TW: Mention of rape

Tok! Tok! Tok!

Aku menguap kecil dan mengeluh kasar apabila pintu aku diketuk kuat dari luar. Aku berjalan malas ke arah pintu.

"Kau nak apa pagi buta ni?" Aku berkata dengan mata tertutup.

"Pagi buta? Dah tengahari la!" Badan aku ditolak ke tepi oleh Hariz.

"Rileks la." Mata aku terbuka luas saat kelibat Raisya muncul di depan mata.

"Raisya?" Pintu bilik di tutup rapat dan dikunci. Wajah Hariz dan Raisya aku pandang silih berganti.

"Kau kenapa bangun lambat sangat? Aku telefon tak angkat." Hariz mengeluh kasar. Aku memandang Hariz pelik. Tak pasal pasal aku kena marah.

"Kenapa? Ada apa?"

"Raisya. Kau nak aku cerita ke, kau yang nak cerita?"

"Aku." Dia berkata perlahan. Baru aku perasan yang dirinya kelihatan serabut dan muka sangat pucat.

"Aku hampir kena rogol." Aku terkedu. Kemudian, tempat duduk di sebelah Raisya di ambil.

"Aku ikut Alif pergi pusat beli-belah. Tapi, masa dia pergi tandas, aku kena tarik dengan dua orang lelaki. N-nasib baik Hariz nampak aku." Aku memandangnya kesian. Seburuk mana pun perangai Raisya, perkara begini bukan perkara remeh.

"Kau nak buat report polis tak?" Aku bertanya sambil mengusap belakang badannya perlahan. Dia menggeleng.

"Tak apa la. Takut nanti papa marah."

"Kau nak rehat dulu ke? Biar kita orang cuba cakap dengan papa kalau kau nak?" Dia menggeleng.

"Aku tak nak papa tahu. Boleh tak aku tinggal sini untuk sementara? Aku nak tenangkan diri." Aku mengangguk.

"Kau rehatlah dekat sini."

"Weh. Aku nak mandi dulu. Kau tunggu la kat bawah." Aku berkata sebaik sahaja Raisya terlelap. Penat sangat gayanya. Hariz mengangguk. Aku mengeluh.

"Jom." Aku berkata pada Hariz sebaik sahaja aku sampai di ruang tamu. Pandang orang lain aku abaikan.

"Nak pergi mana? Asyik keluar je?" Mak Long berkata dengan terselit sindiran.

"Nak pergi balik rumah papa sekejap. Takkan la tak boleh?" Hariz menarik tangan aku untuk keluar dari rumah itu.

"Aku nak tumpang!" Hariz mengeluh memandang Dian yang tiba tiba itu.

"Tak boleh."

"Bagi je. Bukannya dia buat salah pun." Mak Long berkata lagi. Tanpa berkata apa apa, Hariz terus menarik aku untuk masuk ke dalam kereta. Beberapa minit kemudian, Dian masuk ke tempat duduk belakang.

"Aku nak pergi pusat beli belah." Suka hati dia je mengarah. Hariz yang malas melayan Dian hanya mengikut sahaja. Sampai sahaja di situ, tanpa memberikan ucapan terima kasih, dia terus turun dari kereta.

Aku yang gatal untuk melihat dia ke mana memandang arah yang dia pergi. Aku terkedu melihat Wafiy yang Dian ingin berjumpa.

"Kenapa?" Wajah Hariz yang bengis tadi berubah risau memandang aku.

"Wafiy? Itu dia kan?" Hariz memandang arah yang aku tunjukkan dan mengangguk dengan mata terbeliak.

"Dia-. Abaikan la. Raisya dulu." Hariz mengangguk faham.

"Kau buat apa dekat pusat beli belah pagi pagi?" Aku menukar tajuk perbualan. Sedaya upaya mengeluarkan bayangan Wafiy dan Dian.

"Aku nak beli buku dekat kedai buku." Aku mengangguk faham. Aku mengeluh apabila teringat tentang Wafiy. Telefon di keluarkan dan nama contact Wafiy di tenung.

"Aku tak rasa dia jenis orang yang curang." Hariz berkata tiba tiba. Aku masih berdiam.

"Kau tak nak mesej dia ke?"

"Tak apalah. Nanti dia ingat aku menyibuk pula." Tapi sebenarnya, tangan aku nak je telefon dia terus.

