"Apa jadi sebenarnya?"
"Panjang cerita dia. Tapi, mungkin sebab kami kurang komunikasi. Jadi, salah faham pun banyak timbul."
"Nak akak tolong apa apa tak? Nak tolong cakapkan dekat Wafiy ke?"
"Tak apa, kak. Nanti saya cakap dengan dia sendiri. Saya nak minta maaf pada akak sebab dia jadi pendiam." Takut juga kalau aku di salahkan atas perlakuan Wafiy.
"Eh, kenapa Lis minta maaf? Awak tak salah. Jangan risau. Ni, kalau nak cerita apa apa atau ada apa apa masalah, boleh je cerita dekat akak. Akak tak kesah." Aku tersenyum kecil.
"Baik, kak. Eh, saya tutup dulu lah ye?" Panggilan itu di tutup. Aku mengeluh lemah.
"Kau kenapa?"
"Hah!" Aku melompat kecil apabila di sebelah kanan aku, Hariz dan Syaf sedang berdiri tegak merenung aku.
"Hish, buat aku terkejut je." Hariz dan Syaf masih lagi memandang aku dengan wajah yang tegas.
"Aku tanya, kau kenapa?"
"Tak ada apa." Aku tersenyum kecil memandang mereka.
"Ni kenapa berdiri kat luar? Kalau ye pun nak telefon, bilik kan ada?" Hariz bertanya lagi.
"Saja, nak ambil angin. Dah lah aku masuk dulu!" Aku terus sahaja berjalan laju masuk ke dalam rumah. Beg galas aku di capai dan bilik aku di tingkat atas aku tuju. Sampai sahaja, aku terus melompat ke atas katil. Tiba-tiba, telefon aku berdering lagi membuatkan aku mengeluh.
"Hello? Nak apa?"
"Hello, Lis. Aku nak keluar makan ni. Kau nak ikut tak?" Suara Ammar kedengaran. Aku mengeluh kecil.
"Maaf, Ammar. Aku nak rehat. Aku-"
"Kau masih fikir pasal dia ke? Kau biar betul?"
"Mana ada. Aku cuma penat sebab mengantuk. Aku nak tidur." Ammar mengeluh kasar.
"Kau tipu, kan? Kenapa asyik Wafiy je yang kau fikir? Ramai lagi orang yang ada dalam hidup kau, yang lagi penting dari dia!" Ammar berkata kasar.
"Ammar? Kau marah aku ke?"
"Maaf. Aku tak marah kau. Aku cuma terbawa-bawa marah aku pada ayah aku tadi. Aku minta maaf, Lis." Keluhan kasar di helah.
"Tak apa. Aku tutup dulu la." Panggilan di matikan. Telefon bimbit di tangan, aku tenung lama. Betul ke alasan Ammar tu? Ke dia memang marah aku sebab Wafiy? Atau mungkin aku je fikir lebih.
Aku melangkah masuk ke perkarangan sekolah bersama Hariz dan Syaf di sisi. Kawasan sekeliling di pandang apabila mata masing-masing memandang aku.
"Syaf. Aku je yang perasan atau memang dia orang semua pandang sini?" Aku berbisik perlahan kepada Syaf.
"Dia orang memang pandang sini. Lebih tepat lagi, kau." Aku menelan air liur perit. Kenapa semua pandang aku?
"Hai, Lis!" Ammar menegur aku sebaik sahaja aku masuk ke dalam kelas. Sapaannya itu aku balas seperti biasa kemudian, tempat aku di tuju.
"Aira. Kenapa semua pandang aku ni?" Aku berbisik kepada Aira. Seperti tadi, rakan sekelas aku juga sibuk memandang aku dari tadi.
"Kau tak tahu ke?"
"Tahu apa?" Syaf pula bertanya.
"Ada orang buat gosip yang kau, Lis. Pasang dua lelaki dalam masa yang sama." Aku memandang Aira pelik.
