MALIKA 14

69 23 4
                                    

Malika hanya duduk di situ. Dengan dada yang terasa memberat dan bibir yang diketap. Gelak tawa orang sekeliling kini tidak menarik perhatian Malika. Yang dia tahu, matanya tertumpu pada Affan dan Nasyitah yang sibuk bertukar cerita dengan keadaan dia hanya seperti patung cendana di hadapan mereka.

Tak.

Malika bukan cemburu.

Langsung tidak.

Tetapi mengingatkan perempuan yang duduk di hadapan dia itu adalah antara perempuan yang dia benci, Malika jadi ralat sebab setuju untuk ikut Affan ke majlis ini.

Makanan di hadapan langsung tidak dijamah dari tadi. Entah, Malika tak ada selera.

"You memang nak tenung je makanan tu?"

Malika tersentak lantas menoleh ke arah Xeandra yang menegur di sebelahnya. Senyuman yang tak berapa ikhlas diukir nipis.

"Mind your own bussiness,"

Xeandra juling mata.

"Nasyitah and Affan was a childhood friend a long time ago. You just waste your time being jelous,"

Memudar senyuman Malika. Wajah dialihkan menatap makanan di hadapan mata. Nak lawan, tak guna. Ini bukan tempat dia. Seketika, lengan kanannya naik mahu memegang sudu.

"Oh,"

Malika kalih sebelah. Apa lagi makcik ni nak?

"You cacat?!"

Deg!

Malika tiba-tiba rasa menggigil. Dia fikir tiada siapa yang perasan sebab Malika sendiri pun rasa dia dah sedaya upaya sembunyikan lengan baju kiri dia tadi. Affan dan Nasyitah yang mendengar turut terdiam sama. Termasuk Dato Jauhar dan Doktor Mikhail.

"Shut up!" Affan berkata keras. Melihat wajah pucat tak berdarah Malika, Affan rasa panas.

"Why? Betul? I see she doesn't have left hand,"

Malika ketap bibir. Matanya naik memandang Nasyitah di hadapan. Pandangan kosong itu dia pandang dengan hati yang membara. Tanpa sedar, gelas lutsinar berisi air oren itu dia siram ke wajah Nasyitah.

Splash!

"Malika!"

Malika diam dengan wajah mendatar ke arah Nasyitah yang tampak terkejut dengan tindakan dia. Tengkingan Affan dibiarkan. Wajah yang dia rasa sedang menyindir dirinya itu dia pandang dingin.

"What do you think you're doing, young girl?" Doktor Mikhail bersuara tegang.

Malika diam dengan kedudukan yang masih statik pada kerusi.

"This girl such a nuts! Let's go Nasy," Xeandra yang membantu Nasyitah itu bersuara sinis.

"Affan, bawa dia pergi,"

"Tapi ayah,"

"No excuse!"

Doktor Mikhail menengking cukup untuk mereka yang dengar. Walaupun sudah ada beberapa kepala yang turut menoleh melihat kejadian di sini.

"Memalukan. Perempuan apa kau bawa ni Affan? Dah cacat tak ada adab pula tu. Buat majlis ni macam dia yang punya,"

Malika ketap bibir kuat. Dada tiba-tiba terasa sakit.

"Kau bawa perempuan ni pergi, Affan. Perempuan macam ni memang tak layak jadi bakal isteri kau. Cacat tak sedar diri," Doktor Mikhail buat muka jijik. Dato Jauhar di sebelah turut memandang jijik pada Malika.

Tapi, Malika tetap di situ.

Malika nak lari tapi tak mampu. Tubuhnya yang dari tadi menggeletar buat Malika kaku di situ.

Affan lepaskan keluhan berat sebelum hujung lengan baju Malika di tarik. Memaksa gadis itu berdiri. Malika tak banyak cakap, ikut sahaja. Dia rasa tak mampu nak buat apa-apa ketika ini.

Dia ikut sahaja bila Affan tarik dia. Sehinggalah tiba di kereta, Affan buka pintu penumpang sebelum lepaskan lengan baju Malika. Malika pandang wajah tak berperasaan Affan.

"Masuk,"

Malika tak banyak bunyi, terus masuk sebelum pintu ditutup Affan. Affan beralih ke sebelah sebelum selamat duduk di tempat pemandu. Matanya tepat memandang hadapan.

"Kenapa buat macam tu?"

Malika diam.

"Kau marah sangat dengan Nasy kenapa?"

"Dia ada buat salah dengan kau?"

Ada, Affan. Ada.

Malika menyinis dalam hati. Nak cakap pun tak guna. Nasyitah tu kawan rapat Affan. Antara dia dengan Nasyitah, Nasyitah yang kenal dan kawan dahulu dengan Affan sebelum dia.

"Aku tanya Malika,"

Affan masih bersabar. Dia cuba untuk tidak tinggikan suara pada Malika.

"Ke sebab kau cemburu tengok Nasyitah dengan aku,"

Malika mendecit.

"Nonsense lah Affan,"

"Habis tu kenapa, Malika?!"

Bahu Malika terhinjut. Affan raup wajah kasar.

"Aku tak faham, Malika. Kenapa kau buat macam tu? Aku tanya, kau tak reti nak jawab,"

Tubir mata Malika memanas. Namun, Malika masih mampu untuk tahan air mata dari jatuh. Malika masih jaga maruah dia depan Affan. Menangis depan Affan, nonsense. Nampak lemah je nanti.

Akhirnya, Affan lepaskan keluhan berat tanda berakhirnya perbualan mereka. Malam itu, Affan hantar Malika pulang tanpa cakap sepatah pun. Dan apabila tiba di Baitul Ibtisam sekalipun, Affan tak cakap apa-apa.

Malika turun sendiri dan kereta Affan terus meluncur laju je arah yang bertentangan.

Malika genggam erat tepi baju dengan nafas yang terasa sesak.

Mata dipejam rapat.

Stay in position, Malika.

Don't be ruined with this.


...


Makin lama, makin tak رتي aku nak menulis.

MALIKAWhere stories live. Discover now