Sayf berlari mendekati yusri. "HAYFA MANA ?!" Soal sayf sambil menarik tangan yusri. "Kakak kau ok.." kata yusri. Itu sahaja sudah membuatkan sayf menghembus nafas lega. ".. tapi kereta tu betul-betul meletup bila iffat pergi dekat" kata yusri yang masih terkejut.
"Habistu mana abang iffat ?!" Soal sayf. "Sayf !" Jerit kawan-kawannya. Arissa juga ada bersama mereka. Dengan rambutnya yang belum kering pun. Setelah panggilan mereka terputus, dengan pantas arissa mencapai kunci motor dan terus bergerak ke sini. Mujur dia terserempak dengan fikri sebaik sampai di situ.
"Sepatutnya letupan macam tu, boleh buat orang berkecai" kata yusri. Sayf memandang yusri terkejut. Adakah maknanya iffat dah berkecai ? "Kau rilex lah, kan abang kata sepatutnya" kata yusri sambil menunjuk ke satu arah.
"Oi oi, aku masih hidup. Jangan lah kecewa sangat" kata iffat kepada yusri sambil tersengih. Badannya hanya terluka sedikit sahaja.
"tadi, waktu aku dah dekat dengan kereta, kunci kereta terjatuh lebih kurang semeter. Bila tunduk, aku nampak satu bungkusan pelik. Terus aku rasa tak sedap hati, so aku jauhkan diri. Time tu lah kereta aku melatup" terang iffat.
"Baik kau pergi sattle yang tu" kata yusri sambil menunjuk ke arah hayfa. Hayfa seperti orang hilang akal. Besi yang masih panas itu ditariknya.
"Hafya jangan !" Suara inspector najib kedengaran ditelinganya. "Dah terlambat" suara yusri pula kedengaran. "Tapi dia masih kat dalam !" Suara dirinya sendiri dari 3 tahun lepas juga kedengaran. Mata hayfa berkaca.
Dia tak mahu kejadian itu berulang lagi. Sakit yang dia rasakan ketika itu masih segar di ingatan.
"Hayfa ! Apa kau buat ni !" Awfiyah menarik hayfa ke belakang. "aku nak keluarkan iffat lah !" Balas hayfa. "Dia selamat hayfa !" Kata awfiyah lagi.
"Hayfa" iffat menarik tangan hayfa. Tangan hayfa melecur dan menggeletar. "Tangan kau melecur !" Kata iffat. "Medic dah otw, tunggu sekejap" kata awfiyah.
Hayfa menarik tangannya dari iffat. Dia tunduk memandang jalan. "Kalau macam tu, aku tinggalkan scene ni dekat kau" kata hayfa perlahan. Air matanya berderai.
"Hayfa..." sayf menahan iffat. "Biar kan dia dulu" kata sayf. Dia amat mengenali kakaknya jadi yang terbaik adalah biarkan dia sendirian.
"Nampak macam orang yang dia nak selamatkan bukan iffat" kata yusri. "Betul. Orang yang dia nak selamatkan tu, rayyan." Kata awfiyah pula.
□□□
Kawasan letupan itu menjadi tempat siasatan pihak polis. Mereka yang terlibat dan saksi diminta tunggu sebentar.
"Jenis letupan, plastik. Peledak ni mengunakan penghantar radio dan bukan jenis timer. Jadi ada kemungkinan, suspect gunakan alat kawalan jauh" kata inspector najib sebaik melihat maklumat yang dia dapat.
"So maksudnya..." iffat menelan air liur yang terasa pahit. "Ye, bomber (orang yang letakkan bom) tu tunggu kau dekat dengan kereta, baru dia tekan" kata yusri yakin.
"Betul. Bom yang digunakan berbeza sikit memandangkan ini bom buatan sendiri tapi sama macam kes 3 tahun lepas..." kata inspector najib. "...suspect ni aim untuk bunuh polis" sambungnya lagi.
"Semua pegawai sila ingat benda tu. Mulai pada saat ni, kita semua perlu lebih berhati-hati" arah inspector najib lagi.
Inspector najib menghampiri tempat sayf, arissa, fikri, hakim, dan dani. Fitri pula entah kemana perginya.
"Awak semua saksi semasa letupan ni ?" Soal inspector najib. Dengan mukanya yang garang. Mereka semua mengangguk perlahan kecuali arissa. "Saya harap awak semua boleh bagi kerjasama" kata inspector najib lagi.
"Hmm... penjenayah tu mungkin ada terakam dalam video saya" kata fikri. "Betul ke ?!" Soal inspector najib. Fikri menelan liurnya. "Mungkin" tekan fikri lagi dengan suara perlahan.
