Aku memandang rakan sekelas aku yang menjerit gembira saat kertas terakhir untuk peperiksaan pertengahan tahun tamat. Aku menggelengkan kepala melihat mereka yang serupa gaya orang sudah habis SPM.
"Lis. Asal monyok je ni? Gembira la sikit. Akhirnya bebas dari genggaman peperiksaan pertengahan tahun dan kita dah cuti!" Aku tersenyum kecil.
"Aku rasa gementar pula tiba tiba." Aku dah janji pada Wafiy yang aku akan bagitahu tentang Wafiy pada papa dulu sebelum dia jumpa papa. Takut pula aku memikirkan nya.
"Kau jangan risau la. Papa kau kan dah berbaik dengan kau. Doa la dia lembut hati kali ni." Aku mengangguk perlahan mendengar kata kata Syaf.
"Aku nak bagitahu papa malam ni la. Aku rasa terseksa sembunyikan semua ni." Syaf dan Aira memberikan senyuman manis untuk menenangkan aku.
"Love? Jom." Aku tersenyum. Aira memberikan pandangan geli pada aku dan Wafiy. Aku tertawa kecil.
"Balik dulu. See you when I see you!" Mereka mengangguk. Mereka masih lagi menunggu Hariz yang lambat seperti siput.
"Kau okay tak ni?"
"Kenapa? Nampak macam aku tak okay ke?" Rasa gemuruh tadi sedaya upaya aku sorok dari dia.
"Hei, kalau kau tak nak cakap dekat papa kau, tak perlu. Aku tak nak paksa kau. Nanti kau pula yang dapat bala." Aku menggeleng perlahan.
"Aku rasa bersalah la. Tak apa. Pandai la aku cakap dengan dia nanti." Aku meyakinkan nya. Dalam hati, aku sendiri tengah yakinkan diri.
"Aku masuk dulu." Aku berkata sebaik sahaja kami sampai di perkarangan rumah aku.
"Good luck!" Dia mengangkat tangan seperti bersorak serta memberikan senyuman manisnya. Aku tertawa.
"Terima kasih, awak." Senyumannya makin lebar. Jarang sekali aku gunakan panggilan itu. Jadi bila aku dah guna, suka la dia.
"Papa?"
"Hmm?" Papa yang sedang menonton televisyen memandang aku dan Hariz silih berganti. Sengaja aku suruh Hariz teman aku.
"Papa kenal Wafiy tak?" Aku memandang papa takut takut. Papa ni bukan boleh jangka.
"Tak. Kenapa?" Papa menyambung semula melihat televisyen. Aku memandang Hariz dan mengeluh.
"Lis ada teman lelaki. Ta-" Kata kata aku terhenti apabila papa memandang aku secara mengejut.
"Siapa lelaki tu? Ammar?" Nada papa seperti teruja. Hariz memandang aku dengan mata terbeliak. Aku pasti dalam hati, dia sudah menyumpah aku kerana rapat dengan Ammar.
"Bukan. Lelaki tu Wafiy. Lelaki yang Lis pernah jemput datang rumah hari tu." Ayat terakhir itu aku berkata dalam nada yang perlahan tetapi aku pasti ianya sempat di tangkap oleh papa. Papa mengeluh. Kemudian dia memandang Hariz.
"Budak Wafiy ni okay tak?" Hariz mengangguk laju.
"Dia kawan baik Hariz sejak Hariz pindah sekolah. Dia ni baik tau orangnya. Suka sangat layan Lis yang manja tak bertempat ni. Lis pun dah lama suk-" kata kata nya terhenti apabila aku mencubit belakang badan nya kuat.
"Kalau Hariz okay, papa okay lah kot. Asalkan anak papa gembira." Aku memandang papa tak percaya. Cubitan di belakang badan Hariz aku lepaskan. Hariz mengeluh lega.
"Betul ke, papa!" Aku duduk di sebelah papa. Kepala aku di letakkan di atas bahu papa dan lengannya di peluk.
"Ya." Aku melepaskan lengan papa dan memeluk badannya erat. Sudah lama aku tak peluk papa begini. Papa seperti teragak-agak tetapi membalas juga pelukan aku.
