Bang!
Pintu kereta itu ditendang kuat.
"Benci lah aku macam ni,"
Affan menghela nafas berat. Apa klise sangat hidup dia sampai kereta ni buat hal masa-masa senja macam ni. Sudahlah rosak ditengah-tengah hutan, tak ke seram namanya.
Ayah ibu je doktor, Affan bukan guna Lamborghini pun. Setakat Vios second hand beli guna duit tabung, Affan mampulah.
Tidak lama kemudian, satu cahaya menyuluh ke arahnya. Kereta Alza itu dipandang lama dengan dahi yang berkerut. Muncung topi diturunkan sedikit. Silau sebab cahaya lampu kereta tu terang sangat.
Pin!
Terkejut Affan dengan bunyi hon kereta itu.
Rasa sebal tiba-tiba namun kaki masih berjalan ke arah kereta itu.
Affan mengetuk cermin gelap itu. Terpampanglah separuh wajah Malika di tempat duduk pemandu.
"Tu, kenapa," Malika tunjuk kereta Affan.
Affan mengeluh nipis.
"Dah terdampar dekat situ, buat hal lah, apalagi,"
"Oh, call mekaniklah. Aku dah nak pulang ni,"
"Seriously, Malika?!"
Malika berkerut tidak senang. Apa yang seriously? Tangan kanan dibawa membuka mask. Wajah bengang ditayang.
"Gaya macam kenal aku dah lama, kau pehal?"
Affan tarik nafas panjang. Jangan kasar-kasar Affan. Dia perempuan. Affan ingatkan diri.
"Tak boleh tolong hantar aku ke?" Affan minta tolong cara baik. Makin dia layan stress dia ketika ini, makin Malika rasa dia nak cari gaduh.
Malika buat muka.
First jumpa, bukan main ber'saya'-'saya'. Dah tukar jadi aku pulak.
"Beginilah, Encik Affan. Nak pergi pusat bandar tu jauh, sekarang ni dah nak malam. Encik lelaki, saya perempuan. Ingat elok sangat ke kalau saya hantar Encik? We are not friends anyway," Malika berkata datar.
Affan mengeluh lagi. Tak habis-habis mengeluh.
"Oklah, go now. Dah malam ni, tak elok perempuan drive sorang-sorang,"
Malika terus tutup cermin kereta. Affan yang melangkah mendekati kereta miliknya itu diperhati lama. Wajah stress Affan ditatap sebelum matanya meliar melihat kawasan sekeliling. Sunyi hutan itu bila langit sudah bertukar warna.
Malika tarik nafas panjang.
Kali ni je, Malika. Kali ni je.
Pin!
Hon ditekan sekali lagi. Affan sedikit terkejut sebelum melangkah semula ke kereta Malika. Malika buka cermin.
"Naiklah, aku hantar kau pergi Baitul Ibtisam. Nanti kau tidur dorm budak jantan, umi tak kisah punya,"
Affan tersenyum manis sebelum mengangguk laju. Kereta Vios itu dia kunci sebelum dia mengambil tempat di sebelah kerusi pemandu. Wajah Malika yang sudah tertutup itu dipandang.
"Pandang apa, nampak depanlah!" Malika merengus kencang.
Terdiam Affan.
Malika bukan calang-calang perempuan. Nampak parut dialah. Kau nak jadi mayat tak berbayar dekat hutan ni? Kang dia bunuh Affan, tak naya?
"Malika,"
Diam. Malika tidak menjawab. Masih fokus pada pemanduannya.
"Pasal your parut,"
"Kenapa? Jijik?"
Affan pantas menggeleng.
"No! Aku cuma nak cakap, parut tu tak effect banyak pun dekat muka kau, still kau boleh hidup as a normal,"
Malika mendecit.
"Aku tengok dengan mata aku sendiri, macam mana orang pandang kau hari dekat mall tu. But Malika, it just some normal reaction from your surroundings,"
"Aku tahu. Aku bukannya ambil kisah sangat pun, yang kau gaya macam kau yang kena pandang rendah dah kenapa?" Malika herot bibir. Sedikit rimas bila lelaki itu pandang dia sebagai perempuan yang lemah.
Kena pandang rendah sikit, nak nangis.
Sikit-sikit nak nangis.
"Aku tahulah parut aku ni tak effect besar mana pun dalam life aku,"
Eleh, dulu kau yang overthinking Malika.
"But still, I have another weakness to care,"
Affan diam. Hilang kosa kata untuk dibicara. Matanya naik memandang sekeliling hutan sebelum ayat Malika menyapa telinga.
"Sunyi betul lah pulak, hidupkan radio tu," Malika meminta tolong. Rasa kekok bila dia berdua dengan lelaki di kawasan sunyi ini. Dahlah perjalanan ke Baitul Ibtisam ini melalui kawasan hutan yang panjang.
Affan berkerut sedikit sebelum menurut.
Setelah itu dia pandang Malika lama.
Tangan kanan Malika yang memegang stereng itu ditatap dengan riak bingung sebelum sepasang mata Affan jatuh pada tangan kiri Malika. Matanya membulat besar.
"Whatever is on your mind,"
Malika hela nafas nipis.
"That's right,"
Affan pandang Malika dengan riak tak percaya.
"Aku kudung,"
...
erm.

ANDA SEDANG MEMBACA
MALIKA
Fiksi Umum' The worse you are, the more you have to love yourself ' Menuding jari terhadap takdir. Dia tidak sedungu itu. Kecilnya diri, tidak layak menyanggah garis hidup. Berselisih dengan watak-watak yang pantas melakar persepsi yang berlainan terhadap seo...