"Affan,"Affan yang baru turun itu tersentak. Matanya naik memandang Doktor Mikhail dan Xeandra yang tengah duduk menikmati sarapan di meja besar itu. Kening dijungkit bila Doktor Mikhail boleh selamba panggil dia macam semalam tak ada apa-apa pun yang berlaku.
"Sini kejap," Panggil Doktor Mikhail tak berapa nak ikhlas.
Affan apa lagi? Buat muka sebelum menapak ke arah mereka berdua. Xeandra yang duduk penuh gaya itu dia jeling sekilas. Berlagak betul makcik ni. Affan angkat kedua belah tangannya memeluk tubuh.
"Lusa ikut aku pergi event, Pengarah minta bawa kamu sekali,"
Affan mendecit sinis.
"For what?"
"Can't you stop asking me? Just follow me!" Suara Doktor Mikhail meninggi. Pantang betul bila Affan pertikaikan keputusan dia.
Affan diam. Kekal dengan muka datarnya. Wajahnya tampak berfikir sebentar dan tidak lama kemudian, senyuman misteri mula terukir. Kepala diangguk perlahan.
"Boleh, tak ada masalah,"
"Macam tu l--"
"Ada syaratnya,"
Doktor Mikhail ketap bibir.
"Lebih naik kepala you"
Affan buat muka menyampah mendengar suara wanita yang duduk di sebelah sana bersuara. Dahlah guna bahasa melayu salah-salah.
"Affan tak ikut ayah, Affan bawa teman,"
"Girl or guy?" Doktor Mikhail tunduk menghirup kopi. Dia tak kisah kalau Affan nak bawa teman tapi biarlah teman dia tu sama taraf dengan tetamu-tetamu yang bakal bertandang ke sana nanti.
"My future wife,"
"Bring her to us," Xeandra berkata pendek.
"Hell no!"
"Why? Poor? Tu jelah taste you," Nada Xeandra mengejek.
Affan ketap bibir. Apa masalah minah ni eh? Matanya tajam merenung muka selamba Xeandra. Affan tak tahu lah apa masalah ibu angkatnya itu, asyik nak menyibuk sahaja kerjanya. Affan pandang kembali Doktor Mikhail.
"No matter what, Affan will bring her. Just see her at the event,"
Tutur Affan muktamad dan berjalan menapak keluar dari rumah agam tersebut. Tidak dia dengar balasan daripada Doktor Mikhail. Heh, kenapa lah dari dulu Affan tak main syarat-syarat dengan dia, yang ikut sahaja bagai lembu dicucuk hidung tu kenapa?
Mungkin dulu, Affan tak berapa nak ada keberanian nak lawan.
Tapi, sejak umur dah mencecah 23 tahun ni, Affan sedar yang dia dah besar. Dan Affan berhak untuk tentukan halatuju dan kemahuan dia sendiri. Bukan dikongkong seperti dahulu. Lagipun, Doktor Mikhail dengan Xeandra tu bukannya ibu ayah kandung dia pun.
"Nah,"
Affan tersentak sedikit bila semangkuk bubur mendarat dekat hadapan dia. Malika yang baru ambil tempat di hadapannya itu dia pandang.
"Mengada,"
Affan buat tak tahu. Mangkuk yang berisi bubur ayam itu dia dekatkan sebelum tangan mula mencapai sudu. Bubur itu digaul sekadar meratakan daun sup dan bawang goreng.
"Luka sikit je pun, bukannya demam sampai nak minta makan bubur," Malika jungkit bibir menyampah.
Mana taknya, Umi Hafsah tiba-tiba panggil dia ke dapur. Malika sangka Umi nak minta tolong tapi bila dia sampai Umi tengah pakai apron dengan periuk berisi bubur yang sudah mendidih. Malika apa lagi? Hairan habis. Tak pernah-pernah Umi masuk dapur sebab Malika maklum yang Mak Sal yang selalu masak untuk mereka. Kalau Mak Sal tiada pun, selalunya Layla yang ambil alih.
Bila ditanya, kenapa Umi tiba-tiba masak bubur ni, jawapan Umi buat Malika rasa nak terukkan lagi luka Affan tu. Mengada. Susahkan Umi je. Lepas tu, dia juga yang kena hantar.
Sudahlah merungut, diam.
"Sakit kepala lah, nak makan makanan panas,"
"Mengada je,"
"Suka hatilah,"
Malika buat muka. Apa-apa je lah.
"Mika,"
Malika kecilkan mata memandang Affan. "It's Malika dude,"
Affan tersengih.
"Boleh tak teman aku pergi satu event ni? Aku tak biasalah pergi sorang-sorang ni," Affan gelak dalam hati. Tak biasa konon, ingat Affan ni muka tembok sangat ke? Setakat pergi bawa diri sendiri, celah gigi je lah. Nak buat macam mana, dah single buat cara single.
Malika berkerut.
"Taknak lah aku,"
"Ala Mika, jomlah,"
"Kau sebut Mika sekali lagi, aku tumpahkan bubur tu dekat muka kau,"
Affan tergelak perlahan.
"Kau bagitahu je apa kau nak, aku bagi as long as kau teman aku,"
Malika senyum senget mendengar tawaran itu. Menarik. Bukan selalu ada orang nak bagi macam ni. Malika betulkan duduk. Selepas itu, dia diam seketika. Berfikir.
"Kalau aku minta Audi sebijik, agak-agak kau belikan tak?"
Affan telan liur. Mak aih.
Malika gelak sinis. "Gurau jelah, tak payahlah buat muka beruk macam tu,"
"I'm not that rich Malika,"
"Yelah, tahulah. Tak payahlah nak serius sangat," Malika juling mata. Jarang lelaki depan dia ni buat perangai lelaki sejati, selalunya perangai mengada tu yang dia tunjuk. Mula-mula analisis Affan dari segi luaran, Malika agak yang personalitinya jenis lelaki yang biasa-biasa sahaja. Tak sombong tak peramah.
Tapi bila dah berapa hari kenal, ha mulalah tu keluar taring belang dia semua.
"Belanja makan boleh," Affan sengih lagi.
"Tu je?"
"Haah. Ke kau nak kena lamar?"
Malika buat muka jijik bila Affan jungkit kening dengan tayang muka mengusik macam tu.
"Disgusting,"
"Eleh, kalau nak cakap. Tapi, deal eh? Teman aku pergi event tu,"
"Event tu dekat mana? Jam berapa? Siapa yang anjurkan?" Malika tembak Affan dengan soalan bertubi-tubi. Kena siasat dulu, kang dia tu jenis yang kuat menipu.
"Tak boleh jawab sekaranglah, tengok je nanti," Taklah, kalau dia bagitahu Malika, nak ke awek tu ikut nanti? Sia-sia je usaha dia memujuk dari tadi. Affan pandang muka tak puas hati Malika.
"Esok petang aku ambil kau eh?"
Dengan muka tak rela, Malika mengangguk.
"Hm,"
YOU ARE READING
MALIKA
General Fiction' The worse you are, the more you have to love yourself ' Menuding jari terhadap takdir. Dia tidak sedungu itu. Kecilnya diri, tidak layak menyanggah garis hidup. Berselisih dengan watak-watak yang pantas melakar persepsi yang berlainan terhadap seo...