"Terima kasih, papa!" Papa tersenyum.
"Lis ajak dia datang rumah eh esok? Jumpa papa?" Papa mengangguk. Aku tak pernah sebahagia ini.
"Lis naik dulu tau! Jom, Hariz!" Tangan Hariz aku tarik kuat untuk naik ke atas. Raisya yang sedang turun dari tangga juga aku langgar selamba.
"Hei!" Aku tertawa kecil. Aku dan Hariz berlari masuk ke dalam bilik aku. Lebih kepada aku yang lari dan Hariz terpaksa juga lari.
"Aduh, lenguh tangan aku kau tarik." Dia mengurut lembut pergelangan tangannya. Aku tersengih.
"Susah tau papa nak bagi aku dengan lelaki. Peluang sekali seumur hidup!" Telefon aku capai. Aku memberikan pesanan mesej pada Wafiy untuk datang esok. Selepas itu, telefon di simpan semula.
"Kau esok ada apa apa tak?" Aku memandangnya dengan pandangan berharap.
"Aku tak pasti. Kenapa?" Dia baring di katil aku selamba.
"Aku nak kau ada esok. Yelah. Papa lagi percaya kau dari aku. Kalau kau tak ada tadi, aku yakin dia tak akan benarkan Wafiy dengan aku." Hariz terdiam.
"Okay. Aku tak pergi mana mana esok. Tapi, kau kena la bagi aku upah." Aku menggulingkan mata aku.
"Nanti la aku belanja." Kami berdua terdiam. Aku juga ikut baring di sebelahnya sambil merenung syiling bilik.
"Cuti ni kita nak buat apa je?"
"Aku rasa aku nak balik rumah ibu. Lagipun, dekat sana lagi tenang dari dekat sini." Aku tertawa kecil. Mana nak tenang kalau ada Raisya.
"Aku nak ikut juga la." Rindu pula suasana kampung yang jauh dari bandar sesak.
"Kau dah bawa Syaf jumpa ibu ke?" Dia menggeleng. Aku memandangnya pelik.
"Kau orang dah lebih setahun kan? Ibu masih tak kenal dia?" Dia menggeleng lagi. Kemudian, dia memandang aku dengan senyuman sinis.
"Tahulah Wafiy nak bawa kau jumpa parents dia. Eh, kau nak tahu tak kenapa dia ni jenis susah nak move on?"
"Dah dia suka orang tu." Hariz bangun dari baring nya. Aku juga mengikut apa yang dilakukannya.
"Bukan sebab tu. Dia ni jenis yang fikir jauh tahu. Kalau kau jadi je teman wanita dia, dia dah fikir dah pasal nanti bila kau orang kahwin macam mana. Kalau kau perangai tak elok, dia dah fikir macam mana nak tegur. Sebab dia tak nak nanti bila dah kahwin atau dah ada anak, kau buat masalah."
Aku terdiam. Jauh betul dia fikir. Aku tabik pada dia tapi dalam masa yang sama, aku rasa creepy. Entah kenapa aku rasa begini.
"Jadi, kau faham faham je lah. Bila dia dah fikir macam tu, mestilah dia dah sayang sangat sangat kat teman wanita dia tu." Aku mengangguk faham.
"Eh, kau tak ada fikir macam tu ke?" Dia menjeling aku tajam.
"Aku ada la juga fikir macam tu. Tapi, dia fikir lagi jauh. Entah entah, sampai akhir hayat dia, dia dah fikir." Aku memukul lengan dia perlahan. Tak baik betul.
"Terima kasih sebab selalu tolong aku." Dia tersenyum dan mengetuk kepala aku perlahan.
"Aku kan abang susuan kau. Mestilah aku kena tolong." Aku tersenyum.
"Dah. Tidur. Esok banyak benda nak kena buat." Dia memberikan senyuman terakhir dan keluar dari bilik aku.
YOU ARE READING
Aidan Alisa [C]
Teen Fiction[Teen Fiction X Romance] Our love is complicated. Yet, it feels right. 𝐂𝐚𝐮𝐬𝐞, 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐮𝐬. Start: 26 October 2020 End: 23 June 2021