MALIKA 03

112 26 4
                                    

"Malika, malika, malika, malika,"

Berserta ketukan yang bertalu-talu dekat pintu, Layla seru nama Malika banyak kali. Malika tahan rasa nak membunuh anak tunggal Umi Hafsah itu. Jangan sampai pin tudung terpacak dekat hidung Layla dekat luar sana.

Selesai sesi membetulkan awning tudung, Malika capai beg tangan di belakang pintu sebelum tombol itu dipulas kasar.

"Kau dah kenapa, Laylatul Balqis?"

Malika pandang Layla atas bawah.

"Anak angkat umi dah sampai," Dengan senyuman misteri, Layla menuturkan itu.

Malika juling mata. Sekarang ni dia dah lambat nak hantar Tiara dengan Mardhiah ke asrama sekolah mereka. Malika terus melangkah turun tanpa menghiraukan Layla yang masih tersenyum-senyum di belakang dia.

Jangan sampai aku bunuh tunang si Umar ni sudah.

Sampai sahaja di tingkat bawah, Malika lihat Umi Hafsah duduk di sofa sambil bersembang dengan lelaki yang duduk membelakangkan dia. Malika tarik nafas.

Yang kau nak nervous sangat ni kenapa Malika?

"Umi,"

Umi Hafsah tersenyum.

"Ika dah nak pergi?"

Malika senyum nipis sambil mengangguk perlahan. Kaki dibawa mendekati Umi Hafsah.

"Ni anak angkat umi yang umi pernah cerita tu,"

Malika pandang wajah yang sedari tadi duduk di hadapan Umi.

Deg!

Patutlah.

Malika kawal reaksi muka sebelum senyum tak sampai satu saat diukir.

"Nur'al-Malika,"

Nama disebut tak berapa nak ikhlas.

Lelaki itu sembunyi senyum.

"Raid Affan,"

Mata jatuh pada figura Layla yang sedang tersengih-sengih di belakang. Malika menjeling sekilas.

"Okay, nice to meet you, Affan,"

Malika cuba untuk hilangkan rasa kekoknya.

"Nice to meet you too,"

Malika kembali memandang Umi Hafsah.

"Umi, Malika dah lewat. Malika pergi dulu eh,"

Tangan tua Umi Hafsah dicapai lalu dikucup lembut.

"Tiara, Mardhiah, cepat masuk, lambat dah ni!"

Sayup-sayup kedengaran suara Malika di halaman. Ruang tamu itu kembali sunyi bila Umi Hafsah dan Affan dua-dua tak buka mulut.

"Dia anak angkat umi, dah nak masuk 20 umurnya,"

"Affan dah pernah terserempak dengan dia sebelum ni,"

Mata Umi Hafsah bercahaya.

"Ya ke? Dekat mana?"

Affan senyum nipis.

"Kat tempat Affan kerja part time. Tak sangka dia anak angkat umi juga. Patutlah dia tenung Affan semacam hari tu,"

Umi Hafsah ketawa perlahan.

"Umi,"

"Ya?"

"Her scars didn't fade the beauty of her face,"

Eleh, pandai kau tilik muka anak dara orang ya, Affan.

Umi Hafsah berkerut sebentar. Macam mana Affan tahu Malika ada parut? Malika dah pakai mask tadi. Dia buka pun sekejap sebab nak cium tangan umi. Itu pun Malika membelakangkan Affan.

"Pernah lihat?"

"Dia tak pakai mask masa kami terserempak hari tu,"

Umi Hafsah mengangguk faham. Layla ada cerita dekat dia yang Malika lupa.

"Betul Affan cakap, parut tak pudarkan kecantikan dia pun,"

Umi Hafsah hela nafas berat.

"Sampai bila Affan nak kerja part time ni? Ijazah dah ada, taknak apply mana-mana hospital ke?"

"Malaslah, umi. Ayah dengan ibu berkeras nak Affan kerja dekat PC tu. Mesti rasa kekok nanti. Affan ingat, nak kerja part-time sementara bagi ayah dan ibu lupa niat diorang. Lepas tu, Affan apply hospital lain,"

"Jauh Affan buat ijazah tu, jangan sia-siakan,"

Affan mengangguk sambil tersenyum.

MALIKAWhere stories live. Discover now