"Eh, tiba-tiba aku pula yang kena?" Aira mengangguk sambil memberikan aku senyuman pahit.
"Siapa pula lelaki yang aku pasang tu?"
"Wafiy dan Ammar." Aku masih berkerut.
"Okay, kalau betul la semuanya punca dari gosip tu, macam mana boleh heboh? Kau ingat ini drama pukul tujuh ke sampai satu sekolah tahu pasal aku?" Aku tak percaya la aku boleh jadi sehebat itu sampai satu sekolah kenal.
"Memang lah ini bukan drama pukul tujuh. Tapi, ini novel kau. Betul la aku cakap. Macam ni. Wafiy tu terkenal dalam kalangan tingkatan 5. Ammar pula terkenal dalam kalangan tingkatan 4. Jadi, bila dua tingkatan dah heboh, sampai ke menengah rendah la dia heboh." Aira menerangkan.
"Habis tu? Apa aku nak buat? Habis rosak nama aku." Aku mengeluh.
"Aku rasa kau kena berlakon yang kau tak tahu apa apa. Kalau kau makin gelabah, nanti nampak macam kau memang salah pula. Kau kan pandai kan bab ni?" Aku mengangguk perlahan mendengar kata kata Syaf.
"Syaf. Nanti boleh tak kau tengok apa reaksi Wafiy? Boleh?" Syaf terdiam. Dia memandang aku dalam.
"Ye lah. Aku tolong."
"Kau betul ni tak nak rehat?" Aku mengangguk dengan soalan Syaf.
"Nak aku belikan apa apa tak?" Aira pula bertanya.
"Belikan roti dengan air mineral je. Terima kasih." Aku tersenyum kecil. Mereka berdua terus keluar dari kelas.
"Lis? Kau okay tak? Aku baru dapat tahu pasal gosip kau tu." Ammar yang entah dari mana, menyapa aku.
"Aku okay kot. Aku pun tak tahu nak rasa apa sekarang ni." Terlalu banyak benda yang mengganggu fikiran aku sampai aku pun tak tahu nak fikir yang mana satu.
"Kau nak keluar jalan-jalan tak petang nanti? Untuk tenangkan fikiran kau tu?" Aku terdiam. Aku rasa tak sedap hati.
"Tak kot. Aku rasa tak sedap hati." Kenapa rasa ni tiba tiba datang?
"Kenapa? Ada orang ganggu kau ke? Siapa dia?" Aku menggeleng laju.
"Mana ada. Aku rasa je. Kau jangan risau la." Habis sahaja aku berkata, Aira tiba di kelas dengan makanan aku di tangan.
"Ammar. Kau pergi lah rehat dulu." Ammar mengangguk. Kemudian, dia terus keluar dari kelas.
"Kau tak rasa dia makin pelik ke?" Aira bertanya perlahan. Kerusi milik Syaf di duduki.
"Apa yang pelik? Okay je." Bungkusan roti itu aku buka perlahan.
"Ni. Wafiy bagi masa aku pergi koperasi tadi." Satu nota kecil di berikan kepada aku.
"Dia cakap apa je?"
"Dia tak cakap apa apa. Dia suruh bagi ni je dekat kau." Aku mengangguk faham.
Boleh tak aku nak jumpa kau petang nanti? Ada sesuatu yang aku nak cakap dekat kau. Kalau kau setuju, kau mesej je aku. Nanti aku ambil kau pukul 3.
-Wafiy Hilman-"Dia ajak aku jumpa."
"Kau nak ke?" Aira memandang aku risau. Aku hanya mengangkat bahu.
"Tak tahu lah. Nantilah aku fikir." Plastik roti tadi aku buang dan air mineral di teguk perlahan. Aku mengeluh. Hari ni memang huru hara.
YOU ARE READING
Aidan Alisa [C]
Teen Fiction[Teen Fiction X Romance] Our love is complicated. Yet, it feels right. 𝐂𝐚𝐮𝐬𝐞, 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐮𝐬. Start: 26 October 2020 End: 23 June 2021