MALIKA 08

93 26 1
                                    


"Sebelah pintu masuk ke?"

Malika bertanya. Seketika, dia mengangguk.

"Ha okey,"

Malika matikan panggilan tersebut. Wajah tertanya-tanya Affan dipandang.

"Layla dekat tingkat bawah. Dia malas nak naik,"

Affan mengangguk faham.

"Ok jom,"

Malika angguk sama. Plastik-plastik yang berisi barang-barang Layla dan juga dirinya sendiri dicapai dengan tangan kanan. Akibat terlalu banyak, Malika bersusah payah selitkan semua plastik itu ke tapak tangannya.

Tiba-tiba, tangan Affan menyapa pandangan matanya.

"Let me,"

Affan rampas perlahan plastik-plastik itu dan tiada satu pun yang tersisa.

Malika pandang Affan dengan kening yang terjungkit.

"Apa?" Affan hairan pula bila Malika beri reaksi macam tu.

"Ingat gentleman lah buat macam tu?"

Affan tergelak.

"Dengan kau je,"

Malika juling mata. Sah-sahlah Affan ni buaya. Ayat tak boleh blah langsung.

"Jom,"

Malika ikut Affan dari belakang. Belakang Affan diperhati lama dengan bibir yang tersungging senyuman senget. It just three days and Affan do make her comfortable. Amboi.

Seperti mula-mula masuk gedung membeli-belah ini, bisikan-bisikan orang sekeliling tidak puas menyentuh gegendang telinga Malika. Affan yang kacak nak mati tu dibandingkan dia dengan yang kudung? Bila jalan berdua, memang sangat kontras lah jawabnya.

Tapi, Malika okay.

Selagi mamat depan dia tu tak buat perangai standard masyarakat sekeliling yang cakap main lepas dan sembang macam dia perfect sangat, selagi tu Malika tak berapa kisah nak try Affan. Er, just try to make Affan one of her friend ya.

Sampai sahaja di tingkat bawah, Layla kelihatan bersembang dengan seorang lelaki kemas berpakaian pejabat. Affan berkerut sebentar sementara Malika sudah kenal dengan susuk tubuh yang sedang bersembang dengan Layla yang sudah tersengih-sengih.

"Assalamualaikum," Malika beri salam diikuti Affan. Affan kemudiannya ukir senyum lalu bersalaman gaya lelaki dengan figura tadi.

"Waalaikumussalam,"

Malika pandang tajam Layla yang masih tersengih itu.

"Amboi kau, bukan main eh?" Malika tolak perlahan bahu Layla dengan jari telunjuk kanannya. Budak ni memang, bila jumpa je tunang dia mulalah menggedik sakan. Kalau Umi Hafsah lihat ni, cancel terus jadi tunang Umar.

Layla lepas gelak.

"Tunang Layla ke? Umar Shah?" Affan bertanya mesra.

Umar mengangguk.

"Ya, akulah tu,"

Affan mengangguk faham.

Selepas itu, Malika dan Layla hanya mendengar apa yang dibualkan oleh kedua lelaki itu. Tipikal topik sembang lelaki, kalau bukan pasal kerja pasal apa lagi?

"Wah, teman lelaki Malika ni bakal doktor lah ni?"

Uhuk!

Malika tersedak air liur. Spontan tekaknya terasa perit tiba-tiba.

"Te..te..teman lelaki?"

Umar mengangguk. "Ya, teman lelaki. Layla bagitahu yang Affan ni teman lelaki awak,"

Layla yang sengih senget itu dipandang dengan wajah pasrah. Kemudian, wajah tak berperasaan Affan dipandang. Malika ukir senyum hambar. Affan tak suka statement Umar tu okay.

"Mana ada. Layla ni memandai je. Aku dengan Affan kawan jelah,"

Umar gelak macho. "Yelah, mula-mula kawan lepas tu kahwin, kan Affan?"

Malika turut gelak, hambar. Kenapa lah topik ni juga yang dibuat sembang di tengah-tengah orang ramai waktu ni. Dahlah topik tu buat Affan tak selesa. Memandai jelah Layla dengan Umar ni. Ha eloklah berdua.

"Soon,"

Deg!

Kejap, Affan cakap apa tadi?

"Kan aku dah cakap Malika!" Layla tiba-tiba tepuk bahu Malika yang sedang terkebil-kebil depan mereka bertiga itu.

"Affan syok dekat kau,"

Umar pandang Layla yang sedang menepuk-nepuk tangan itu dengan senyuman nipis.

Malika suda pegang tangan Layla lantas diturunkan. Tak tahu malu betul minah ni. Celah mana si Umar tu boleh sangkut pun tak tahu.

"Hahaha, lawaklah kau ni," Malika gelak palsu. Affan yang masih dengan muka datarnya itu mengecilkan mata memandang Malika.

"Dahlah, jom. Dah lama kita dekat sini,"

Malika sedaya upaya kawal riak. Mampus dia dibuatnya kalau mereka terus menerus membincangkan topik ini. Senyum tawar diukir palsu. Tangan Layla dicengkam kuat menandakan dia tak suka akan keadaan ketika ini.

"Ok, Malika kau naik dengan Affan eh? Aku naik dengan Umar. Kami nak singgah dekat butik dulu lepas tu baru gerak pergi sana,"

Malika menyumpah seranah dalam hati.

"Goodbye, Malika,"

Malika tenung sahaja wajah mengusik Layla itu dengan pandangan membunuh. Seketika, matanya jatuh pada Affan yang sudah bersalaman dengan Umar sebelum Umar dan Layla berjalan ke arah bertentangan.

Affan pandang Malika yang masih merenung Layla itu.

"Jom,"

Malika hembus nafas perlahan melihat Affan yang sudah mula menapak keluar itu.

Argh! Stress!

Sampai sahaja di kereta milik Affan, Malika terus menerobos masuk. Affan dilihatnya menyimpan barang-barang miliknya di tempat duduk belakang sebelum Affan mengambil tempat di tempat duduk pemandu.

Tiba-tiba telefon Affan berdering buatkan Malika menoleh ke arahnya.

Riak Affan berubah dingin lepas membaca nama yang tertera dekat skrin itu.

"Erm?"

"Malam nanti Affan baliklah," Keras nada Affan.

Malika tiba-tiba rasa yang sebelah dia ni bukan Affan yang sebenar. Aura dingin dia sampai dekat Malika ni ha.

"Tak, sekarang ni sibuk sangat nak suruh Affan balik dah kenapa? Selama ni Affan tak balik berbulan, bertahun ayah tak kisah pun kan? Tak banyak tanya pula macam ni,"

Malika kekal diam di sebelah Affan. Wajah tertekan Affan dipandang sipi.

"Affan tahulah jalan balik rumah, Affan bukan budak kecil, Affan dah besar,"

"Kalau iya pun kenapa? Umi Hafsah tu bukannya orang lain. Salah ke Affan lawat dia?"

"Tak. Sekarang ni, ayah tak payah sibuklah. Affan masih nak berehat,"

"Ok bye,"

Affan matikan panggilan. Nafas berat dihela sebelum dia mulakan pemanduan dengan wajah dingin.

Malika di sebelah sudah rasa sesak nafas. Rasa nak semput je bila duduk berdua dengan sisi Affan yang satu ini. Sumpah Malika kata, Affan seram gila masa ni. Sepanjang perjalanan, Affan cuma diam. Dan yang kedengaran dalam kereta itu cuma suara Malika yang kejap-kejap terbatuk.

...

MALIKATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang