"Kami balik dulu, ibu." Aku, Hariz dan Raisya bersalaman dengan ibu. Sedih nak tinggal ibu sorang sorang dengan yang lain. Tapi, aku tak boleh bertenang kalau menghadap Dian.

"Kenapa aku rasa apa yang aku buat ni salah eh?" Aku berbisik perlahan sebaik sahaja kereta meluncur keluar dari rumah ibu.

Aku rasa sangat bersalah dengan Wafiy. Dah lah aku minta masa dari dia. Entah entah, semua yang berlaku ni salah aku? Atau mungkin disebabkan apa yang aku buat ni, dia dah tawar hati dengan aku.

"Lis? Kau kenapa?" Aku memandang Hariz pelik.

"Kenapa apa?"

"Aku tahu kau tengah kusut. Kenapa sebenarnya?" Aku tersenyum kecil dan menggeleng.

"Tak ada apa. Tapi, aku ada soalan la." Hariz mengangguk menyuruh aku meneruskan manakala Raisya di belakang membuat hal sendiri.

"Antara kawan baik dengan teman wanita. Siapa lagi penting?" Ke aku memang tak penting sebab aku bukannya isteri dia pun? Aku hanya berkata dalam hati sahaja.

"Aku rasa teman wanita. Sebab pangkat dia lagi tinggi dari kawan baik. Kenapa? Pasal Wafiy ke?" Aku tak mengangguk. Tak juga menggeleng.

"Saja tanya. Aku terbaca satu novel ni. Ramai berpihak pada kawan baik sedangkan dia ada teman wanita." Hariz terdiam.

"Naik sekolah ni kau orang terus sibuk belajar eh?" Hariz mengangguk.

"Sibuk juga la. Banyak kelas tambahan setiap kali balik sekolah. Tapi, nasib baik hujung minggu tak kacau." Aku mengangguk faham.

"Raisya. Kau dengan Alif macam mana?" Lupa pula aku mahu bertanyakan tentang Alif padanya.

"Macam tu la. Aku tak boleh nak buat apa." Raisya berkata selamba. Seperti perkara itu tidak berat untuknya.

"Kalau perempuan merajuk ke apa kan. Kau akan pujuk atau buat macam apa yang perempuan tu suruh? Jauhkan diri?" Hariz mengeluh.

"Aku pujuk la. Tapi, tengok keadaan juga. Haih, kau ni. Nampak sangat kau tengah sakit tau sekarang ni. Kau nak nafikan apa lagi? Kenapa kau nak berlakon macam semuanya okay je?" Aku mengangkat bahu. Pandangan di halakan ke luar kereta.

"Aku okay. Eh, jom singgah makan tengahari terus." Aku menukar topik perbualan. Malaslah aku nak berbual tentang masalah aku.

"Yelah." Hariz berkata pasrah.

"Lis. Kau memang selalu macam ni ke?" Raisya bertanya sebaik sahaja kami keluar dari kereta untuk makan tengahari.

"Macam ni tu macam mana?"

"Tunjuk kuat sedangkan kau tengah sedih." Aku hanya berdiam. Aku pun tak tahu.

"Aku-" kata kata aku serta langkah aku terhenti. Hariz dan Raisya juga memberhentikan langkah mereka. Mata aku tertancap pada dua susuk manusia yang sedang sibuk bergelak ketawa.

Mesti semua orang dapat teka siapa. Siapa lagi kalau bukan Wafiy dan Dian. Bukan ke sepatutnya Wafiy tengah resah sebab aku? Bukannya aku tak suka dia gembira. Tapi, aku rasa di tikam dari belakang.

"Kau nak pergi tempat lain tak?" Hariz berkata dengan nada yang menahan marah. Aku menggeleng.

"Tak apalah. Kita buat je macam dia tak wujud. Kau buat lawak hambar kau sekarang ni pun aku tak kesah." Kami bergerak untuk duduk selang dua meja dari Wafiy dan Dian. Hanya Hariz sahaja yang menghadap mereka.

"Hariz. Bertenang. Aku pun boleh tersenyum. Cuba senyum sikit?" Aku memberikannya senyuman kecil. Atau lebih tepat lagi senyuman palsu aku.

