Aku menarik nafas dalam sebelum berjalan seiringan dengan Wafiy di sebelah. Hari ni, giliran aku pula untuk berjumpa dengan ibu bapanya.
Sebelum membuka pintu, dia memandang aku untuk meminta kepastian. Aku mengangguk perlahan menandakan aku dah sedia. Buka sahaja pintu rumah, aku terus di sapa dengan jeritan seseorang.
"Lis!" Aku dipeluk erat oleh Kak Sara yang sudah teruja seperti kanak-kanak. Aku tertawa kecil.
"Kau kenal dia?" Dia memandang aku dan Kak Sara tak percaya. Aku tersengih kecil.
"Mestilah aku kenal dia. Dah jom masuk. Ummi dah masak sedap tu." Pandangan pelik yang Wafiy berikan aku abaikan apabila aku ditarik masuk ke dalam rumah.
"Kak. Wafiy macam tak puas hati je tu." Aku bisik perlahan supaya kami sahaja yang dengar.
"Biar dia."
"Alisa?" Dua orang, lelaki dan perempuan yang aku agak ummi dan ayah Wafiy memandang aku.
"Assalamualaikum, er-" Nak panggil apa ni? Kenapa aku gementar sangat ni.
"Panggil je ummi ayah. Mari sini makan, Alisa." Aku tersenyum kekok. Tangan Ummi aku salam perlahan.
"Boleh panggil Lis je." Aku duduk di sebelah Wafiy bertentangan dengan Kak Sara.
"Lis kenal Sara ya? Macam mana boleh kenal? Sara ni bukannya pandai sangat bergaul dengan orang." Aku tersenyum kecil. Kak Sara mencebik manakala Wafiy ketawa mengejek.
"Kenal dua hari lepas dekat pusat beli-belah. Kak Sara yang tegur dulu."
"Wafiy pula? Kononnya dah tak nak bercinta dah?" Soalan dari Kak Sara itu membuatkan aku tertunduk malu.
"Haih. Dah dah, makan. Kesian Lis tu. Merah dah dia." Aku tersenyum mendengar kata kata ayah Wafiy. Aku mula rasa selesa dengan mereka.
Selesai sahaja makan, ummi menarik aku ke satu bilik yang sangat cantik. Bilik itu dipenuhi dengan hiasan kaca yang pelbagai. Wafiy di belakang aku pula tersenyum melihat aku.
"Ummi suka kumpul ukiran kaca." Aku mengangguk faham. Aku sedaya upaya menjaga tangan aku dari memegang kaca kaca yang diletakkan di atas meja itu. Takut kalau aku terpegang, dia akan pecah.
Aku melihat sekeliling dan mata aku tertarik pada satu hiasan kaca yang berbentuk seperti mahkota. Hiasannya sangat cantik dan mendalam.
"Lis suka yang tu?" Aku mengangguk.
"Cantik." Ummi mengambil mahkota itu dan menghulurkan kepada aku. Aku menggeleng laju.
"Tak nak pegang?" Aku menggeleng lagi sekali.
"Takut jatuh nanti." Ummi mengangguk faham. Mahkota itu di letakkan semula di tempatnya.
"Wafiy. Pergi duduk tempat lain sekejap. Ummi nak cakap dengan Lis." Tanpa membantah, dia terus keluar dari bilik itu.
"Ummi nak cakap apa?" Ummi menarik aku untuk duduk di sofa yang disediakan. Dia menarik nafas dalam.
"Lis okay ke? Wafiy ada buat apa apa dekat Lis ke?" Aku terkedu dengan soalan tu. Kenapa tiba tiba ni?
"Okay je. Wafiy layan Lis baik. Kenapa, Ummi?" Ummi menarik nafas lega.
"Lis. Ummi ni datang dari keluarga yang langsung tak bahagia. Ibu bapa ummi bercerai. Ummi faham dan kenal sangat kalau kalau orang tu tengah sedih." Aku tersenyum pahit.
"Ummi. Lis masih kuat lagi. Apalah sangat masalah kecil tu." Ummi mengangguk lalu memeluk aku erat.
"Suka hati la. Lis anggap je lah Ummi ni ibu kandung Lis, ya?" Belum sempat aku mengangguk, suara Wafiy mengganggu kami berdua.
"Tapi nanti dia jadi adik Wafiy pula. Jangan, Ummi." Ummi tertawa melihat anaknya itu gelabah.
"Dah jom. Ayah buat apa, Wafiy?" Ummi bertanya sambil berjalan keluar dari bilik itu.
