Habis sahaja aku menerangkan, aku memandang mereka bertiga. Muka aku mula berona merah apabila aku perasan yang Wafiy sedang asyik merenung aku.

Bukan itu sahaja, Syaf dan Hariz pula sedang asyik tersenyum sinis memandang aku. Haih, dia orang ni. Mesti tak dengar apa aku cerita tadi.

"Aku nak tanya soalan lah." Aku tersenyum kecil apabila ketiga tiga mereka mula gelabah. Pandangan Wafiy aku masih abaikan.

"Nyatakan tarikh penubuhan Jawatankuasa Kerja."

"1 Februari 1948." Hariz berkata dengan yakin. Aku menutup mulut menahan tawa apabila jawapannya itu salah.

"Itu tarikh penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Kau ni." Aku tertawa sekali lagi.

"Jawapannya, 25 Julai 1946." Sesi itu berlanjutan sehingga habis sekolah. Kalau aku cerita lebih lanjut, aku takut pula novel ni jadi novel sejarah.

Aku menarik nafas lega apabila kelas sejarah sudah pun habis. Entah kenapa, cikgu sangat sangat bijak untuk gabungkan kita orang sampai habis waktu sekolah.

Sedih aku. Rasa di buang oleh subjek lain. Ceh, aku tak kesah sangat. Eh, salah. Aku kesah sebab gabung dengan kelas crush aku, tapi aku tak kesah pasal subjek lain.

Faham tak? Kalau tak faham, buat buat faham.

Aku berjalan seiringan dengan Syaf pulang ke kelas. Senyuman di wajah semakin lama semakin lebar.

"Suka la kau kan?" Syaf menyenggol bahu aku. Aku tahan je diri dari melompat.

"Mestilah." Aku gembira walaupun aku mungkin perasan je sekarang ni. Sebab, mana mungkin dia suka aku kan? Aku rasa, dia baru je kenal aku siapa.

"Dia suka kau la!" Syaf sudah teruja di sebelah aku. Melebihi tuan badannya.

"Tak ada la. Dia baru je kenal aku. Tiba tiba nak suka? Merepek." Aku tak nak la pula fikir lebih lebih. Nanti aku yang meroyan sendiri.

Tok. Tok. Tok.

Hariz mengetuk pintu kelas aku semasa kami sedang mengemas barang. Siap sahaja, aku dan Syaf melangkah laju ke arah Hariz.

"Ada orang tu tengah bahagia. Tak lama lagi dah tak single dah." Hariz berkata selamba. Aku menggeleng.

"Ada ada je kau. Entah entah aku je perasan." Syaf dan Hariz mengeluh serentak.

"Kau tengok, adik kau Hariz. Patutlah single sampai sekarang." Aku terkedu memandang diorang.

Jari telunjuk aku menunjuk mereka silih berganti.

"Korang dah rapat?" Anggukan mereka membuatkan aku mengeluh. Tanpa membuang masa, aku terus berjalan mendahului mereka.

Senang betul diorang rapat. Tengoklah aku dengan Wafiy. Entah bila kitorang akan rapat.

"Wah. Tengok lah budak lonely ni. Sedihnya!" Aku mengeluh kasar apabila seseorang menghalang jalan aku. Aku memandang belakang untuk mencari Syaf dan Hariz.

Tetapi, menghampakan apabila mereka menghilang tanpa aku sedar.

"Move, Raisya." Aku berkata tegas. Aku tak ada mood nak bergaduh. Memang depan orang yang aku kurang suka, hilang terus perasaan malu dan kekok untuk bercakap.

"Kau siapa nak arah aku macam macam?" Dia menolak-nolak bahu aku. Hampir sahaja aku tersungkur ke belakang tetapi sempat aku berpaut pada tiang lampu berdekatan aku.

"Aku tak nak gaduh Raisya!" Mata aku menikam matanya tajam. Kata kata aku membuatkan dia dan dua orang, orang suruhannya menggelakkan aku.

"Kenapa? Takut?" Aku mendengus sebelum menolak badannya kuat sehingga dia jatuh terduduk.

Aidan Alisa [C]Where stories live. Discover now