Aku masuk ke dalam bilik sebaik sahaja Raisya membuka kunci pintu. Pandangan pelik dari nya aku abaikan.
"Kau kenapa?" Raisya bertanya pada aku. Aku mengeluh sambil merenung telefon aku lama.
"Tak boleh jadi ni." Tanpa mengendahkan Raisya, aku terus menelefon Wafiy. Selepas beberapa saat, panggilan di angkat.
"Hello? Kenapa, love?"
"Aku nak terus terang. Aku cemburu bila kau keluar dengan Dian. Aku cemburu bila kau sibuk bergelak ketawa dengan dia sedangkan aku dekat sini berusaha sedaya upaya untuk tak menangis." Wafiy terdiam.
"Aku dah bagi banyak peluang pada kau. Kalau kau rasa kau dah tak suka aku, cakap. Lebih baik terus terang daripada tipu aku hidup hidup. Aku penat. Jangan panggil aku love kalau kau tak maksudkan."
"Love, aku tak perasan yang aku dah buat kau sakit. Tolong maafkan aku."
"Bila aku terlalu banyak sangat dengar perkataan maaf, dah tak rasa ada maknanya lagi. Jangan kacau aku buat masa ni. Aku nak tenangkan diri." Talian dimatikan.
"Kau okay?" Aku menggeleng. Kaki aku dipeluk manakala badan aku disandarkan pada dinding bilik.
"Aku tak tahu apa jadi. Tapi, kalau kau nak aku dengar, aku boleh dengar." Raisya berkata. Wajahnya jelas menunjukkan dia bersimpati dengan aku. Aku tersenyum kecil.
"Aku gembira kau dah berubah." Dia membalas senyuman aku.
"Aku pun gembira aku berubah. Aku tahu perkataan maaf dah tak bermakna apa apa pada kau. Tapi, aku betul betul minta maaf atas apa yang aku dah buat pada kau selama ni."
"Aku maafkan kau. Macam yang aku kata, asalkan kau tak ulang kesilapan kau." Dia mengangguk.
"Aku tak pernah terfikir Wafiy akan buat kau macam tu. Semua lelaki memang tak boleh dipercayai ke?" Raisya berkata perlahan.
"Bukan semua. Kita berdua kan masih ada Hariz dengan papa. Zakwan pun ada." Dengar sahaja nama Zakwan, wajah Raisya berubah teruja.
"Zakwan tu umur dia berapa?" Aku tersenyum mengusik.
"Eleh. Suka dia ke? Dia umur 16 tahun."
"Terpaku juga lah masa dia suruh aku kunci pintu tadi. Dia nampak hensem bila muka dia serius." Raisya berkata teruja.
"Apa apa je lah kau. Kalau nak minta aku kenenkan dengan dia pun boleh. Nak tak?" Raisya membesarkan matanya terkejut sebelum mengangguk laju. Aku ketawa kecil.
"Kau gaduh dengan Wafiy ke?" Aku tertawa sinis mendengar pertanyaan Hariz. Aku mengambil tempat duduk di katil Hariz.
"Kenapa? Dia mengadu? Ha bag-"
"Tak. Dia mesej aku. Suruh tengok tengokkan kau." Aku terdiam. Aku mula rasa bersalah dengan Wafiy.
"Apa hal dengan kau orang berdua ni?" Untuk seketika, aku lupa yang Hariz tak tahu apa yang terjadi.
"Kau betul nak tahu ke? Nanti kalau kau tahu, kau juga yang panas." Badan aku dipeluk.
"Bagitahu je." Aku mengeluh. Aku terus menceritakan apa yang terjadi. Hariz mengeluh kuat. Tanpa berkata apa, badan aku terus di tarik masuk ke dalam pelukannya.
"Kenapa tak bagitahu awal awal? Kau ingat aku nak biarkan kau kena manipulasi dengan dia macam tu je?" Aku hanya berdiam diri dan membalas pelukannya.
"Apa yang kau buat tu betul. Tapi, kau kena ingat. Lusa dah sekolah. Lebih baik kau tenangkan diri cepat." Aku mengangguk faham.
"Kau-"
Tok. Tok.
"Makan makan." Orang yang mengetuk itu berkata. Aku mengeluh. Malas betul nak jumpa dia orang.
"Jomlah." Tudung di sarung semula. Aku dan Hariz terus berjalan menuju ke bilik aku untuk memanggil Raisya.