"Ayah tengah layan Moose." Aku menelan air liur. Betul ke sangkaan aku?
"Kucing?" Mereka mengangguk serentak membuatkan aku gelabah. Wafiy memandang aku lama sebelum teringat sesuatu.
"Sorry, love. Lupa pula."
"Kenapa?"
"Lis geli dengan haiwan." Ummi mengangguk faham.
"Jangan risau. Moose tu dalam sangkar je." Aku mengangguk perlahan. Kami semua duduk di ruang tamu bersama ayah Wafiy dan Kak Sara. Aku rasa lega apabila tidak nampak kelibat Moose.
"Cuti ni pergi mana je, Lis?"
"Mungkin balik rumah ibu abang susuan Lis." Mereka mengangguk faham.
"Sayangnya. Baru nak ajak keluar sama-sama." Kak Sara mencebik.
"Nanti kalau Lis tak ada apa apa, Lis mesej akak." Aku tersenyum kecil.
"Rajin betul layan perangai Sara yang tak matang tu." Ayah berkata. Aku tersenyum kecil manakala Kak Sara mencebik sekali lagi.
"Ayah. Sara dah matang la. Kan ummi?" Ummi tak menjawab membuatkan Kak Sara berpura-pura terkejut.
"Tak sangka!"
Sementara mereka berdrama di ruang tamu, Wafiy menarik lengan aku yang berlapik ke laman rumah.
"Drama betul eh?"
"Biasalah dia." Kami terdiam sebentar sambil melihat pandangan di hadapan kami.
"Nanti kau orang buat apa je cuti ni?" Aku bertanya sambil menghadapnya.
"Tak tahu lagi. Selalunya kita orang jalan-jalan makan angin je." Aku mengangguk faham.
"Lepas cuti ni mesti aku dah mula sibuk. Aku minta maaf awal awal dulu eh." Aku tersenyum kecil.
"Tak perlu minta maaf. SPM lagi penting. Kau kena utamakan dia dulu." Kami terdiam sekali lagi.
"Kau memang tak nak bagitahu aku ke pasal apa yang papa cakap?" Dia menggeleng. Aku mengeluh.
Habis sahaja mereka berjumpa dua hari lepas, tak ada sesiapa nak cerita dekat aku apa yang jadi. Mesti nak sorokkan sesuatu.
"Jangan risau. Semua baik baik je. Tak perlu fikir lain." Dia menggeleng melihat aku. Faham sangat apa yang aku fikirkan.
"Kalau baik kenapa tak nak bagitahu aku? Ha jawab!" Jari telunjuk aku di tunjuk ke mukanya.
"Sebab baik la aku tak nak bagitahu. Nanti kau terharu sangat nanti." Aku menjeling Wafiy. Terharu sangat.
"Bila gerak rumah ibu Hariz?"
"Esok." Dia mengangguk faham.
"Kirim salam dekat dia eh." Aku mengangguk.
"Wah! Sempat eh dating?" Kak Sara menegur sambil mencekak pinggang. Aku tersenyum kecil.
"Kita orang malas nak tengok drama kau."
"Ye la kau. Entah entah kau yang tarik Lis. Apa pun, ummi suruh kau hantar Lis sebab dah nak senja." Tanpa menunggu balasan, dia terus masuk ke dalam rumah.
"Jom."
"Terima kasih, ummi ayah. Layan Lis baik." Tangan ummi dan Kak Sara aku salam perlahan.
"Sama-sama. Nanti datanglah lagi ya?" Aku mengangguk dan terus masuk ke dalam kereta.
"Seronoknya keluarga kau." Nada aku berbunyi sedih. Wafiy terdiam.
"Ada adik beradik yang baik. Ummi dengan ayah pun penyayang."
"Hei, love. Kau okay tak ni?" Jelas kerisauan di wajahnya. Aku tersenyum pahit.
"Okay je. Aku masih ada ibu untuk jaga aku. Jangan risau." Wafiy masih lagi teragak agak.
"Jangan risau. Baik kau gerak sebelum keluarga kau fikir macam macam." Aku tertawa kecil. Senyuman aku di balas dan kemudian kereta itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
YOU ARE READING
Aidan Alisa [C]
Teen Fiction[Teen Fiction X Romance] Our love is complicated. Yet, it feels right. 𝐂𝐚𝐮𝐬𝐞, 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐮𝐬. Start: 26 October 2020 End: 23 June 2021