MALIKA 05

98 24 1
                                    


"Aku kudung,"

Affan raup wajah perlahan. Dadanya tiba-tiba rasa berat lepas dia tahu yang Malika tu sebenarnya kurang upaya. Hati terasa ralat tiba-tiba bila dia sangkakan Malika itu hanya susah payah nak hidup dalam komuniti hanya sebab parut di wajahnya.

Selama ni Affan tak perasan langsung.

Sumpah.

Dia tak pernah perasan yang Malika sebenarnya guna tangan palsu di tangan kirinya. Mereka baru berapa kali berjumpa. Affan langsung tak sedar yang Malika itu sebenarnya kudung. Umi Hafsah pun tak bagitahu Affan apa-apa.

Masih segar di ingatannya bila Malika tanggalkan tangan palsunya itu di dalam kereta.

"Umi tak tahu aku guna tangan palsu ni. Umi tak pernah tanya macam mana aku pandu kereta ni dengan sebelah tangan je. Dan, kau tak payahlah bagitahu umi. Umi dah banyak korbankan duit untuk aku, tak payah tambah pengorbanan dia lagi,"

Nur'al-Malika.

Affan rasa sesuatu dengan gadis itu. Something yang Affan nak sangat tahu. Wajah dingin itu menyimpan sesuatu. Yang pasti, bukan sesuatu yang indah belaka untuk dicerita.

Macam manalah Malika boleh tenang bagitahu kekurangan dia, sedangkan Affan yang mendengar hampir hendak mengalirkan air mata. Macam manalah Malika boleh tenang keluar berhadapan dengan orang ramai.

"Abang,"

Affan menoleh.

"Saya dah siapkan tempat abang,"

Affan hadiahkan senyum nipis. Affan beri isyarat agar pemuda 18 tahun itu duduk di sebelahnya. Pemuda yang dikenali sebagai Mizi itu menurut. Dia duduk di sebelah Affan dengan wajah yang tertanya-tanya.

"Kenal Malika?"

Mizi mengangguk.

"Anak angkat Umi Hafsah kan?"

"Sejak bila Malika duduk dekat rumah anak yatim ni?"

Mizi berfikir sebentar. Berfikir yang dia patut bercerita atau tidak. Tetapi memikirkan yang Raid Affan ni bukanlan orang asing bagi Umi Hafsah, Mizi mula buka  cerita.

"Dua tahun lalu,"

Affan sudah tadah telinga.

"Masa tu hujan. Lebat sangat. Kami semua lepak dekat dewan makan. Umi masa tu ada urusan dekat luar. Umi kata, masa kereta umi nak masuk pagar utama, umi berhenti. Masa tu umi jumpa Kak Malika, tersandar dekat tepi pagar untuk tumpang teduh di bawah atap pondok pengawal,"

Mizi tarik nafas.

"Masa umi panggil kami untuk tolong umi angkat dia, saya terkejut sangat. Keadaan Kak Malika buat kami tiba-tiba tak kuat nak angkat dia. Tambah-tambah lagi, dia tak macam orang lain,"

"Abang tahu,"

Mizi terkebil-kebil. Tahu? Tahu apa?

"Pasal tangan Kak Malika,"

"Oh" Mizi tak tahu nak kata apa.

"Abang suka Kak Malika eh?"

Affan pantas menggeleng.

"Eh tak, abang cuma tanya. Abang cuma simpati. Abang cuma pernah dengar tentang orang kurang upaya macam ni, tapi abang tak pernah ada kenalan yang macam ni,"

"Tak apalah, bang. Kak Malika tu kuat. Kalau tak, dah lama dia kemurungan,"

Affan kulum senyum.

"Yah, I see. Dia kuat sangat,"

...

"Malika,"

"Em?"

"Macam mana Affan tahu?"

Malika jungkit bahu. Menolak untuk menjawab soalan Layla. Sudu terus diangkat menyuap nasi ke mulut. Lepas dia bagitahu Affan benda yang paling dia taknak bagitahu orang, mereka berdua terus diam.

Apa yang Affan fikir?

Entah.

Malika tak tahu. Dan Malika taknak ambil tahu.

Mungkin Malika betul. Affan sama sahaja macam orang-orang dekat luar sana.

"Aku--"

"Layla, aku sendiri yang bagitahu dia,"

"Tapi kenapa Malika?"

"Entah, biarlah dia tahu,"

"Kau benci pandangan simpati, tapi kenapa kau buat macam kau nak sangat orang pandang macam tu?!" Nada suara Layla berubah tinggi.

Malika angkat wajah, memandang wajah bengang Layla.  Sudu diletak semula ke dalam pinggan. Tiba-tiba seleranya mati. Malika berdiri dari duduk. Sebelum menjauh, wajah Layla dipandang. Tiba-tiba, Malika ketawa sinis.

"Haah kan. Rasa macam aku cari perhatian pulak,"

Sesudah menuturkan itu, Malika melangkah pergi. Bilik tidur dia tuju. Entah kenapa dia rasa sakit dengan ayat Layla. Malika tiba-tiba rasa sesak. Kenapa kau bagitahu Affan? Kenapa kau bagitahu Malika? Kau kurang kasih sayang sangat sampai nak minta simpati dengan lelaki?

Deg!

Malika tutup pintu lantas terduduk lemah.

Tiba-tiba, rasa benci itu datang. Tapi tak tahu untuk siapa.

Mungkin Malika tak kisah sangat apa orang pandang dekat dia, sebab dia pun tak kenal dengan semua orang. Buat apa nak kisah.

Tapi bila ia libatkan orang yang dia sayang, Malika jadi lemah. Malika cuba sedaya upaya dah untuk jadi yang terbaik supaya orang yang dia sayang tak akan pandang serong dekat dia.

Malika takut.

Takut andai orang yang dia sayang sendiri menjadi penyebab runtuhnya tembok yang dia sudah bina selama dua tahun ini. Malika tepuk kuat dada yang terasa hendak pecah. Air mata sedaya upaya ditahan untuk tidak mengalir. Dia benci bila jadi lemah macam ni.

Bila terasa ada ketukan di pintu, Malika lap hujung mata yang terasa basah.

"Malika,"

Suara Layla kedengaran.

"I'm sorry,"

Malika senyum hambar.

Dah tahu perkataan yang acap kali dia dengar dalam hidup dia. Tapi seorang Malika, tak pernah percaya dengan perkataan 'maaf', sebab dia yakin sangat orang akan buat lagi lepas minta maaf.

"Just go, Layla,"

"Aku tak sengaja,"

Malika hembus nafas.

"Aku tahu. Tak apa, aku bukan marah pun,"

"Betul ni?"

Malika senyum hambar. Lagi.

"Haah,"

Selepas itu, tiada lagi suara Layla kedengaran di luar. Mungkin gadis itu sudah pergi. Malika sengih sinis. Macam tu lah. Minta maaf tak sungguh-sungguh. Tapi, kau siapa Malika nak buat orang sungguh-sungguh dapatkan maaf dari kau?

Malika hela nafas panjang.

Sudahlah Malika, kau makin tak betul lepas jumpa dengan Affan ni kenapa?

...

MALIKAWhere stories live. Discover now