Turun sahaja, kami terus duduk untuk makan. Seperti biasa, orang tua duduk di meja dan anak anak duduk di lantai.
"Kau orang! Nak tahu tak? Ingat tak my boy bestie yang nama Hilman tu? Kita orang dah jumpa balik!" Dian berkata selamba seperti aku tidak wujud di situ.
"Wah, baguslah. Tak ada la kau sorang je nanti. Boleh hangout dengan dia." Afif berkata pula. Aku pula hanya berdiam diri sahaja. Raisya yang di sebelah aku menyenggol bahu aku sedikit.
"Kenapa dengan perempuan ni?" Dia berbisik sambil memandang Dian dengan pandangan jijik. Aku mengangkat bahu.
"Biarlah dia dalam fantasi dia." Raisya mengangguk faham.
"Ye la kan, Afif. Apa guna boy bestie kalau tak saling menemani." Dia berkata dengan lagak gediknya. Nak termuntah pula aku rasa.
"Hariz. Jom balik esok pagi. Sebelum aku bunuh perempuan ni." Hariz mengangguk setuju. Dia pun agaknya dah ada niat nak membunuh je tu.
"Raisya. Nanti kau siap siap kemas barang. Esok pagi balik." Raisya mengiyakan sahaja. Tahulah yang aku ni terlalu geram dengan perempuan tak guna tu.
"Baik kau minum air. Sejukkan diri." Tanpa berkata apa apa, air mineral aku teguk laju sehingga licin dan cawan plastik di tangan aku di hempas kuat ke lantai.
"Sabar, Lis." Hariz berkata takut.
"Alisa? Kau okay tak tu? Kau nampak marah. Ada apa apa yang aku boleh bantu? Afif dan Afiq pun boleh bantu kau. Minta je." Dian menunjukkan muka simpatinya pada aku. Aku mendengus menyampah.
"Tak apa. Aku baik baik je." Tanpa berkata apa apa lagi, aku terus bangun untuk membasuh pinggan dan terus naik ke bilik. Makin lama aku fikirkan tentang Dian dan Wafiy, makin geram aku jadinya.
Siapa je tak geram kalau teman lelaki kau layan orang lain lebih dari kau. Walaupun itu kawan baik dia sendiri. Kalau dia lebihkan kawan baik dia, lebih baik dia couple je dengan kawan baik dia.
Masuk sahaja ke dalam bilik, telefon aku di buka. Tiada sebarang notifikasi dari sesiapa. Sebahagian diri aku bersyukur sebab Wafiy buat apa yang aku suruh. Tapi, sebahagian lagi sedih sebab dia tak berusaha pujuk aku. Perempuan kan complicated.
Aku mengeluh. Kemudian, aku menelefon Aira dan Syaf serentak.
"Hello, Lis?" Syaf bertanya pelik apabila aku telefon secara tiba tiba.
"Hello, rakan rakan."
"Hello. Ha, Aira. Aku nak tanya kau. Masa kau dengan Wafiy, dia ada kawan baik perempuan tak?"
"Tak ada lagi. Kenapa?"
"Oh. Jadi, bila masa dia jumpa Dian eh?"
"Tak silap lepas kita orang putus." Aira berkata perlahan.
"Oh. Dan lagi satu. Aku telefon sebab aku nak bagitahu yang aku dah suruh Wafiy jangan kacau aku buat masa ni. Tapi, sekolah dah lah lusa. Nak kena hadap dia pula!" Aku merungut geram.
"Kau kalau tak nak layan dia dekat sekolah tak perlu layan. Bukan salah kau pun sekarang ni." Syaf berkata sedikit geram pada aku.
"Tu la tu. Sekarang ni kan. Kau kena perhatikan Dian tu tahu. Aku bukan nak takutkan kau. Tapi, boleh jadi tau, yang Wafiy ni akan layan dia lebih dari kau." Aku mengeluh mendengar kata kata Aira.
"Penatlah aku."
"Kau pergi tidur sana. Aku nak sambung makan." Syaf berkata selamba.
"Aku pula nak sambung main game. Tidur jangan tak tidur ye Lis. Bye." Aira dan Syaf menutup panggilan serentak.
"Ish. Tak guna terus letak."
YOU ARE READING
Aidan Alisa [C]
Teen Fiction[Teen Fiction X Romance] Our love is complicated. Yet, it feels right. 𝐂𝐚𝐮𝐬𝐞, 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐮𝐬. Start: 26 October 2020 End: 23 June 2021