MALIKA 13

68 22 3
                                    

"Pretty,"

"Diamlah,"

"So pretty,"

Malika mendengus kasar.

"Aku kata diamlah! Eish dia ni,"

Affan tergelak. Lengannya yang dipukul Malika menggunakan beg diusap. Ngilu woi. Bukan biasa-biasa awek tu pukul. Wajah bengang Malika dipandang dengan sengihan melebar.

Rasa berdosa nak cakap, tapi serius Affan kata Malika ni cantik sebenarnya. Bukan sebenarnya, tapi hakikatnya. Malika je yang fikir jauh-jauh yang dia tu tak cantik. Setakat parut dekat wajah dan kurang upaya, serius Affan kata benda tu tak pernah cacatkan rupa Malika. Ciptaan Allah semua indah belaka. Tak payah melawan lah.

"Affan,"

"Ye,"

Malika juling mata lihat riak wajah Affan. Tak habis-habis. Mata dilarikan semula ke arah bangunan mewah yang gah berdiri di hadapan mereka.

"Ni ke tempat dia?"

"Ha yelah, inilah dia,"

Malika telan liur.

"Malika,"

Malika toleh sebelah.

Anggukan diterima dari Affan. "Just stay beside me, everything will be okay,"

"Fikir sweet lah buat ayat macam tu?"

Affan tergelak lagi. Malika ni tak boleh predicted betul lah.

"Jomlah masuk. Buat je perangai steady kau tu dekat sini,"

Malika juih bibir menyampah. Sindirlah lagi, sindir!

Sudahnya, mereka melangkah ke pintu utama itu senada. Affan tunjukkan sekeping kad yang Malika tak tahu-menahu pada pengawal yang sedang berdiri di sebelah pintu tersebut. Sambil-sambil, Malika perhati sekeliling.

Bahu Malika rasa berat tiba-tiba.

Kenapa dia kena ada di antara orang-orang berada macam ni? Rasa rendah mula menyerang diri.

"Jom," Ajak Affan menyentakkan Malika.

Mereka mula melangkah masuk ke dalam. Malika ikut sahaja Affan yang melangkah ke lobi itu. Lihat dari belakang ni, Affan yang segak berpakaian formal nampak segak lebih. Lebih sikit je. Macam Alvin Chong.

Malika cubit paha sendiri.

Gatal.

Malika lihat Affan menuju ke arah sekumpulan manusia yang mengangkat tangan mereka. Malika apa lagi? Kecut sebab boleh dah predict yang itu adalah kenalan Affan. Entah, Malika rasa takut nak hadap reaksi orang luar.

Walaupun sebelum ni Malika tak berapa nak kisah, tapi boleh jadi kedatangannya di sini menjatuhkan air muka Affan.

Kenapa, Malika?

Inner demon dah mula menyerang ke?

Malika tarik nafas sebelum mendekatkan jarak dengan Affan yang sedikit jauh daripada dirinya.

"Sampai pun,"

Affan tersenyum nipis membuatkan Malika turut tersenyum sama. Sekadar maniskan persepsi pertama orang.

"Girlfriend ke Affan?"

Salah seorang dari mereka bertanya. Malika agak ini lelaki berusia 50-an di hadapannya ini bukan orang biasa-biasa.

Affan tersengih. "Ya, pengarah,"

Affan menyiku Malika. Isyarat mata dihantar pada Malika sebelum Malika sedar lalu pantas menundukkan sedikit kepala.

"Malika,"

"Dato Jauhar,"

Tangan yang terhulur itu Malika balas dengan senyuman yang tak berapa nak ikhlas. Lelaki depan dia ni tak reti jaga batas ke?

"Oh, my bad,"

Tangan yang tadi dihulur ditarik semula. Malika herot bibir menyampah sesaat sebelum kembali ke riak asal. My bad kepala botak dia.

"Ni ayah dengan ibu aku,"

Malika senyum. Sesuatu sangat.

Jadi inilah dua manusia yang disebut Affan itu?

"Nur'al-Malika, future wife Affan,"

Malika berkata yakin. Upgrade lah sikit. Tangan dihulur ke arah Xeandra dengan senyuman senget diukir pada Doktor Mikhail. Tangannya yang tidak bersambut Malika tarik semula sebelum dikibas-kibas di sekelilingnya.

"Banyak nyamuk lah,"

Malika tersengih ke arah Affan. Affan yang dari tadi buat muka tak percaya ditatap. Terkejut lah tu. Tiba-tiba, suasana jadi senyap. Akkward. Sebelum Dato Jauhar menyambung.

"Affan taknak jumpa Nasy?"

Kening Malika terjungkit sebelah. Nasy?

"Dia dah ada dekat Malaysia ke pengarah?" Malika renung wajah teruja Affan. Macam tak sedap hati je ni.

Dato Jauhar mengangguk.

"Dia pergi tandas, kejap lagi dia datang tu,"

Affan mengangguk perlahan. Namun tidak sempat mereka bersuara, satu teguran dari belakang Dato Jauhar menyentakkan mereka. Muncullah satu figura berpakaian elegan berdiri di sebelah Dato Jauhar. Wajah ayu yang sudah bertudung litup itu Malika tatap lama dengan riak wajah yang mula memudar. Wajah tak beriak ditayang.

"Eh Affan,"

Affan tersenyum manis. Tangan diangkat menyapa rakan karibnya itu sebelum hujung baju Malika ditarik mendekat.

"Ini Malika, yang aku cerita dekat kau tu, future wife aku" Affan tersengih. Tidak sedar yang Malika sudah panas di sebelahnya.

"Hye, I'm Nasy--"

"--itah,"

Senyuman Nasyitah juga memudar.

They have met again. For sure.



.
.
.










MALIKAWhere stories live. Discover now