"Kau ni. Daripada kau tenung je. Baik kau telefon dia." Aku mengeluh kuat sebelum nombor telefon Wafiy di tekan.

Tit. Tit.

"Hello?"

"Wafiy. Kau tengah buat apa tu?"

"Aku tengah dekat pusat beli-belah ni. Kenapa?"

"Dengan siapa? Kenapa tak ajak aku?" Aku mengetuk kepala aku sendiri apabila soalan kedua itu terkeluar dari mulut.

"Dengan kawan lama aku. Aku nak ajak kau. Tapi, takut kau sibuk dekat rumah ibu. Jangan risau. Aku nak borak borak je dengan dia."

"Ouh. Okay. Bye." Telefon terus dimatikan tanpa menunggu balasan dari Wafiy. Aku mengeluh.

"Dah. Jom." Kereta di berhentikan di perkarangan rumah papa.

"Eh? Ada apa balik ni?" Papa memandang kami pelik.

"Raisya nak tinggal rumah ibu sekejap. Nak ambil barang dia." Papa mengangguk faham dan tersenyum kecil.

"Raisya tu tak adalah jahat sangat kan?" Aku berkata apabila kami berada di dalam bilik Raisya.

"Aku harap dia nak bertaubat lepas ni. Tak adalah kau merana sangat." Aku mengangguk setuju.

"Kalau aku jumpa la lelaki tu. Aku nak suruh kau belasah dia orang." Hariz memandang aku dengan pandangan lucu.

"Ingatkan kau yang nak belasah."

"Memang tak lah." Barang barang peribadi Raisya di masukkan ke dalam satu beg galas.

"Tapi, aku dah tumbuk dah seorang satu kali. Jangan risau la. Aku dah selesaikan semua." Aku tertawa kecil.

"Aku tak dapat bayangkan kalau aku yang kena. Mungkin, aku fobia dengan lelaki? Aku pun tak tahu." Hariz memberhentikan apa yang dia lakukan. Kedua dua bahu aku dipegang supaya aku memandangnya.

"Aku tak akan benarkan benda tu berlaku. Kau ni, jangan la fikir bukan bukan." Aku tersenyum kecil dan mengangguk.

"Kalau la kau bukan abang aku, dah lama aku rampas kau dari Syaf." Aku tertawa jahat. Pegangan pada bahu aku di lepaskan dan kepala aku di luku.

"Tak payah mengarut." Siap sahaja mengemas barang milik Raisya, kami berdua terus laju balik ke rumah ibu.

"Assalamualaikum." Hariz memberi salam. Beg pakaian milik Raisya di angkat dan diletakkan di dalam bilik aku.

"Raisya. Kau okay tak?" Aku bertanya apabila melihat Raisya yang termenung jauh.

"Aku-" Dia terdiam. Dia memandang aku dan Hariz lama.

"Aku minta maaf sangat sangat atas apa perbuatan jahat yang aku pernah buat. Walaupun aku banyak buat benda jahat, kau orang tetap tolong aku." Aku tersenyum kecil.

"Jangan risau la. Asalkan kau betul betul dah insaf. Aku maafkan." Dia memeluk aku erat.

"Aku pun maafkan. Aku keluar dulu la. Nanti bising pula mulut orang tua tu." Aku tertawa kecil apabila Hariz menyindir Mak Long.

"Ibu Hariz tak kesah ke aku tumpang?" Aku menggeleng.

"Kau sebilik dengan aku tak apa kan? Bilik lain semua penuh." Giliran dia pula mengangguk.

"Kau ada fobia apa apa ke lepas kejadian tu? Kalau ada bagitahu awal awal." Dia menggeleng.

"Aku rasa tak ada. Sebenarnya, ini bukan kali pertama aku hampir kena. Alif pernah cuba tapi aku boleh lawan. Kali ni, aku terkejut sangat sebab berlaku secara tiba tiba." Aku terkedu.

"Alif? Tak guna budak tu. Biar aku suruh Hariz belasah dia." Baru sahaja aku hendak bangun dari duduk, dia menahan.

"Jangan. Dia ugut aku supaya rahsiakan. Kalau tak, aku tak tahu la dia nak buat apa. Tapi, cara dia cakap sangat menakutkan." Aku mengeluh.

"Tak apalah. Kalau ada apa apa jadi, bagitahu je aku." Bahu Raisya di tepuk perlahan.

"Terima kasih." Aku tersenyum kecil.

Aidan Alisa [C]Where stories live. Discover now