Affan pandang rumah agam yang sudah gelap gelita itu. Jarum jam sudah hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam. Affan tongkat tangan di cermin kereta sambil jari ligat memicit pelipis. Sudah hampir setengah jam dia duduk di dalam kereta dan memarkir keretanya sedikit jauh dari rumah agam milik Doktor Mikhail itu.Sengaja Affan buat macam tu sebab dia nak pastikan yang ayah dan ibu angkatnya itu sudah lena diulit mimpi. Affan malas nak bertekak malam-malam, malas nak dengar mereka membebel panjang. Dengan keadaan Affan sekarang yang sumpah penat lepas drive pulang dari Baitul Ibtisam tadi, Affan harap dia boleh terus berehat.
Affan melepaskan keluhan nipis.
Kunci dimasukkan ke dalam poket seluar sebelum Affan menapak keluar. Dia menapak perlahan-lahan di jalan sunyi itu menuju ke pagar utama rumah agam tersebut. Affan bagi isyarat pada pengawal yang duduk di sebelah pagar itu untuk membuka pagar.
Masuk sahaja Affan di halaman luas rumah agam tersebut, Affan terus berjalan. Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Matanya meliar ke arah garaj kereta.
Affan senyum pahit.
Jelas terletak di situ kereta milik Doktor Mikhail dan Xeandra. Maknanya mereka tidak on-call malam ni dekat hospital.
Affan tanggalkan kasut dia dan biar sahaja dekat depan pintu. Pintu yang tidak berkunci itu dibuka. Dia tahu kenapa tidak berkunci, sebab kalau dia belum jejak kaki dekat rumah tu, tak ada maknanya pintu utama tu nak terkunci.
Buka sahaja pintu, Affan lihat seluruh ruang tamu sudah gelap gelita. Hanya ada sedikit cahaya dari dapur yang malap. Affan tutup kembali pintu lantas dikunci. Baru sahaja dia berputar hendak menaiki tangga untuk ke bilik, Affan tersentak bila ada seseorang yang berdiri dekat tangga tu.
"Dari mana?"
Affan diam. Wajah tegang Doktor Mikhail dipandang dengan reaksi kosong.
"Kau pergi jumpa perempuan tua tu lagi?"
Affan ketap bibir. Benci bila ayat itu meluncur laju dari lelaki di hadapannya ini.
"Aku dengar kau kerja pembantu dekat kedai sekarang,"
Doktor Mikhail melangkah turun. Affan yang masih kaku di hadapan pintu itu didekati. Sampai sahaja di hadapan Affan, dahi Affan ditunjal kasar.
"Kau nak malu kan aku ke?"
Affan tetap diam. Reaksi kosong dikekalkan dan matanya datar memandang Doktor Mikhail.
"AKU TANYA JAWABLAH BODOH!"
Pap!
Pipi kanan Affan ditampar kuat sebelum rambutnya dicengkam kuat. Berair mata Affan bila rahangnya terasa ngilu tiba-tiba. Benda ni dah biasa, tapi Affan masih tak boleh nak biasakan diri kena layan macam tu.
"Bulan depan, kerja dengan aku,"
"Affan taknak,"
Pap!
Pipi sebelah kiri pula menjadi mangsa. Tangan Affan menggeletar kuat bila diperlakukan sebegitu. Rambutnya dilepaskan oleh Doktor Mikhail.
"Aku dah bagi semua, kenapa susah sangat kau nak ikut cakap aku?!" Suara Doktor Mikhail memetir di segenap penjuru rumah agam tersebut. Affan yang masih berdiri kaku itu dipandang dengan amarah yang menggila.
"Affan dah ikut dah cakap ayah! Semua! Affan dah ikut. Apa yang ayah nak, Affan buat. Tapi boleh tak kali ni ayah lepaskan Affan, untuk buat apa yang Affan suka?"
