"Kau betul betul dah putus dengan dia?" Hariz bertanya untuk entah kali ke berapa.
"Ya! Kau ni kan. Berapa banyak kali kau nak tanya? Aku dah putus dengan dia. Aku okay dan sihat je ni." Aku mengeluh kuat. Hamper di tangan aku ketatkan pegangan supaya tidak jatuh.
"Ni dia yang bagi?"
"Haah."
"Sekarang kau dengan Ammar pula?" Aku mengeluh lagi sekali. Nasib sahaja dah nak sampai rumah. Penat aku melayan Hariz ni.
"Aku tak ada apa apa dengan Ammar. Aku tak nak ada apa apa hubungan dengan sesiapa pun. Aku dah penat." Hariz terdiam.
"Aku naik dulu." Aku terus naik ke bilik dan mengunci pintu. Beg sekolah di campak ke tepi katil dan hamper di letak di atas katil. Setelah menukar baju, baru aku membuka hamper yang aku sendiri balut itu.
"Aku punya hadiah. Tapi, aku juga kena balut hadiah sendiri. Sedih." Kad yang aku selit itu aku ambil dan buka.
Dear love.
Aku minta maaf sangat sebab layan Dian lebih dari kau. Aku tak bagitahu kau sebab Dian sendiri yang cakap dia dah rapat dengan kau. Dah bagitahu kau yang aku teman dia. Dia kata dia dah ajak kau. Tapi, kau yang tolak.Sebab tu, aku keliru dengan apa yang jadi. Aku tahu aku bodoh sebab lambat sangat tangkap apa yang kau cakap. Maafkan aku ya? Tolong maafkan aku sebab aku tak akan pernah maafkan diri sendiri bila aku dah buat kau menangis.
Aku memang lelaki yang tak guna. Aku tahu. Semua orang layak nak caci dan maki aku. Aku terima. Aku harap, lepas kau baca kad ni, kau akan maafkan aku. Kalau kau tak maafkan, aku akan bersungguh untuk pujuk kau. Aku akan ikut semua cakap kau. Walaupun kau nak putus, aku akan ikut.
Yang benar, Wafiy Hilman.
Aku terkedu. Kad itu aku baca sekali lagi untuk pastikan yang mata aku tak salah baca.
"Kau bodoh Aidan Alisa!" Kepala aku diketuk berkali kali. Kemudian, barang barang yang ada di dalam hamper tu aku keluarkan satu persatu.
Kenapa aku tak perasan langsung masa balut hamper ni? Mungkin sebab aku sibuk memikirkan masalah aku? Setiap satu barang itu kecuali makanan ringan di tampal dengan satu sticky note. Makan ringan yang tiada apa apa sticky note itu aku ketepikan.
Selepas itu, satu coklat yang susah untuk di cari aku keluarkan dengan sticky note yang tertulis 'Khas untuk kau'
"Wafiy. Aku teringin la nak makan coklat ni." Gambar coklat di telefon bimbit milik aku, aku tunjukkan kepadanya.
"Kenapa tak beli?"
"Coklat ni susah nak dapat. Aku tak tahu nak cari dekat mana." Aku mengeluh kecil.
Kemudian, beberapa kotak jewellery aku keluarkan. Sticky note di kotak itu tertera 'Hadiah ikhlas dari aku'
"Uit. Tengah usha apa tu?" Wafiy mencuri pandang aku yang sedang sibuk melihat telefon.
"Ni ha. Gelang dengan rantai ni cantik. Walaupun bukan emas, aku lagi suka jewellery yang macam ni. Nak pakai pergi mana pun tak risau kena curi."
"Nak aku belikan?"
"Tak apalah. Aku kalau boleh tak nak meminta orang. Mungkin aku boleh mula kumpul duit? Lagi seronok!"
Air mata aku mengalir sedikit demi sedikit. Rupanya, dia ingat apa yang aku nak dan suka. Barang terakhir yang aku nampak lagilah membuatkan aku terkedu.
