Aku dan Syaf berjalan masuk ke dalam pagar sekolah. Kami bergelak ketawa tanpa mengendahkan sesiapa. Apa yang berlaku malam tadi di rumah aku abaikan.
"Kau sebenarnya tengah pendam kan?" Muka aku berubah.
"Tak. Mana ada. Kan aku tengah gelak tadi." Syaf menggelengkan kepalanya.
"Kau mana boleh simpan dari aku. Aku tahu je. Nanti kalau nak luah apa apa cakap je, tahu." Aku mengangguk dan tersenyum kecil.
"Lis! Wafiy tengah on the way." Ayat itu membuatkan aku terus memandang ke arah depan.
Memang betul. Sekejap lagi kami akan berselisih. Syaf di sebelah aku pula sudah menggeleng kecil melihat aku.
Mata aku tak lepas memandangnya yang sedang berbual dengan rakan dia di sebelah. Tiba tiba, mata kami bertentangan antara satu sama lain. Masa bagaikan terhenti. Dia tersenyum kecil ke arah aku.
Pandangan mata kami terputus apabila kami melepasi satu sama lain. Aku terkedu. Kemudian, aku memandang Syaf tak percaya.
"Kau nampak tak apa yang aku nampak?" Syaf mengangguk laju. Dia sudah tersenyum lebar.
"Eleh, Lis. Kau buat sweet scene pula di pagi hari. Aku pun nak juga." Kami berdua tertawa. Lupa sebentar aku pada masalah di rumah.
Tiba tiba, bahu aku di langgar. Aku memandang orang itu. Dengan muka yang kerek, dia terus masuk ke dalam kelas tanpa meminta maaf.
"Eh, biadap!" Aku mengalihkan pandangan dan terus masuk ke dalam kelas. Syaf pula menggelengkan kepalanya melihat aku.
Aku mengeluh kecil sebaik sahaja aku duduk di tempat aku. Syaf pula memandang aku pelik.
"Kenapa?"
"Aku nak mama aku." Syaf memandang aku simpati. Belakang aku di usap lembut.
"Kau rindu arwah?" Aku mengangguk.
"Kalau rindu, banyakkan sedekah Al-Fatihah untuk arwah. Itu lebih baik." Aku mengangguk perlahan. Kemudian, aku tersenyum kecil memandang Syaf.
Aku sayang Syaf sangat sangat. Tak tahu macam mana hidup aku tanpa dia. Mungkin, aku bukan diri aku yang kuat macam sekarang.
Aku termenung semasa cikgu mengajar di hadapan sehinggalah Syaf menegur aku.
"Lis. Dengar cerita koperasi nak cari ahli baru. Jom daftar!" Syaf menggoyang goyangkan tangan aku.
"Nak kena interview ke? Malaslah!" Aku paling tak suka interview. Nanti tak dapat habis murung aku.
"Lelaki je. Perempuan tak perlu sebab aku dengar tak ada perempuan langsung yang nak daftar. Jomlah." Aku berfikir seketika. Okay juga kalau aku jadi ahli koperasi. Kerja mudah lepastu dapat gaji pula tu.
"Okay. Jom." Kami berdua keluar dari kelas dan menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru yang bertanggungjawab.
"Assalamualaikum, Cikgu Intan. Kami berdua nak jadi ahli koperasi." Aku berkata sebaik sahaja berada di hadapan Cikgu Intan.
"Wah. Bagus bagus. Isi borang ni. Lepas tu, awak tak perlu risau. Jawatan ni awak yang punya." Aku mengangguk faham. Syaf di sebelah aku pula hampir meloncat gembira.
"Terima kasih cikgu." Kami meminta diri untuk ke kelas. Syaf sudah tersenyum lebar sepanjang jalan.
Tiba tiba, dia terlanggar seseorang sehingga mereka berdua jatuh terduduk. Haih, dua dua orang ni mata kat lutut ke?
"Syaf. Kau okay tak?" Aku menolong Syaf bangun dari duduknya. Kemudian, lelaki yang juga terjatuh tadi aku pandang.
"Kau?" Aku memandangnya terkejut. Dia pula hanya tersengih sahaja.
YOU ARE READING
Aidan Alisa [C]
Teen Fiction[Teen Fiction X Romance] Our love is complicated. Yet, it feels right. 𝐂𝐚𝐮𝐬𝐞, 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐮𝐬. Start: 26 October 2020 End: 23 June 2021