MALIKA 16

85 22 3
                                    

Malika lilit kembali hos panjang yang dia gunakan tadi di kepala paip selepas paip itu diputar mati. Selepas habis mandi tadi, Malika terus keluar hirup angin segar memandangkan badan dia terlalu penat baring sepanjang hari di dalam bilik itu. Melihat pokok-pokok bunga yang belum bersiram dan tiada sesiapa pun disitu memandangkan semua penghuni tengah bersarapan di dewan makan, Malika ambil keputusan untuk bantu pekebun siramkan bunga-bunga itu.

Malika betulkan selendang tebal yang melilit tubuhnya. Tak kira awal pagi, tengahari atau malam, badannya cuma terasa sejuk. Demam dia tak surut-surut dari kelmarin hinggalah hari ini.

Bangku kayu yang mengelilingi meja bulat yang tersusun cantik di halaman Baitul Ibtisam itu didekati. Malika lastik batu-batu kecil yang ada di kerusi itu sebelum dia labuhkan duduk. Pandangan Malika tertala lama ke hadapan.

Malika tiba-tiba teringat Affan.

Semenjak peristiwa malam itu, Affan tak ada pun jenguk Baitul Ibtisam. Selalunya, selang dua hari Affan tunjuk muka dekat sini. Telefon pun tak ada. Selalunya, dia lah yang buat hal telefon Malika tiba-tiba sampai Malika rasa nak buang sim kad dan bakar telefon dia.

Suka buat perangai luar alam.

Malika masih ingat waktu mereka berbual pendek malam dimana Affan dan Umar menumpang tidur di Baitul Ibtisam. Malam selepas hari mereka pergi ke gedung membeli-belah bersama Layla itu.

Malika berkerut halus. Penyapu dan penyedok yang digunakannya sebentar tadi di letak bersandarkan dinding. Selipar disarung ke dua belah kaki sebelum langkah mula diatur mendekati Affan yang sedang termenung menatap langit.

Sampai sahaja di belakang Affan, Malika berdehem kecil. Spontan Affan menoleh.

"Eh,"

Affan berganjak ke sebelah sedikit. Tempat di sebelahnya ditepuk menyuruh Malika duduk.

"Tak tidur lagi?"

Malika menggeleng. "Buat apa malam-malam dekat luar ni?"

"Saja," Affan tersenyum kecil sebelum wajahnya kembali mendongak menatap hamparan langit malam.

"Malika, are you hurt?"

Dahi spontan berkerut. Matanya mula menganalisa tubuh sendiri atas ke bawah. Skrin telefon digunakan untuk memeriksa mukanya. Seketika, Affan yang tersenyum memandang dia itu ditatap. Kepala digeleng perlahan.

"Merepek apa? Takdelah," Nafi Malika.

"I know you hurts,"

Malika juling mata. Orang bilang tak, tak ler.

"No,"

"Why pretend to be strong, Malika?"

"Did I pretend?" Malika jungkit kening. Tak sangka sebenarnya Affan tanya soalan yang boleh buat Malika tiba-tiba panick attack.

Affan mengangguk. "Uhm, don't you tired with this world?" Affan mendongak memandang langit. Malika pandang Affan lama. Ada apa-apa yang tak kena ke dengan lelaki depan dia ni?

"A bit. Why?

Affan senyap. Malika menghela nafas perlahan.

"Did you hurt? Did you pretend to be strong too? Did you--"

Malika mendongak.

"--tired with this life?"

"Sangat,"

"Kau dah bahagia?"

Affan menoleh dengan riak hairan.

"I take that as a no. Sama macam aku, aku pun tak jumpa lagi benda yang buat aku bahagia. Even tempat ni one of my happy pills--" Mata Malika merenung sekeliling Baitul Ibtisam.

MALIKAWhere stories live. Discover now