MALIKA 15

77 22 4
                                    

"Malika,"

"Um," Malika menggumam perlahan di sebalik comforter yang membaluti seluruh tubuh.

"Nak makan?"

"Tak,"

Layla mengeluh berat. Dari pagi tadi Malika tak jamah apa-apa makanan. Bila Layla masuk ke dalam bilik Malika, dilihatnya gadis itu hanya berselebung dengan comforter di atas katil. Bila diperiksa, demam panas rupanya.

Layla hairan.

Malika jarang datang demam.

Kecuali bila anxiety dia menyerang.

Layla tahu itu.

Dan semalam Malika keluar dengan Affan. Dan Layla kena jadi penyiasat tak bertauliah. Masalahnya sekarang, Affan tak dapat dihubungi. Nak tanya Malika, simpang malaikat 44 lah.

Dan Layla tahu, bila demam, jangan harap Malika tu nak jamah makanan. Kalau tiga hari demam, tiga harilah tak jamah makanan.

"Layla, aku nak tidur,"

Faham akan ayat Malika, Layla mengangguk tanpa dipinta. Dia kena keluar, itu maksud Malika. Layla tak tunggu lama, kaki laju melangkah keluar sebelum pintu ditutup rapat.

Akhirnya, Malika selak comforter lalu tegakkan tubuh di kepala katil.

Wajahnya pucat tak berdarah.

Ini semua perempuan Nasyitah tu punya pasal. Kalau malam semalam tak muncul, tak adanya Malika jadi macam ni. Dahlah kena pandang jijik, kena tengking dengan Affan lagi.

Apalah nasib.

Serta-merta, fikirannya melayang mengingatkan perkara yang sudah berlalu beberapa tahun tetapi masih segar di ingatannya.

"Eh budak cacat,"

Kepala Malika ditunjal Nasyitah.

"Kenapa kau kena ada dekat rumah aku eh?"

Malika diam. Wajahnya datar sahaja memandang rumput-rumput hijau. Selepas selesai basuh pinggan tadi, kakak angkat dia ni, Nasyitah heret dia ke halaman belakang.

"Kau nak rampas mummy daddy aku eh?"

Belakang badan Malika ditendang oleh kaki yang bersarung kasut itu. Terasa ngilu tulang belakang Malika namun reaksi tetap kosong. Tak tahu nak beri reaksi macam mana.

"Sial lah!"

"Dahlah cacat!"

Nasyitah ambil kayu yang bersandar dekat belakang pintu sebelum lengan pendek tak bertangan Malika ditunjal kuat buat Malika pejam mata kuat. Rasa terhina.

"Tak sedar diri,"

Pap!

Nasyitah pukul bahagian lengan itu kuat.

Malika pejam mata kuat lagi.

Sakit.

"Kau diam kenapa?!"

Tapak kasut Nasyitah pula selamat mendarat ke tulang pipi Malika membuatkan gadis kecil itu terjatuh ke atas tanah.

"Kau ni,"

Nasyitah tampar muka Malika berulang kali.

Pap!

Pap!

Pap!

Pap!

"Bodoh!"

Malika pejam mata. Terasa air liur Nasyitah membasahi wajah kecilnya.

"Hodoh,"

Wajah Malika diludah lagi.

"Jijik!"

Dan Nasyitah tendang Malika sehingga Malika jatuh ke curam kecil di belakang halaman rumah itu dan terus melangkah masuk meninggalkan Malika yang sudah terbaring di tepi pokok mangga itu.

Mata kecil itu berkaca. Esakan kecil mula kedengaran.

"Tsk..tsk...,"

"Sakit,"

Lama Malika berkeadaan sebegitu sebelum dia sedaya upaya berdiri dengan kudratnya. Seluruh tubuhnya terasa ngilu. Wajahnya yang basah dengan air mata dan ludah Nasyitah, dia lap dengan lengan baju.

Malika daki curam kecil itu. Sekejap-sekejap, dia jatuh menyembah bumi apabila tubuhnya terasa sakit.

Dan setelah sampai di halaman belakang, Malika rebah terbaring tidak sedarkan diri. Dia penat, terlalu penat.

Malika tarik nafas panjang dengan peluh yang merecik di dahi. Banyak lagi memori yang pernah Nasyitah coret dalam hidup dia. Yang buruk dan kejam, semestinya. Parut dekat wajah ini pun, Nasyitah punya angkara.

Dan Malika.

Sukar nak lupakan benda itu.

...


Kalau ada yang tak kena tu, terlepas pandang lah tu. Tegur je eh.

MALIKAWhere stories live. Discover now