Selepas Jiyeon tahu yang penyebab parut panjang pada mulut Hyunjin, dia terus pukul lelaki itu. Apa penyebabnya? Jap.. kita ulang ayat Hyunjin.
"Aku tengah tolong Chan hyung masak kat dapur.. pipi aku gatal.. so aku tergaru gatal tu guna pisau.. sampai koyak hahaha lawak tak?"
Hari tu juga la Hyunjin dan Jiyeon menjadi pasangan viral sekolah. Lah itupun boleh viral.
-•-
Pada pagi itu, Jiyeon seperti biasa bersiap untuk ke sekolah dan sarapan. Ada sesuatu yang buat dia rasa lain. Dia pelik kenapa Jinyoung tak bercakap walaupun satu huruf dengannya.
Adakah sebab dia merajuk yang dia single? Tentu lah tidak.
Jiyeon masuk ke dalam kelas. Sorang pun tak menyapa termasuk Han,Felix dan Seungmin.
"Kenapa semua orang diam eh harini? Aku ada buat salah ke?".
Dia pun duduk ditempat sendiri. Untuk mengurangkan rasa kesepian, dia mengeluarkan handphone.
Tiba-tiba 5 orang lelaki yang macam dikenali olehnya masuk ke dalam kelas dan duduk mengerumuninya.
"Hye.. Jiyeon?",tegur Yeonjun tersenyum manis. Jiyeon hanya mengendahkannya.
"Heyy kitorang datang ni.. borak la sekali",kata Heuningkai dan mencucuk-cucuk tangan gadis itu menggunakan pen.
"Jangan kacau aku la",ujar Jiyeon. Dia menundukkan kepala. Waktu ini dia berasa ingin memarahi rakan sekelasnya kerana seorang pun tidak membantu. Jinyoung juga hanya diam di tempat duduk.
"Yahh.. kitorang datang ni nak borak.. bukan kacau kau la", kata Taehyun pula.
"Aku Soobin.. ni Beomgyu.. yang ni pulak Taehyun.. dan dia ni Heuningkai",kata Soobin. Siap kenalkan diri bhai sbb nak pancing attention Jiyeon.
Jiyeon mengangkat kepalanya dan memandang mereka berlima. Dia takut. Mana taknya, 5 ekor ni duduk mengelilingi.
Hyunjin masuk ke dalam kelas. Jiyeon berasa lega bila nampak lelaki itu muncul. Tetapi rasa itu hanya sekejap selepas Hyunjin hanya masuk dan duduk di tempatnya bersama Jinyoung.
"Kenapa? Boyfriend tak layan ek? Bukannya semalam korang official?",tanya Beomgyu. Mereka berlima tertawa.
Jujur lah, satu kelas hampir tertawa.
"Hmm sian kau.. jom jalan dengan kitorang",ajak Yeonjun lalu berdiri.
Jiyeon berdiri dan lari keluar dari kelas.
"Lah weh aku- ISHH JIYEON TUNGGU WOIII",jerit Yeonjun dan kawannya terus mengejar Jiyeon.
"Haa cepat.. gais sebelum diorang datang balik",arah Haeun. Satu kelas mula bangun dan membuat tugas masing-masing.
"Wehh.. cane dia pagi tadi? Ada tanya apa²?",tanya Junkyu pada Jinyoung. Jinyoung menggeleng.
"Pagi tadi dia diam je dho.. selalunya ada je benda dia nak cerita",kata Jinyoung sambil tertawa. Lain juga tertawa.
"Eishh aku rasa nak peluk dia tau tadi.. aku sempat tngok macam mana muka dia dengan geng-geng Yeonjun tadi",kata Hyunjin penuh sendu.
YOU ARE READING
[✓] Badboy || 황현진 [H.H.J]
Ficção Adolescenteyang penting takda konflik. Noob bhai. Silder mintak kena tembak guna bazooka ni.