"Sebelum kejadian tu, fikri ada rakam berdekatan dengan kawasan letupan tu. Betul-betul dekat peti surat tu" terang hakim. "Haah dan lepastu camera dia kena curi" kata dani pula.
"Kena curi ?" Soal inspector najib. Susah lah kalau macam tu. "Tapi tape dia selamat" kata fikri sambil mengeluarkan tape nya. "Dia sempat tukar tape tu betul-betul sebelum camera kena curi" kata hakim.
"Aku dah jumpa camera tu" kata fitri yang baru tiba. "Aku jumpa dalam tong sampah tapi tape kau dah hilang" kata fitri lagi. Sebentar tadi sewaktu dia ke tandas, dia ternampak camera itu sebaik dia membuka tong sampah untuk membuang tisu.
"Maksudnya, orang yang curi tu bukan nak camera tapi nak tape dalam tu. Orang yang akan curi ni kalau tak fanatic bola mesti bomber tu sendiri" simpul arissa.
"Siapa budak perempuan ni ?" Soal hayfa. Seingatnya gadis itu tiada di situ tadi. "Ni kawan aku. Dia kata dia dah tahu maksud code tu" kata sayf.
"Code?" Soal inspector najib. Dia memandang detective hayfa. Hayfa tersengih. Inspector najib melepaskan keluhan. "Kita cakap pasal tu nanti detective hayfa. Sekarang, kita akan tengok dulu video yang dia rakam" kata inspector najib
□□□
Sayf, arissa, fikri, hakim, dani, fitri dan semua pegawai polis yang terlibat melihat ke dalam screen computer di dalam salah sebuah kedai di pertama complex. Bangunan itu telah pun dikosongkan terlebih dahulu. Hanya yang terlibat sahaja dibenarkan berada di kawasan itu.
"Screen ni dah cukup besar tapi..." kata salah seorang pegawai polis yang melihat video itu. "Tapi asyik nampak kaki kau je" rungut hakim sambil memandang fikri.
Fikri tersengih malu. "Waktu kakak sayf datang tu aku turunkan camera" kata fikri. "Saya masih boleh dengar suara awak semua tapi gambar nampak kaki je" keluh inspector najib.
"Hah tu, ada orang belakang kereta iffat" kata yusri. Semua diam membisu tak sampai 2 saat video tersebut tamat. "Haih" semua mengeluh hampa.
"Saya rasa apa yang kita expects tak ada pun dalam camera ni. Kan bagus kalau kita nampak siapa yang letak bom bawah kereta" kata yusri.
"Mungkin ada something unusual dalam ramai2 orang dekat awal video ni" kata dani. "Kalau macam tu ulang balik video dari awal" arah inspector najib. Kemudian walkie talkie dia berbunyi.
"Tuan ! Ada satu lagi letupan berlaku !" Kata suara di hujung talian. Semua yang mendengar perkara itu terkejut. "Lokasi ?" Soal inspector najib. "betul-betul berhadapan 7E jalan mara. Kalini sebuah motosikal polis peronda meletup tapi tiada kecederaan berlaku" jawab satu suara dari hujung talian.
"Kami percaya pelaku adalah orang yang sama dengan letupan pertama" kata nya lagi. "Tutup semua jalan berdekatan. Pastikan orang awam berada jauh dari tempat kejadian. Saya dalam perjalanan" kata inspector najib. "Baik tuan !"
"Anggota unit 1 dan 2 akan ikut saya ke lokasi kejadian. Unit 3 dan 4 sila bersedia di jalan raja laut dan lorong keluar masuk. Laporkan segera sebarang situasi pelik !" Arah inspector Najib. "Baik tuan !" Jawab semua anggota.
"Detective iffat, kamu tinggal di sini bersama saksi" arah inspector najib. "Tapi inspector, saya boleh.." ayat iffat terhenti apabila hayfa menepuk bahunya. "Dengar arahan" kata hayfa. Iffat mengeluh perlahan.
■□■□■□■□■□■□■□■
hai guys ! Saya dah check banyak kali chapter ni, kalau ada typo sorry okey. Just mention je mana yang salah, nanti saya betulkan.
Btw, kalau nak promote korang punya novel dipersila kan. Nanti saya baca (insyallah kalau ada masa)
Lot of love for my readers ! See you in next chapter so don't forget to vote and put this story in yr reading list !!
YOU ARE READING
TIGA SAAT TERAKHIR [END]
Action3 saat terakhir. "Kalau aku matikan bom ni sekarang, hint untuk kedudukan bom seterusnya akan hilang. Ramai nyawa akan tekorban" "Tapi hint tu cuma akan keluar 3 saat terakhir !" "Jadi aku akan tunggu sehingga 3 saat terakhir" ... Sebuah permainan b...