"Kau pasti ke kau okay ni?" Aku mengangguk dengan soalan Syaf. Aku tahu. Bukan dia tak perasan muka aku waktu masuk kelas tadi.
"Dah lah. Aku pergi koperasi dulu." Aku meninggalkan Syaf dan terus menuju ke koperasi.
Sampai sahaja di koperasi, aku menghembus nafas dalam. Pintu koperasi di tolak perlahan. Aku berjalan ke kaunter dan duduk dengan senyap.
Wafiy sudah pun duduk di kaunternya. Dia langsung tak memandang aku. Aku mengeluh.
Suasana sangat kekok. Biasanya, kitorang akan berbual. Tapi, hari ni sunyi sepi. Hanya bunyi suara pelajar keluar masuk sahaja.
"Cik Ina? Ada kerja apa apa tak dekat belakang yang saya boleh tolong?" Sengaja aku tanya Cik Ina untuk keluar dari suasana kekok ni.
"Ada ada. Tapi, Wafiy kena tolong sekali la. Kalau seorang je susah nanti." Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal. Menyesal pula aku tanya.
"Tapi, kaunter ni siapa nak jaga?"
"Tak apa. Saya boleh jaga. Awak berdua pergi belakang. Susun stok barang." Aku mengeluh. Wafiy sudah pun bergerak tanpa disuruh banyak kali.
Aku mengeluh. Masuk sahaja di dalam bilik khas untuk stok barang, aku terus mengambil barang yang perlu di susun.
Aku banyak kali mencuri pandang Wafiy. Kenapa dengan dia ni? Aku tak suka dia abaikan aku macam ni.
Aku mula menyusun barang dengan tidak ikhlas. Susun asal boleh je. Tak lama selepas itu, aku mengeluh.
"Kau berhenti boleh tak!" Aku memandang Wafiy terkebil-kebil. Tiba tiba je. Aku buat apa?
"Ap- "
"Berhenti buat aku jatuh kasihan pada kau. Berhenti buat aku rasa sedih dengan hidup kau. Berhenti buat aku sakit hati. Berhenti buat aku rasa bersalah pulaukan kau. Berhenti buat benda yang buatkan aku suka dekat kau. Tolonglah. Berhenti."
Aku menelan air liur perit. Dia baru mengaku perasaan dia pada aku ke? Aku merenung dirinya. Apa aku nak buat? Badan aku hanya kaku tak bergerak.
"Aidan Alisa. Aku suka kau." Dia merenung mata aku. Aku menggigit bibir aku perlahan.
"Aku- "
"Aku tahu aku nampak sangat pelik. Confess dalam stor koperasi. Secara tiba tiba. Kalau kau tak ada apa nak balas pun, aku tak kesah. Asalkan aku dah lepaskan apa yang ada dalam hati aku."
Dia menyambung semula kerjanya. Aku masih tak bergerak. Aku masih terkedu dengan apa yang terjadi.
"A-aku- "
"Kalau kau tak sedia nak balas, tak perlu." Kata kata aku di potong sekali lagi. Aku mengeluh.
"Wafiy Hilman. Aku pun suka kau." Aku berkata laju. Kerjanya terhenti. Dia memandang aku terkejut.
"Mesti kau tak perasan semua hint yang aku bagi dekat kau kan?" Sebab dia nampak terkejut dengan pengakuan aku.
"Ehem. Jadi, kita dah-" Dia menggosok belakang kepalanya perlahan. Aku tersenyum kecil dan mengangguk.
"Tapi, biar kita je yang tahu. Boleh?" Wafiy mengangguk. Tak pernah aku bayang, hari ni akan tiba.
Pang!
Pintu stor di ketuk kuat oleh Cik Ina. Aku mengusap perlahan dada aku ni. Penat lah asyik terkejut je hari ni.
"Dah siap pengakuan suka masing masing?" Aku membesarkan mata. Cik Ina dengar!
"Cik Ina!" Dia tertawa melihat aku gelabah. Haih, malunya aku.
"Jangan risau lah. Saya akan rahsiakan hubungan kamu berdua ni. Lagipun, ingat saya nak sangat ke jaga kaunter tu?" Aku berkerut.
YOU ARE READING
Aidan Alisa [C]
Teen Fiction[Teen Fiction X Romance] Our love is complicated. Yet, it feels right. 𝐂𝐚𝐮𝐬𝐞, 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐮𝐬. Start: 26 October 2020 End: 23 June 2021