"Eh, kau ni memang tak reti bersyukur kan? Aku pungut kau pun dah kira baik tau"
Affan mendecit sinis. "Habis tu, kenapa terhegeh-hegeh sangat nak pungut Affan? Boleh je kan biar? Oh lupa, ayah cuma nak cari bahan untuk naikkan nama ayah, kononnya hati ayah tu baik sangat ambil anak angkat, padahal tak pun,"
"Kau jangan kurang ajar, Affan,"
"Ayah yang ajar Affan jadi kurang ajar macam ni,"
Bush!
Affan gelak hambar. Hujung bibir yang mula mengeluarkan darah itu dilap kasar. Wajah tegang Doktor Mikhail dipandang tajam. Affan mungkin ada sedikit rasa hormat tapi bila dah kena macam ni Affan rasa tak boleh nak beralah sangat.
"Affan masih terfikir nak report kes penderaan dulu, agak-agaknya kalau Affan buat, Affan boleh bebas ke eh?"
Doktor Mikhail mengetap bibir mendengar kenyataan Affan.
"Kau buat kalau berani, kau buat. Tapi kau ingat, kau akan hilang semua benda yang kau ada sekarang,"
Affan tergelak sinis. Kaki mula menapak ke tingkat atas. Doktor Mikhail yang masih berdiri tegak di bawah dengan amarah yang masih membara dibiarkan begitu sahaja. Sebelum Affan hilang dibalik dinding, dia balas semula ayat Doktor Mikhail sebentak tadi.
"I have my degree anyway, you can't take it back,"
"Raid Affan!"
...
Affan hempas tubuh ke katil. Tangannya naik meramas rambut kasar sebelum turun menghempap dahi. Mata Affan ralit memandang siling. Dadanya berombak kuat. Tanda perasaan dia sumpah berkecamuk saat ini.
Affan dah cuba elak nak bertengkar.
Tapi bila Doktor Mikhail tu suka sangat nak paksa Affan buat perkara yang Affan tak suka sangat pun, dia jadi rimas. Selama ini Affan boleh tolak dengan cara baik tapi bila Doktor Mikhail sibuk nak ajak gaduh dengan keadaan dia yang penat ini, Affan dah tak boleh nak kawal emosi dia.
Keluhan berat dilepaskan.
Affan keluarkan telefon pintar dari poket seluarnya. Nombor Malika dicari dalam senarai kenalan. Seterusnya, ikon hijau ditekan lalu telefon itu diletakkan di sebelah telinganya dengan speaker yang dihidupkan.
Tidak sampai seminit, panggilan itu dijawab.
"Hurm, nak apa?"
Spontan senyuman kecil terukir di ulas bibir Affan.
"Assalamualaikum?"
Affan masih diam dengan senyuman yang masih terukir. Entah kenapa tiba-tiba buat perkara pelik call Malika tapi tak cakap apa-apa.
"Woi bang! Hidup lagi ke?!"
Suara Malika kedengaran geram. Senyuman Affan makin melebar. Mata dipejam rapat. Keluhan Malika kedengaran di gegendang telinganya.
"Kalau aku jumpa kau esok-esok, aku pecahkan je telefon kau tu,"
Tetap, Affan tak balas. Masih memejam mata dengan senyuman di bibir.
"Stress lah aku macam ni, kau blah je lah!"
Tut!
Panggilan dimatikan.
Senyuman yang tadi terukir bertukar ke sengihan.
Esok lepas dia habis kerja, dia nak pergi ke Baitul Ibtisam. Nak tengok awek sorang tu lepas geram dekat dia. Takut belakang cerita, Affan pasti Nur'al-Malika tu tengah naik angin sekarang dengan perangai tak bertamadun dia tadi.
...
YOU ARE READING
MALIKA
General Fiction' The worse you are, the more you have to love yourself ' Menuding jari terhadap takdir. Dia tidak sedungu itu. Kecilnya diri, tidak layak menyanggah garis hidup. Berselisih dengan watak-watak yang pantas melakar persepsi yang berlainan terhadap seo...