"Dengar cerita, kau tipu kami masa dare hari tu?" Aku mengeluh apabila jejak sahaja di rumah ibu, aku di serang oleh si kembar.

"Jadi? Benda tu dah lepas. Aku rasa tak perlu kot nak ungkit balik." Aku cuba untuk masuk ke dalam rumah tetapi mereka sempat menghalang aku.

"Kau kena ganti balik."

"Ganti dengan apa? Penumbuk boleh?" Mereka tertawa sinis.

"Kau ni reti ke nak tumbuk orang? Entah entah, bila kau tumbuk tak rasa langsung."

"Aku tak kata aku yang nak bagi. Dah, tepi!" Aku cuba untuk menolak mereka tetapi Afif memegang kedua bahu aku kuat sehingga aku langsung tak boleh bergerak.

"Lepas!"

"Kau fikir kau dapat tipu kita orang? Kau fikir kau hebat sangat? Hariz tak ada untuk tolong kau. Dekat rumah ni hanya ada kami, budak Raisya tu dengan kau sahaja. Kami boleh buat apa je yang kam-"

Tanpa mereka sedar, Zakwan menolak badan mereka berdua membuatkan pegangan Afif terlepas dari bahu aku.

Mereka berdua jatuh tersembam di tanah manakala aku sempat di sambut oleh Zakwan yang menarik aku dari ikut tersembam.

"Jangan kacau dia!" Badan aku di tolak untuk diri di belakang Zakwan. Aku memandangnya pelik.

"Hero dah datang. Kenapa kau jadi baik pula tiba tiba? Dah insaf sebab jumpa bidadari tak serupa bidadari ni?" Afiq menyindir sambil membersihkan bajunya.

"Apa apa je lah. Jom, Lis." Zakwan menarik lengan aku yang berlapik dan masuk ke dalam kereta miliknya.

"Aku tak tahu kenapa kau tolong aku. Tapi, terima kasih." Dia mengeluh kemudian, wajah aku di pandang lama.

"Aku sebenarnya bukan macam dia orang. Aku tak suka pun bergaul dengan dia orang. Termasuk Dian. Aku cuba nak berbaik dengan Hariz. Tapi, dia fikir aku sama macam yang lain." Dia terdiam. Aku tersenyum kecil.

"Aku boleh jadi kawan kau." Wajah dia berubah gembira mendengar kata kata aku.

"Betul ni?"

"Ya. Lagipun, kau dah tolong aku tadi. Aku sebenarnya boleh je tendang badan dia. Kau datang awal sangat." Dia tertawa.

"Kau nak pergi mana sekarang ni?" Aku terdiam. Tak terfikir pula sebab aku baru je balik dari pusat beli-belah tadi.

"Aku-" Aku teringat sesuatu. Wajah aku terus berubah cemas.

"Raisya sorang sorang dengan dia orang tu! Jom-" Dia secara tiba tiba menahan aku dari keluar dari kereta.

"Jangan risau. Aku dah suruh dia kunci pintu." Dia memberikan senyuman kecil dan aku mengeluh lega.

"Terima kasih sangat sangat. Aku tak tahu macam mana nak balas perbuatan kau." Aku menyandar pada tempat duduk kereta sambil menarik nafas dalam.

"Tak perlu balas apa apa. Tapi, kalau kau nak, kau boleh je teman aku makan." Aku tersenyum kecil.

"Boleh je. Kau pilih la nak pergi mana. Tapi, aku tengok je la. Aku baru je lepas makan." Dia tersenyum gembira. Kemudian, kereta di pandu menuju ke restoran berdekatan.

"Kau kelaparan ke apa?" Aku bertanya apabila dia tidak sabar sabar untuk keluar dari kereta. Dia mengangguk.

"Aku terbangun lambat tadi. Tu yang lapar. Jom." Meja di ambil dan dia memesan makanan yang di mahukan manakala aku memesan air sahaja.

"Aku tengok, muka kau nampak sedih. Kenapa? Sebab dare tu ke?" Aku tersenyum pahit. Straw di dalam air di pusing pusingkan.

"Aku-" Aku terdiam. Teragak agak untuk meluahkan pada lelaki di hadapan aku ini.

"Kau tak perlu bagitahu pun. Aku tak kesah." Dia tersenyum kecil.

"Aku nak tanya kau." Dia mengangkat keningnya sebelah.

"Macam mana aku nak tahu kalau aku ada dalam toxic relationship?" Dia terdiam sebentar. Tak mengagak soalan itu yang akan ditanya.

"Macam ni. Hubungan kita antara orang lain mesti ada mutual understanding. Maksudnya, kau faham dia dan dia faham kau. Kalau asyik kau je faham dia. Tapi, dia tak nak faham kau. Boleh di kira toxic."

Aku mengangguk faham. Kemudian aku mengeluh kuat. Kepala di tunduk supaya Zakwan tidak dapat melihat muka aku yang sedang menahan tangis.

"Kalau kau nak nangis. Silakan. Jangan tahan. Nanti kau yang sakit." Aku menggeleng. Nafas dalam di tarik dan di hembus.

"Aku okay."

Dalam hati, terbayang wajah Wafiy yang seperti mengatakan aku over reacting padahal kalau aku dengan Ammar sekejap je, dia dah marah. Mungkin betul kata Aira. Hubungan kita orang toxic.

Tapi, hati aku masih tak boleh terima. Macam mana lelaki yang aku dah lama suka boleh jadi macam tu? Atau ini salah aku?

"Aku okay." Aku ulang sekali lagi apabila wajahnya seperti tidak mempercayai aku.

"Fine. Aku dah anggap kau keluarga dah. Aku tak kesah. Kau nak telefon Hariz tak?" Aku menggeleng.

"Nanti dia tanya aku kat mana. Mesti dia tak suka kalau aku bagitahu aku dengan kau. Nanti lah."

"Lusa dah sekolah semula. Malas betul aku." Dia berkata. Aku tahu dia mahu menukar tajuk perbualan supaya aku lebih gembira.

"Terpaksa la. Tahun depan dah Spm."

"Aku tak sabar nak habis sekolah. Penat aku melayan sedara sedara aku yang tak guna tu." Dia mengeluh kuat membuatkan aku ketawa.

"Kau cuba la berbaik dengan Hariz."

"Bukan aku tak cuba. Banyak kali dah. Tapi, kau tahulah Hariz macam mana. Susah nak memaafkan."

"Nanti aku tolong."

"Semoga berjaya." Dia berkata perlahan. Jelas menunjukkan yang dia sudah pun berputus asa.

"Aku dah habis makan. Jom." Makanan tadi di bayar dan kami berjalan keluar dari restoran.

Sambil itu, aku memandang sekeliling. Mata aku terpaku pada seorang lelaki yang sedang sibuk bergelak ketawa dengan seorang perempuan. Boleh teka rasanya.

Siapa lagi kalau bukan Wafiy dan Dian. Aku mengeluh kuat.

"Siapa yang dengan Dian tu?" Zakwan juga ikut memerhati mereka dari jauh.

"Teman lelaki aku."

"Eh, biadap. Kau tak nak pergi sana ke?" Aku menggeleng kepala. Aku dah terlalu penat dengan drama tadi. Tak nak lah menambahkan sakit hati aku walaupun aku memang tengah sakit hati pun sekarang ni.

"Jom balik. Aku penat." Zakwan memandang aku pelik tetapi tetap juga mengikut langkah aku. Biarlah mereka buat masa ni. Mereka tak tahu apa yang akan menanti mereka nanti.

Aidan Alisa [C]Where stories live. Discover now