"Aku minta maaf." Aku mengangguk. Aku tak marah pun sebenarnya. Tapi, aku masih rasa geli dengan serangga tadi.
"Jom, aku belanja makan tanda maaf. Semua salah aku ka-"
"Bukan salah kau. Jangan risau. Kalau nak belanja boleh je." Aku tersenyum kecil.
Wafiy tersenyum. Dia memandu kereta masuk ke dalam perkarangan restoran berdekatan.
"Selamat datang." Aku memberikan senyuman kecil kepada pelayan restoran itu. Kami mengambil meja di hujung restoran.
"Menu." Pelayan tadi memberikan kami menu seorang satu. Tiba-tiba, aku ternampak seseorang masuk ke dalam restoran itu.
Tanpa membuang masa, aku terus menggunakan menu itu untuk melindung wajah aku dari di lihat. Pelayan dan Wafiy memandang aku terkejut.
"Angkat menu!" Aku berkata tegas kepada Wafiy. Dia terus melakukan apa yang disuruh.
"Nak pesan apa-apa ke?" Pelayan itu tetap bertanya walaupun jelas di wajahnya keliru dengan tindakan kami.
"Kalau kami nak order, kami panggil." Wafiy berkata. Aku pula masih mencintai orang tadi.
"Kenapa, Lis?" Dia berkata sebaik sahaja pelayan itu beredar dari meja kami.
"Ada papa aku dengan Raisya." Aku mula terfikir. Macam mana kitorang nak keluar? Dah lah diorang duduk berdekatan pintu masuk.
"Raisya? Kenapa dia dengan papa kau pula?"
"Raisya tu adik angkat aku." Aku menjawab tanpa memandangnya.
"Hah?"
"Shush!" Aku sudah resah. Tiba tiba, aku mendapat satu idea. Aku memanggil semula pelayan tadi kembali ke meja kami.
"Ye? Boleh saya tolong?"
"Kami nak keluar dari restoran ni. Boleh tak akak alihkan perhatian dia orang tu?" Akak pelayan itu memandang arah yang aku tunjukkan.
"Boleh. Tapi, akak tak bersubahat dengan benda jahat kan?" Aku mengangguk mengiyakan. Akak itu mengangguk.
Tanpa membuang masa, akak itu terus ke meja papa dan Raisya. Aku pula menarik lengan baju Wafiy untuk mengikut langkah aku.
"Encik dan cik, boleh saya ambil order?" Aku dan Wafiy berjalan pantas ke arah pintu keluar.
"Eh. Tapi, kami baru je nak panggil."
"Saya ni peka orangnya." Aku dan Wafiy berjalan laju ketika melalui meja mereka. Belum sempat kami keluar dari restoran, Raisya bersuara.
"Eh, kau!" Aku dan Wafiy berhenti mengejut. Tanpa berpusing, aku menunggu Raisya meneruskan kata katanya.
"Tak guna! Pergilah kucing tak guna!" Aku mengeluh lega. Kami menyambung semula jalan dan keluar dari restoran itu.
Sempat aku mengangguk kecil kepada pelayan itu kerana menolong kami. Sampai sahaja dalam kereta, aku menghembus nafas lega.
Aku menyandarkan kepala pada tempat letak kepala. Macam baru lepas mencuri je gayanya.
"Kenapa kita buat macam tu tadi?" Wafiy bertanya. Nafasnya juga masih tak teratur lagi.
"Raisya tak akan suka kalau dia nampak aku keluar dengan lelaki." Wafiy memandang aku pelik.
"Tapi, ini hidup kau?"
"Memanglah. Dia akan mengadu dekat papa dan papa akan buat sesuatu yang aku pasti aku akan merana." Wafiy mengangguk faham.
"Eh sekejap. Kenapa aku cerita dekat kau?" Kita orang baru je rapat tak kan senang senang je aku cerita.
YOU ARE READING
Aidan Alisa [C]
Teen Fiction[Teen Fiction X Romance] Our love is complicated. Yet, it feels right. 𝐂𝐚𝐮𝐬𝐞, 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐮𝐬. Start: 26 October 2020 End: 23 June 2021