MALIKA 07

97 27 1
                                    


Sabar.

Malika tengah tahan hati sekarang ni.

Lelaki yang duduk di hadapannya itu dipandang. Ralit benar bersama telefon pintarnya. Malika hembus nafas. Layla ni pun satu, tinggal dia sorang-sorang dengan Affan ni apahal?

Tiba-tiba, Affan letak telefon atas meja.

"Sorry,"

"For what?"

Affan tunjuk telefon miliknya. Malika cuma angkat bahu tanda tak kisah.

"Umi ada cerita apa-apa dekat kau?"

"Cerita apa?"

Malika telan air liur. Takkan Affan tahu kut? Ah, tak mungkin Umi Hafsah bagitahu. Mustahil.

"Pasal aku?"

Malika pantas menggeleng.

Seketika, Affan mendecit..

"You're such a terrible liar, Malika,"

Nah.

He knows indeed.

"Kenapa kau tak report?" Malika ambil peluang untuk bertanya. Soalan ini berlegar-legar semenjak malam umi cerita itu lagi, cuma Malika teragak-agak nak tanya.

"Report what?"

"Dera?"

Malika mengangguk.

"Malaslah, itu perkara lama. Lagipun, bukti tak ada. Setakat parut, boleh jadi parut ni sebelum aku kena ambil sebagai anak angkat," Affan angkat bahu. Perkara tu dah lama lepas, walaupun kesan mental dan fizikal dia masih ada, Affan masih mampu nak handle.

"Dengan apa yang dorang buat dengan kau, kau masih stay sampai sekarang?" Soal Malika pelik. Kalau dia, dah lama berambus.

"I doesn't have anyone or anything, Malika,"

Malika mencebik di sebalik mask.

"Kalau aku, aku prefer kau berambus. Semata-mata nak kau punya 'anyone' dan 'anything' tu, kau sanggup kena pijak? Hey boy, Umi Hafsah dan orang-orang dekat Baitul Ibtisam tu siapa bagi kau? They're not your anything or anyone?"

Affan hela nafas. Ni sembang ke nak gaduh ni?

"Kau tak faham Malika,"

"Ya, of course aku tak faham,"

"My father boleh jatuhkan Baitul Ibtisam dengan Umi sekali dalam sekelip mata,"

"Dan kau pun boleh jatuhkan dia dalam sekelip mata. Walaupun bukti penderaan tu tak berapa nak kukuh, sekurang-kurangnya kredibiliti dia jatuh. Even dia tu penyumbang utama Baitul Ibtisam, not only him. Ada banyak lagi yang sudi menyumbang. Doktor Mikhail tu bukan harapan pun," Malika juling mata. Takut sangat dengan ayah dia tu.

"Tak semudah itu,"

Malika jungkit bahu.

"Terpulang,"

Takkan dia nak paksa Affan pulak untuk buat report? Taknaklah Malika ambil kisah lebih-lebih.

"What about you? Sebelum kena ambil jadi anak angkat oleh Umi, kau asal dari mana?"

Malika diam sebentar.

"Tak indah mana pun nak dicerita,"

"Malika,"

Malika pandang Affan.

Affan pantas mengangguk. Meyakinkan.

"Kalau aku kudung pun kau dah speechless, tak ada maknanya nak cerita kisah aku dekat kau kan?" Malika bukan apa, cuma insecure. Entahlah, semenjak beberapa bulan ni, emosi dia jatuh teruk. There is no love myself anymore.

"Its okay, Malika. I'm okay with that,"

Malika senyum senget."Very soothing,"

"I'm serious,"

Malika hela nafas. Make it fair, Malika. You know his story and he know your story.

"I'm just 9 masa tu, ibu bapa aku kena tahan untuk dibawa ke pusat pemulihan. Mereka ambil dadah lepas ibu lahirkan aku. I'm just too young to know everything about this, but it's happened anyway,"

Malika jeling sekilas muka khusyuk Affan sebelum kembali merenung kosong meja di hadapannya.

"Aku dihantar dekat rumah kebajikan. Dan aku kena ambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga sederhana. Walaupun aku pelik masa tu, kenapa diorang berkeras sangat nak ambil aku yang kudung ni, aku ikut je. Sebab aku dah bosan tinggal dekat rumah kebajikan tu,"

"Mereka ada sorang anak perempuan. Seumur dengan aku. Kind of you, I'm just a toy to them. Mereka taklah dera sampai pukul-pukul, tapi diorang buat aku macam mainan. Anak perempuan dorang, main dart sekitar muka aku. Parut ni, sebab dia lempar panah dart, tak kena sasaran, muka akulah yang jadi mangsa," Malika gelak sinis.

Dia masih ingat macam mana penuhnya darah dekat wajah dia waktu tu. Yang Malika rasa nak angin bila budak tu cuma ketawakan sahaja. Tak ada pun telefon ibu ayah dia ke untuk bawa ke hospital.

Takpelah, Malika kan mainan.

"Satu hari tu, kenalan dia dapat tahu yang dia ambil aku yang kudung ni jadi anak angkat, apalagi? Kecohlah satu taman masa tu. Lelaki tak guna tu marah sebab aku keluar rumah saja-saja nak tunjuk yang aku ni kudung. Dia, isteri dia dan anak perempuan dia tu pukul aku sampai lunyai lepastu tinggalkan dekat tepi jalan,"

Malika gelak nipis.

"Lucu kan? Aku rasa menyesal ikut keluarga psiko tu. Mental satu keluarga," Malik mendecit.

Affan masih diam.

"Kenapa diam? Tak suka dengan anak penagih macam aku? Yelah, teruk-teruk gelandangan, teruk lagi penagih,"

"Malika," Affan menegur keras.

Malika jungkit kening.

"Itu ibu ayah kau, bukan kau. Tak ada orang pun nak dilahirkan kudung, but it's also not your fault anyway,"

Malika senyum nipis.

"Kan?"

"Macam mana kau boleh kuat macam ni?"

"No, I'm not. Aku tak kuat pun nak hadap semua realiti ni. Kalaulah ada pilihan untuk hilang dari dunia ni, aku buat. Tapi Affan, aku ada tuhan. I'm not that fool to act like I doesn't have religion and beliefs. Aku tak kuat, Allah ada, yang selalu kuatkan aku,"

Malika senyum lagi.

"Bagi orang, ayat ni mungkin klise, tapi mereka kena terima. Ini fakta. Allah takkan uji kalau tak mampu. Bukti? Aku masih mampu hidup sampai sekarang dengan kekurangan aku walaupun kadang-kadang rasa lost, still aku mampu,"

Affan sudah terkelu.

"Sometimes, I do feel special among others,"

Malika jungkit kening berkali-kali. Spontan Affan tergelak.

"Indeed, Malika. Indeed,"

MALIKAWhere stories live. Discover now