Beg aku yang sudah penuh dengan baju aku, diangkat untuk di masukkan ke dalam bonet kereta. Kemudian, kunci yang berada di atas meja aku capai laju.

"Kau nak buat apa dengan kunci kereta?" Hariz memandang aku pelik manakala aku tersengih.

"Papa! Nak bawa kereta!"

"Bawalah!" Aku mengangkatkan kening ke arah Hariz yang mendengus geram.

"Suka hati kau lah. Cepat." Aku melompat gembira. Selepas menyalam papa, aku dan Hariz terus memulakan perjalanan kami.

"Nasib baik tak jauh sangat. Kalau tak, memang tak lah aku bagi kau bawa kereta."

"Tapi, papa bagi. Kau diam je. Bagi aku bawa kereta diam diam." Tanpa memberikan apa apa amaran, pedal kereta ditekan lebih kuat membuatkan Hariz terjerit kecil.

"Kau gila ke? Aku tak nak mati awal."

"Aku tak gila. Aku kurang waras je. Dan lagi satu, ajal maut terletak pada Allah bukan aku." Pedal di tekan lagi apabila jalan kelihatan kosong. Hariz memeluk tali pinggang kereta erat.

"Sekejap je lagi. Tahan Hariz." Aku tertawa kuat. Muka gelabah Hariz sangat lawak. Kalau aku viralkan tu, habislah Hariz.

Tanpa memberi sebarang amaran, aku menekan brek kereta laju membuatkan Hariz terhantuk pada dashboard kereta.

"Aduh! Apa kau ni!" Mata aku tak lepas memandang pemandangan di hadapan kereta.

"Rumah ibu penuh. Siapa yang datang? Aku tak pernah nampak pun?" Hariz memandang rumah ibu dengan kerutan di dahi.

"Tak mungkin." Aku memandang Hariz pelik.

"Kenapa?"

"Itu keluarga belah ayah aku." Aku terdiam. Bukan aku tak tahu yang hubungan mereka bukannya baik sangat. Sampai aku pun tak pernah jumpa mereka. Kereta di pandu perlahan lahan masuk ke dalam perkarangan rumah.

"Kau okay tak Hariz?" Mukanya nampak pucat. Aku tak tahu apa yang jadi, tapi aku tahu yang Hariz tak suka berjumpa dengan mereka.

"Aku okay. Jom, masuk." Aku mengangguk. Beg baju aku di bawa masuk sekali ke dalam rumah. Masuk sahaja ke ruang tamu, kami di sapa oleh ramai orang.

"Hariz, Lis? Kenapa nak datang tak bagitahu?"

"Nak buat kejutan. Tapi, orang lain yang terkejut." Aku berkata sambil menunjuk ke arah Hariz.

"Oh, kamu berdua pergilah letak barang dulu. Lepas tu, turun makan petang ya?" Aku mengangguk. Kemudian, aku menarik lengan Hariz untuk naik ke atas. Aku meletakkan barang aku cepat dan terus ke bilik Hariz.

"Apa jadi sebenarnya?"

"Ayah aku ada dua orang kakak dan seorang adik perempuan. Tapi, Mak Long aku tak suka ibu. Tak tahulah kenapa. Ibu tak buat apa apa pun. Dia tu dengki. Dia salahkan kita orang bila ayah aku pergi."

Aku mengusap belakang badan Hariz perlahan. Aku tak pernah tahu cerita tentang mereka dengan lebih mendalam sebab aku tahu itu benda yang sensitif untuk ibu dan Hariz.

"Kau dah okay sikit? Jom, turun?" Hari mengangguk. Turun sahaja, aku lihat semua orang sudah berkumpul di ruang tamu. Kekoknya.

Dapat aku dengar bisikan sedara mara Hariz tentang siapa aku. Sengaja aku peluk lengan Hariz sebab aku tahu dia tengah tahan marah dan sedih.

"Siapa pula ni? Teman wanita?" Seorang perempuan yang agak tua bertanya sambil memandang aku atas bawah. Aku agak inilah dia Mak Long tu.

"Saya Aidan Alisa. Adik susuan Hariz." Aku menunduk sedikit di hadapan semua orang.

"Kamu berdua duduk sini." Aku menarik Hariz untuk duduk di sebelah ibu.

"Hariz okay tak tu?" Ibu berbisik perlahan. Aku mengangkat bahu.

"Ibu. Tak nak kenalkan ke semua orang?" Aku berbisik perlahan memandangkan yang lain sedang sibuk berbual sesama mereka.

