MALIKA 17

128 21 8
                                    

"Malika,"

Malika menggeliat tubuh. Comforter ditarik turun sedikit melihatkan separuh wajahnya. Kening dijungkit pada Layla.

"Affan datang,"

Malika terkebil-kebil sebentar sebelum kepala diturunkan sedikit. Mengangguk kecil.

"Ok,"

Serentak dengan itu, comforter ditarik naik menutupi seluruh kepalanya. Rahang Layla jatuh. Tidak puas hati dengan respon ala kadar Malika. Kakinya melangkah masuk mendekati minah yang dah 4 hari demam tak surut-surut. Malika memang demam teruk kali ni.

Layla meringis kecil bila bahang tubuh Malika terasa bila dia mendekat.

Bahu Malika dia tepuk perlahan.

"Oi,"

Hening.

"Malika,"

"Em,"

"Affan dekat bawah tu,"

Malika buat muka dalam comforter. "So?". Nak Malika buat apa? Melompat? Menari? Ke nak adakan kenduri kesyukuran? Suka hati lelaki tu lah nak datang. Bagitahu dia buat apa? Takda function langsung.

"Jangan sampai aku panggil Affan naik atas ni,"

"Bukan kau berani pun,"

Layla gumpal hujung comforter Malika sebelum digenggam geram. Riak wajah turut main peranan. Sakit hati dengan setiap patah yang keluar dari mulut Malika. Hati tu tak boleh lagi kering ke? Layla tarik nafas panjang. Tudung yang tadi dah terbengkok akibat terlalu geram dia betulkan sebelum nafas dihela lagi. Cuba bersabar dan bawa bertendang.

"Betul ni taknak turun?"

"Em,"

Layla sengih sinis.

We'll see.

"Ok then,"

Layla angkat punggung. Mahu beredar. Sampai sahaja di bingkai pintu, sebelum pintu ditutup rapat, Layla jeda sebentar. Malika yang masih berselubung dengan comforter itu dia tenung dengan senyuman mengejek.

"Affan injured. Muka dia lebam, jari dia patah,"

Boom!

Seusai Layla menuturkan itu, pintu ditutup dan dihempas kuat. Menyebabkan Malika terbangun. Matanya terkelip-kelip. What did she just say?

Malika raup wajah perlahan. Ego tak ego, kaki dibawa memijak lantai juga. Botol air dicapai lalu diteguk seketika. Kepala yang terasa mencucuk dipicit perlahan. Affan ni pun, masa ni lah juga datang nak minta attention.

Malika menapak ke almari. Tudung yang tersangkut dicapai sebelum disarung ke kepala dengan satu tangan. Malika perhati wajahnya dicermin lalu mendecit halus. Teruk benar rupanya. Tanpa berlengah, Malika menapak keluar. Stokin memang sudah sedia tersarung di kakinya. Tak tahan sejuk lantai yang mencengkam.

Sampai di anak tangga terakhir, Malika tarik nafas panjang dan hembus. Mata mengerling ke arah dapur, tiada orang.

Malika pandang dinding yang memisahkan tangga dan ruang tamu. Nafas dihela perlahan. Tiba-tiba menyesal turun daripada bilik. Mata dipejam dengan rasa tak puas hati dengan diri sendiri. Tubuh automatik menghadap kembali tangga.

"Malika,"

Baru selangkah kakinya memijak tangga, tubuh dikalih. Memandang wajah gerangan yang tiba-tiba muncul.

"Nak jumpa Affan ke?"

Sambil-sambil itu, Umi Hafsah tekap tangan di dahi anak angkatnya itu. Masih panas. Bahangnya masih kuat terasa. Tangannya naik mengusap kepala Malika.

"Tak jadilah, Umi,"

Umi berkerut. "Kenapa? Affan tunggu dari tadi tu,"

Malika mengeluh dalam hati. Senyum diukir payah buat umi sebelum kakinya melangkah turun semula. Umi yang sudah mula menghilang di sebalik dapur itu dia tatap sebelum Malika membelok ke arah ruang tamu. Dapat dia lihat susuk tubuh berjaket hitam sedang duduk membelakangkan Malika.

"Affan,"

Malika pandang datar Affan yang sudah menoleh. Dari lebam di hujung bibir, dahi yang tertampal dengan plaster dan tangan kiri yang berbalut kemas. Riak wajah Malika bertukar tegang. Affan memandangnya dengan riak yang sukar ditafsirkan membuatkan keluhan terlepas dari bibir pucat Malika.

Punggung dia labuhkan di sofa single berhadapan Affan.

"Asal?"

Malika merujuk luka-luka di muka Affan.

Keningnya terjungkit bila Affan tak memberi respon. Kekal memandangnya seperti tadi. Tangannya naik melambai-lambai di hadapan muka Affan.

"Kau alright tak alright ni?"

"Tch," Malika mendecit bila dia masih terima respon yang sama.

Wajah Affan ditatap lama.

"Orang tua tu pukul kau lagi?"

"Affan, say something please? Kalau setakat kau nak jumpa aku, and then buat silent macam ni, sumpah aku tak larat nak hadap,"

Dengan kepala yang tak berhenti mencucuk dari semalam, tubuh yang sumpah tak larat sangat nak bangun dengan emosi yang terumbang-ambing, ingat dia larat sangat ke nak hadap perangai tiba-tiba Affan ni? Dia dah minta maaf kut melalui whatsapp dan Affan pun ok kan sahaja.

"Dah makan?"

Malika herot bibir sesaat. Apa punya soalan lah. Malika diam, tak mengangguk tak menggeleng. Buatkan Affan jungkit kening sebelah.

"Memang nak balas dendam ke?"

Malika juling mata. "Banyaklah kau punya dendam, ni dah pergi klinik ke?" Malika berkerut-kerut melihat luka-luka Affan. Ni kalau dia jumpa orang tua yang hina dia tu, memang dia sula cukup-cukup sebab kacau Affan dia. Eh?

"Dah,"

"Baguslah,"

"Dah makan tak ni?" Affan menggesa. Baru dia tahu rasanya bila Malika tak jawab soalan dia.

"Erm,"

"Dah berapa hari tak makan! Kau jangan nak menipu!"

Malika merengus kasar bila suara Layla sayup-sayup kedengaran dari luar rumah. Tak lain tak bukan, pasang telinga lah tu.

"Affan,"

"Hm?"

"Sorry again,"

"Its okay,"

"Nak aku belasah bapak kau ke?" Malika bertanya polos buat Affan tergelak nipis. Kepalanya tergeleng-geleng.

"Tak payah Malika, tak payah,"

Malika smirk. Affan ni baik sangat.

"Larat tak?"

"Apa?"

"Nak keluar. Kita pergi klinik and then aku bawa kau makan kat luar,"

Malika menggeleng. "Nah, its okay. Aku nak rehat,"

Affan mengangguk faham. Telefon dikeluarkan sebelum jari Affan ligat menekan atas skrin tersebut.

"Nak makan apa?"

"Ha?"

"Nak makan apa? Kita lepak dekat sini. Aku nak tanya something,"

Malika mengeluh kecil. Tak habis lagi rupanya. Affan dipandang dengan riak wajah yang sudah keruh.

"I need an explanation,"





...



kyaaa, pemalas betul bab ni.

MALIKAWhere stories live. Discover now