"Persiapan macam mana? Semua okay?"Umar mengangguk dengan pertanyaan Umi Hafsah itu. Kini, mereka tengah makan malam sama-sama atas permintaan Layla sendiri. Dia kata sempena meraikan Malika dan Affan. Malika yang dengan pun apa lagi, mengamuk lah dekat perempuan tu dekat sejam.
Dia tak tahulah Layla makan apa sampai jadi gila macam tu sekali. Dahlah majlis nikah dah dekat, kang takde pengantin perempuan duduk sebelah Umar nanti.
"Setakat ni, tak ada masalah umi. Alhamdulillah, semua berjalan lancar,"
"Baguslah kalau macam tu,"
Layla berdehem membuatkan Affan dan Malika yang dari tadi menunduk mengunyah makanan mengangkat kepala.
"Umi..."
Umi Hafsah angkat kening. Hairan bila Layla buat suara meleret depan tetamu macam tu.
"Umi taknak tanya ke anak umi lagi dua orang tu bila nak proceed,"
Spontan Malika letak semula sudu di pinggan dan capai gelas kaca di sebelahnya. Tangannya sudah naik ingin melempar gelas itu ke arah Layla walaupun tindakan itu cuma sekadar ugutan sahaja. Affan laju sahaja merampas gelas itu dari Malika.
Malika bukan boleh percaya, silap hari bulan terlepas gelas kaca tu nanti.
"Eleh, sweet je bersebelah macam tu. Sepadan sangat. Kan umi?"
Umi hanya ukir senyum sebelum mengangguk. Bersetuju. Kira hati tuanya dah lega bila Malika mula tunjuk reaksi positif bila berkenaan dengan Affan. Bukti? Pandai dah anak dara dia tu cuba berbaik dengan Affan, siap keluar makan lagi.
Malika tahan sahaja amarah yang kejap lagi nak meletus.
Umar di sebelah Layla hanya menggeleng perlahan. Tahu sangat rancangan Layla nak kenankan Affan dengan Malika.
"Tengah proceed lah ni,"
Malika jatuh rahang mendengar jawapan selamba Affan.
"Orang sebelah belum bagi green light, kita usaha dulu,"
What?!
Umi Hafsah tergelak dengan jawapan Affan.
"Tengah mengurat lah ni ye? Maju dah anak umi ni," Affan senyum lebar bila Umi Hafsah puji dan ambil side dia. Wajah tak percaya Malika dijeling sekilas dengan senyuman.
"Malika bila nak maju?"
Malika buat muka minta simpati bila Umi Hafsah beri dia soalan macam tu. Layla dan Umar yang sudah tersenyum-senyum memandang dia Malika tatap dengan muka pasrah. Setelah suapan terakhir selamat masuk ke dalam mulutnya, Malika teguk air sekali.
"Umi, Malika keluar kejap eh? Nak jenguk budak-budak dekat sebelah kejap,"
Umi Hafsah mengangguk bersama senyuman dan setelah Malika menjauh, isyarat dihantar kepada Affan.
Tersengih budak tu.
"Minta diri dulu,"
Affan terus mengejar langkah Malika yang semakin menjauh. Rumah Umi Hafsah dan asrama Baitul Ibtisan hanya bersebelahan, tak jauh mana pun Affan nak kejar langkah Malika.
"Hei,"
Langkah Malika terhenti.
"Kenapa lari?"
Malika buat muka bila Affan dah selamat mendarat di sebelahnya.
"Macam ni eh lelaki?"
Affan buat muka tak faham.
"Gatal,"
YOU ARE READING
MALIKA
General Fiction' The worse you are, the more you have to love yourself ' Menuding jari terhadap takdir. Dia tidak sedungu itu. Kecilnya diri, tidak layak menyanggah garis hidup. Berselisih dengan watak-watak yang pantas melakar persepsi yang berlainan terhadap seo...