Empat buah buku daripada siri novel penulis kegemaran aku, dikeluarkan dengan perasaan sedih. Buku itu diselak sedikit dan mata aku terbeliak saat aku terpandang tanda tangan milik penulis buku itu sendiri.
Sticky note tertulis 'This will be your favorite books'
"Kau ni suka betul baca novel ni."
"Memanglah. Semua novel dia aku beli. Tapi, ada la yang aku belum ada lagi sebab aku nak cuba habiskan dulu buku yang aku dah lama beli." Aku berkata tanpa memandangnya sedikit pun.
"Comel." Aku hanya tersenyum kecil.
"Hiks. Hiks. Kenapa kau buat aku macam ni Wafiy Hilman? Kenapa kau kena seksa aku? Aku dah cuba untuk lepaskan kau pergi. Kenapa kau bagi aku semua ni?"
Aku memeluk kaki aku dan kepala di letakkan di atas lutut. Aku patut rasa gembira kan? Kenapa aku masih bersedih? Tak adil ke aku padanya? Salahkan dia tanpa dengar alasan darinya? Atau memang dia patut disalahkan sebab lambat berterus terang?
"Aku rasa bersalah. Apa aku nak buat?" Aku berkata kepada diri sendiri. Takkan aku nak jilat ludah aku balik? Kita orang dah putus dan dah terlambat untuk aku betulkan semula.
Tok. Tok. Tok. Tok.
"Lis! Kau okay tak tu? Tolong buka pintu ni!" Hariz berkata sambil mencuba untuk membuka pintu. Aku menarik nafas dalam dan berdehem kecil untuk menghilangkan suara serak aku.
"Aku okay je la!"
"Jangan tipu! Aku dengar kau meraung tadi!" Aku mengeluh kuat.
"Aku tengok drama la! Kacau je!"
"Ye lah! Buat risau aku je." Aku mengeluh lega apabila bunyi tapak kaki Hariz menjauhi bilik aku.
Telefon bimbit di bawah bantal aku capai dan nombor seseorang aku dail.
"Ammar?"
"Ya, hello. Kau kenapa? Okay tak?"
"Aku t-tak okay. Macam mana aku nak okay? Dia dah jelaskan pasal semuanya dan selama ni bukan salah dia." Air mata aku mengalir sekali lagi.
"Bukan salah dia? Maksudnya?"
Aku menceritakan semula tentang semua yang aku baca. Termasuk hadiah hadiah itu juga.
"Kau nak balik semula kat dia ke?"
"Tak. Sebenarnya aku tak tahu. Aku rasa aku tak layak dengan dia. Sebab aku tak dengar dulu alasan daripada dia."
"Dia pun ada salah sebenarnya. Kenapa lambat sangat dia terangkan?"
"Entah la. Mungkin Dian tu la salah satu sebab Wafiy tak cakap apa apa. Aku pun tak tahu."
"Tak apa lah. Sekarang ni, kau okay tak? Nak aku datang?"
"Aku rasa aku dah okay sikit. Kau tak perlu datang. Nanti pelik pula Hariz tu. Terima kasih, Ammar."
"Kau tak perlu ucap terima kasih pun. Tapi, sampai bila kau nak sembunyi daripada Hariz? Hariz tu abang kau kan?"
"Memanglah dia abang aku. Tapi, aku tak nak susahkan dia. Masalah aku dengan Wafiy pun dah selesaikan?"
"Selesai apanya kalau kau menangis lagi? Yelah. Suka hati kau. Asalkan kau terus terang dengan aku."
"Terima kasih. Ammar, aku letak dulu eh."
"Okay."
YOU ARE READING
Aidan Alisa [C]
Teen Fiction[Teen Fiction X Romance] Our love is complicated. Yet, it feels right. 𝐂𝐚𝐮𝐬𝐞, 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐮𝐬. Start: 26 October 2020 End: 23 June 2021