasa tak yakin walaupun cuma sebentar sahaja.

Parut bahagian tulang pipi dia itulah yang paling teruk sekali bentuknya. Seakan-akan wajahnya pernah dijahit dengan benang. Walaupun parut itu tak berapa nak panjang, tapi still ia sangat tidak enak dipandang.

Mujur penghuni Baitul Ibtisam tak pernah bertanya apa-apa.

Seakan-akan wajah Malika ini bersih dari sebarang parut.

"Weh,"

Malika terkejut sedikit.

"Jauh betul kau termenung,"

Malika tolak perlahan bahu Layla bila gadis itu mengambil tempat di sebelahnya.

"Suka hati lah,"

"Esok, anak angkat Umi nak datang sini," Layla tiba-tiba alih topik.

"Motif kau bagitau aku?"

Layla tersengih.

"Yelah, asal anak angkat umi tu datang, selalu kau tak ada dekat sini, benci lah aku," Layla merengus kecil.

"Bukan rezeki aku lah tu nak terserempak dengan dia. Lagipun, yang kau frust sangat ni dah kenapa?"

Malika berkerut nipis. Entah apa yang nak digeramkan sangat kalau dia tak pernah lagi jumpa dengan anak angkat Umi.

"Entah lah weh, aku macam terasa aura jodoh korang kuat--auuu!!"

Malika menjeling tajam. Layla yang kesakitan itu menggosok bahu.

"Sakitlah!"

Malika tumbuk bukan biasa-biasa.

"Kalau ya pun nak cakap benda yang tak make sense, carilah benda lain"

"Make sense apa? Aku cakap benda betul. Kau pun pernah nampak gambar dia en?"

"Bila masa?" Malika hampir-hampir nak menangis bila Layla terus menerus hentam dia dengan soalan yang karut.

"Eleh, masa kau tolong jawabkan umi punya phone masa dia call? Mustahil kau tak nampak profile dia,"

Ya allah.

Malika meraup wajah. Sabar Malika, sabar.

"Habis tu, yang kau excited sangat aku pernah tengok muka dia ni dah kenapa?"

Layla sengih.

"Handsome tak?"

"Haah, handsome sangat sampai aku rasa nak tampar," Datar Malika menjawab. Layla gelak kecil.

"Turun tak ke hati?"

"Apa yang turun ke hati ni?"

Malika dah menunduk pegang selipar bawah kerusi dia. Lagi sekali Layla tanya soalan merepek, dia akan pastikan selipar ni melekat dekat muka Layla sampai esok.

"Tengok gambar dia. Dari mata, tak turun ke hati ke?"

Satu.

Dua.

Tiga.

Layla dah selamat sampai ke tingkat bawah dengan larian 100 KM per jam.

Malika tahan mulut nak mencarut. Sekarang dah senja ni Malika, tak boleh buat bising. Hm.

MALIKAWhere stories live. Discover now