MALIKA 06

104 26 6
                                    

Mata Malika ralit memandang Affan yang sedang bermain dengan anak-anak rumah yatim ini. Sudah dua jam Malika duduk di koridor itu. Penghuni Baitul Ibtisam yang lalu-lalang tidak dipedulinya. Yang Malika tahu dia duduk di situ sebab nak perhatikan Affan sahaja.

Serta-merta perbualannya bersama Umi Hafsah malam tadi berlayar di fikiran.

"Affan sebenarnya gelandangan dulu,"

Malika yang sedang bantu umi menyusun fail itu tersentak. Satu, terkejut sebab Umi Hafsah tiba-tiba buka cerita pasal Affan. Dua, tak sangka mamat tu seorang gelandangan dahulu.

"Ayah dengan ibu dia sekarang, bukan ayah ibu kandung dia. Affan anak angkat. Doktor Mikhail dengan Xeandra jumpa Affan dekat tepi jalan. Langsung ambil jadi anak angkat,"

Malika hanya angguk sahaja. Tak tahu nak respon apa.

"Affan sangka dia dah boleh hidup senang. Affan sangka dia dah boleh gembira sebab dah ada keluarga. Tapi sebenarnya Affan salah. Doktor Mikhail dan Xeandra sebenarnya cuma nak guna Affan untuk kepentingan mereka,"

"Masa kecil Affan musnah. Dia kena dera. Umur dia masa tu masih budak darjah. Tapi, bila dah masuk sekolah menengah, Doktor Mikhail dan Xeandra dah tak dera dia. Mereka turuti apa sahaja Affan mahu asalkan Affan ikut cakap mereka. Affan tak pernah rasa kasih sayang. Lagi-lagi Xeandra itu orang Switzerland, makin payah Affan nak tagih kasih sayang walau secebis,"

Umi Hafsah tarik nafas panjang.

"Sampailah Affan dah matang, mereka paksa Affan sambung belajar dekat Glasgow. Affan tak pernah terdetik pun nak ambil bidang perubatan sebab minat Affan bukan ke arah itu. Dia dipaksa dan Affan tiada pilihan lain. Macam tu lah. Affan mungkin dapat harta yang melimpah-ruah, tapi bukan impian dan cita-citanya. Juga kasih-sayang. Sebab tu juga Affan pilih untuk hidup sederhana,"

"Macam mana Umi boleh kenal dengan Affan?"

Malika yang sedari tadi berdiam diri mula bertanya. Selepas mendengar kisah yang tak berapa indah seorang Raid Affan, Malika jadi ralat tiba-tiba. Tulah Malika, lain kali bila kau susah ingat, bukan kau sorang je yang susah.

Ramai lagi orang struggle dekat dunia ni. Cuma kau tak nampak.

"Ayah Affan itu kenalan Umi. Masa Affan baru diambil jadi anak angkat dulu, Affan pernah dihantar ke sini untuk sebulan. Sebab Mikhail nak Affan tu ada pengetahuan asas, dia hantar Affan ke Umi. Kira Umi ni private tutor Affan lah,"

Malika mengangguk mengerti. Dia tak tahu apa motif Umi ceritakan pasal Affan tapi Malika yakin, Umi bukan cerita saja-saja.

"Jadi Malika,"

Malika tarik nafas.

"Umi nak Malika kenal-kenal dengan dia,"

Nafas dihembus perlahan. Kan dah agak. Bahu Malika disentuh Umi.

"Umi bukan apa, Malika. Umi cuma rasa kamu berdua sepadan sangat. Affan pun dah lama membujang,"

Umi ketawa kecil.

"Tapi umi tahu kan keadaan Malika macam mana?"

"Ya, Umi faham. Tapi percaya cakap Umi, Affan tak pandang semua tu. Dia sendiri yang kata dekat Umi," Umi senyum senget buatkan Malika rasa nak hantuk kepala dekat bucu meja kerja Umi.

"Apa yang dia kata dekat Umi?" Malika teringin nak tahu juga.

"Dia kata macam ni, ' her scars didn't fade the beauty of her face' ha lebih kurang macam tu lah, umi terkejut betul bila teruna sorang tu buat ayat drama-drama korea macam tu,"

Alah, mulut buaya macam tu lah.

"Jangan merepeklah umi, Affan tak berkenan pun dengan orang cacat macam Malika ni,"

Terus dahi Malika dijentik kuat oleh umi.

"Aduh!"

"Apa cakap macam tu? Cakap lagi sekali Umi ikat Malika dekat tiang tu ha. Percaya cakap Umi, Affan tak kisah punya,"

Malika mencebik. Yelah tu tak kisah. Jadi semalam tu? Lepas je dia cakap dia kudung, terus Affan senyap tak cakap apa-apa. Muka dia pun lain macam. Malika pun apa lagi, buat kesimpulan lah yang Affan tu tak sangka dan tak suka orang kudung macam dia.

"Tak payahlah umi, kenal pun tak sampai seminggu. Malika tak rasa ada kepentingan pun nak bercinta cintun bagai ni. Umur masih muda kut," Malika tersengih. Pandailah cakap taknak bercinta, Malika. Dah kalau Affan tu hari-hari tunjuk muka dekat sini, tak jatuh ke?

"Sebab tu umi suruh kenal-kenal. Bukan umi suruh bercinta terus. Umi bukan apa , nanti bila umi dah tak ada, ada orang jaga Malika, tak begitu?"

Malika mencebik kecil.

Umi Hafsah memang suka buat ayat macam tu. Pelik-pelik je.

"Jauh betul, sampai ke mana dah?"

Malika tersentak dengan teguran dari belakangnya itu. Saat dia menoleh, air liur ditelan pahit lantas mata Malika memandang kembali ke bawah halaman.

Malika sedar yang Affan dah ambil tempat duduk kerusi sebelah sana.

Affan tersengih melihat wajah pura-pura tak tahu Malika. Bukan Affan tak sedar yang Malika perhati dia dah lama. Dia saja je main lama-lama dekat bawah tu. Nak tengok berapa lama lagi Malika nak tenung dia bagai nak tembus.

Dah Affan penat kena tenung, gaya macam dia ada buat salah paling besar, Affan naik lah ke koridor atas ini.

Stop awek sorang tu dari termenung panjang. Serupa bukan orang dah.

"Kau memang taknak bercakap dengan aku ke sejak semalam?" Affan bertanya dengan kening yang terangkat.

Malika mendecit.

"Ada keperluan ke aku nak cakap dengan kau?"

"You are Nur'al-Malika. 19 years old. Kerja dekat sini. Anak angkat Umi Hafsah. And you know my names, my age and my story. So, I bet we're friends now kan?" Affan buat spekulasi sendiri. Pasal cerita dia tu, pasrah jugalah sebab Umi Hafsah buka cerita pada Malika. Ingat Affan tak malu ke?

Malika menjeling.

"So?"

"So, kita bolehlah sembang. Yang kau nak marah sangat aku tegur kau ni kenapa?"

Malika angkat bahu. Dalam hati dah menyumpah seranah. Fyi, siapa yang tiba-tiba diam semalam? Eih, Malika rasa nak tampar diri sendiri. Kenapa dah pandai buat perangai merajuk ni Malika?

Affan bukan sesiapa pun.

Kan?

Malika raup wajah.

"Ok. Kau nak sembang apa?"

Affan tersengih.

"Apa kelas sembang dekat koridor? Jomlah keluar. Ajak Layla sekali. Tadi dia kata nak beli barang,"

Malika juling mata.

Layla ni pun satu.

Ergh.

...

MALIKAWhere stories live. Discover now