"Kalau tak ikhlas buat apa. Haih. Yelah." Kami mula memesan makanan. Semakin lama, aku makin lupa yang Wafiy berada di situ.

"Eh, tu Ammar tu yang baru masuk." Aku memusingkan badan dan dapat aku lihat Ammar yang baru masuk ke dalam restoran itu. Tetapi, wajahnya jelas keliru melihat Wafiy bersama perempuan yang tidak di kenalinya bergelak ketawa.

Aku mengangkat tangan aku untuk memanggilnya ke meja kami. Aku tersenyum lebar saat dia duduk berhadapan dengan aku. Sengaja aku ajak dia keluar bersama kami.

"Kau okay ke?" Aku tersengih mendengar soalan itu.

"Okay je. Jangan risau." Hariz memandang aku pelik.

"Kau yang panggil dia eh?" Aku mengangguk.

"Aku ingat nak keluar dengan Ammar lepas makan nanti. Daripada aku fikir bukan bukan. Baik aku keluar jalan jalan." Hariz mengeluh. Pasti dia iyakan je apa aku nak buat.

"Kau nak pergi mana?" Ammar bertanya. Tetapi, matanya tak lepas dari memandang Wafiy di meja sana.

"Mana mana pun boleh. Raisya kau balik dengan Hariz je boleh kan?" Raisya mengangkat ibu jarinya sebagai tanda okay.

"Kita orang pergi dulu lah. Kau makan lambat." Hariz berkata selamba manakala aku hanya menggulingkan mata sambil menghalaunya pergi.

Sekarang, hanya tinggal aku dan Ammar. Kalau tengok dari jauh, nampak seperti kami tengah dating pun ada.

"Kau tak rasa aku gunakan kau kan? Aku takut kalau kalau kau rasa terpaksa bila aku ajak keluar." Dia tersenyum kecil.

"Aku dah anggap kau kawan baik aku dah. Apa salahnya aku jadi distraction kau sekejap." Aku tersenyum.

"Wafiy dari tadi pandang sini. Ka-"

"Biar je dia pandang. Kau abaikan je dia." Ammar mengangguk. Aku tahu mesti dia sedang pening memikirkan perang aku dengan Wafiy.

"Dah siap. Jom." Kami berjalan keluar dari kedai selepas membayar makanan. Tetapi, belum sempat aku masuk ke dalam kereta Ammar, wajah Wafiy muncul di hadapan aku.

"Kau tengah buat apa?" Wajahnya jelas bahawa dia sedang marah dengan aku. Takkan aku nak keluar dengan lelaki lain tak boleh? Sedangkan dia sibuk bergelak ketawa dengan Dian.

"Aku tengah masak. Eh, tak nampak aku tengah nak masuk kereta? Tanya lagi?" Aku cuba untuk menolaknya ke tepi tetapi dia masih tak berganjak.

"Maksud aku, kenapa kau dengan dia?" Wafiy memandang Ammar atas bawah. Ammar yang semakin geram aku halang supaya tiada pergaduhan yang akan berlaku.

"Biar aku terangkan. Kau nak keluar dengan Dian atas alasan kawan baik. Fine. Sekarang, aku nak keluar dengan Ammar atas alasan kawan baik."

"Ka-" aku memotong percakapannya.

"Kau tak ada hak nak halang aku keluar dengan dia. Sebab aku pun tak ada hak nak halang kau keluar dengan Dian. Kau bukan suami aku dan aku bukan isteri kau. Bagi kau, aku ni bukanlah penting mana. Lain kali, kau couple je dengan Dian tu kalau asyik nak melekat je. Bila aku tengah sedih semalam, aku ingat kau pun tengah runsing fikirkan aku."

Aku terdiam. Wajahnya aku pandang lama. Jelas dia terkedu dengan apa yang aku katakan.

"Tapi aku salah." Dan dengan itu, aku terus masuk ke dalam kereta Ammar. Ammar pula laju masuk ke dalam kereta dan terus meninggalkan Wafiy yang masih lagi tercegat di tempat parkir kereta itu.

Aidan Alisa [C]Where stories live. Discover now