"Yang tanya Lis tadi Mak Long. Sebelah dia Pak Long. Anak dia orang kembar lelaki yang kat sana tu. Mak ngah dan Pak ngah tu. Dengan anak dia perempuan dan lelaki yang tu. Mak usu tu dengan anak dia yang sebelah tu." Aku mengangguk faham.

"Kenapa dia orang tiba tiba datang?"

"Eh, suka hati kami la nak datang. Kamu tu yang menumpang." Mak Long yang terdengar soalan aku berkata kuat membuatkan semua orang memandang aku.

"Ooh. Okay." Mak Long semakin marah apabila aku berkata begitu.

"Nanti ibu bagitahu. Tu, pergi ikut cousin yang lain. Duduk dekat laman rumah." Aku mengangguk.

"Jom, Hariz."

"Perlu ke?" Aku mengangguk sambil menarik Hariz ke laman rumah. Kami berdua duduk di tempat yang mereka telah sediakan.

"Hai, Alisa. Aku Dian. Akhirnya ada juga perempuan dekat sini sebab selalunya aku seorang je perempuan." Kami berjabat tangan. Aku berkerut apabila tangan aku digenggam kuat dan nada suaranya kedengaran tidak ikhlas langsung.

"Hai. Panggil je aku Lis."

"Tak apa. Alisa lagi cantik." Aku tersenyum kekok. Apa yang perempuan ni nak?

"Aku Zakwan. Adik dia." Zakwan berkata dengan nada menyampah. Aku tak pasti kalau itu di tujukan pada aku atau kakaknya.

"Hai, Lis. Aku Afif. Ni Afiq. Kita orang anak mak long"

"Aku Fahim. Itu Arfan. Anak Mak usu." Aku melambai kecil pada semua orang.

"Dah siap berkenalan? Jom, Lis." Hariz cuba menarik lengan aku tetapi aku tetap tak bangun.

"Relaks, Hariz. Kita orang nak juga berbual dengan adik kau." Afiq berkata dengan riak wajah yang jelas terhibur dengan apa yang Hariz buat.

"Kau tak payah macam macam eh. Jangan kacau Lis. Kalau kau sentuh dia sikit pun. Aku-" Aku menekup mulutnya membuatkan dia terdiam.

"Aku boleh jaga diri."

"Jadi, kenapa kita orang tak pernah nampak kau? Tak silap, kali terakhir kita orang jumpa Hariz, tahun lepas." Ye kan? Aku tak terfikir pula.

"Kenapa ya Hariz?" Aku memandang Hariz pelik. Mesti ada sebab Hariz tak suka dia orang. Dan aku pasti sebab tu lain sama sekali dengan sebab dia tak suka Mak Long.

"Aku tak nak dia orang tahu kau wujud. Dan lagi satu. Suka hati aku la."

"Wah. Jarang aku tengok Hariz protective. Selalunya buat tak tahu je dekat aku." Aku membuat muka pelik. Dah kenapa dengan perempuan ni?

"Tu lah. Sampai kau kena kacau pun dia tak tolong." Fahim berkata. Setuju dengan apa yang Irina cakap.

"Suka hati aku la."

"Lis. Kau ada teman lelaki? Tengok dari gaya kau dengan Hariz, macam tak ada je." Dian tersenyum sinis yang hanya aku dan Hariz boleh nampak.

"Ad-"

"Tak ada. Dia tak ada teman lelaki." Hariz berkata tegas membuatkan aku menelan air liur perit.

"Dude. Bagi la dia cakap." Aku tersenyum kecil kepada Zakwan.

"Kau sekolah sama dengan Hariz kan? Kita orang baru pindah sekolah sebelah. Wah! Dekat la kalau nak hangout sama sama! Aku dah bosan asyik di kelilingi lelaki je." Aku memberikan senyuman palsu. Bosan sangat.

"Kau kan yang kata tak suka sangat kawan perempuan? Lepas tu nak mengeluh pula." Zakwan berkata sinis.

"Ye la. Perempuan selalunya banyak sangat drama dan aku tengok, Alisa ni macam lain je." Aku senyum palsu lagi lagi apabila dia berkata tentang drama. Bukan ke dia yang menimbulkan drama sekarang ni?

"Tak ada drama konon." Hariz menyindir.

"Oh, aku faham. Kalau kau kawan dengan perempuan, kau akan timbulkan drama. Jadi, kau kawan dengan lelaki supaya kau tak timbulkan drama." Aku berhenti seketika sambil memberikan senyuman palsu.

"Jadi, masalahnya adalah kau sendiri? Wah, teori yang bagus. Aku setuju." Aku menepuk tangan aku sementara mereka semua terkedu mendengar kata kata aku.

"Kau-"

Aidan Alisa [C]Where stories live. Discover now