Keadaan di dalam petama complex itu diam seketika sebaik semua pegawai polis kecuali detective iffat pergi.
"Aku tak sangka kita akan terlibat dengan benda macam ni" kata fikri. Sejujurnya dia agak teruja. Bukan selalu benda macam ni akan jadi.
"Jangan nak gembira sangat, tak pasal-pasal kita terlibat dengan bom ni" kata hakim. Tangannya menggeletar perlahan. Dia takut kerana apa yang dilihatnya ini hanya berlaku di dalam tv.
"Aku harap semua benda berakhir dengan baik. Jangan ada yang cedera la" kata dani pula. Dia sendiri masih tak percaya dengan apa yang dilaluinya. Dikelilingi dengan begitu ramai pegawai polis. Excited dan nervous bercampur.
Iffat diam tak bersuara. Sikap hayfa buatkan dia rasa rungsing. Dan semua rakan sekerjanya seolah sudah mengetahui kejadian 3 tahun lepas. Hanya dia yang ketinggalan kerana dia baru dipindahkan di Kuala Lumpur setahun lalu.
"Rambut kau lembab" kata sayf sambil memegang hujung rambut arissa. Arissa memandangnya sekilas. "Aku baru siap mandi tadi" kata arissa. Baru dia sedar dari tadi rambutnya tak terurus.
"Ada getah tak ?" Soal arissa sambil melihat sekeliling nya. Arissa ternampak kiosk yang menjual tudung di dalam bangunan petama itu. Dia menghampiri kiosk tersebut. Sangkaannya tepat. Ada getah rambut di situ.
Arissa mengambil dengan selamba. Bukan ada orang pun. "Letak balik" arah iffat yang entah bila sudah berdiri di belakangnya. Arissa tersengih. "Satu je ! Saya kelam kabut tadi, tak bawak beg duit" kata arissa dengan wajah meminta simpati.
"Tak boleh lah ! Abang ni polis, mana boleh abang biar je awak sukahati mencuri" kata iffat lagi. "Kedekut ah dia ni. Rambut orang ni dah serabai dah !" Bebel arissa. dia meletakkan kembali getah itu dan berjalan menghentak kaki. Protes.
Iffat menggeleng kepalanya. Kenapa lah dia yang ditugaskan untuk jaga budak-budak ni.
"Kalau saya bayar tak ada masalah kan ?" Soal sayf. Dia meletakkan sekeping 5 ringgit di dalam bakul yang terdapat di kiosk itu. Iffat mengeluh, tak tahu dia nak cakap salah ke tak perbuatan tu.
Sayf menghampiri arissa dari belakang. Rambut arissa ditarik ke belakang. Arissa memusingkan kepalanya namun sayf menolak semula kepala arissa kedepan. "Pandang depan" kata sayf. "Ape ni ?" Soal arissa. "Getah rambut lah, rambut kau dah macam nenek kebayan dah" kata sayf selamba.
"Ceh" balas arissa namun dia membiarkan sahaja sayf mengikat rambutnya. "Hah tapi beza sikit lah, nenek kebayan warna putih, kau warna biru" kata sayf lagi.
"Bising ah kau ni" balas arissa geram. Nak ikat pakai tangan ke pakai mulut ?
"Dah siap !" Kata sayf sambil menarik kerusi di sebelah arissa. Arissa memegang rambutnya, tak tahu la jadi apa.
"Macam mana kau tau pasal code tu ?" Soal sayf kepada arissa. "Code ?" Soal iffat pelik. "Code yang polis dapat semalam" terang sayf.
"Polis ada dàpat code ?" Soal fikri pula. Baginya keadaan makin menarik. Sayf mengeluh, banyak pulak yang tanya ni.
"Ok, semalam aku nampak kakak aku sibuk dengan kerja-kerja dia. Lepastu ada satu surat ni..." kata sayf sambil mengeluarkan handphonenya. Gambar yang diambilnya ditunjuk kepada mereka semua.
"Wuish, maklumat sulit ni. Korang tak patut tahu" kata iffat terkejut. "Salahkan kakak" jawab sayf selamba. "Aku ambik gambar ni kononnya nak selesaikan lah code ni, tapi aku terhantar dekat minah ni time buat assingment semalam" terang sayf lagi.
"Alih-alih dia kata, dia dah tahu maksud code ni" kata sayf lagi. "Seriouslah?!" Soal iffat terkejut. Arissa menggaru lehernya sambil berdecit.
"Saya tak tahu la betul ke tak. Ni saya syak je, kalau salah tak tahu la" kata arissa. "Takpelah, terangkan je dulu apa maksud dia" kata iffat.
YOU ARE READING
TIGA SAAT TERAKHIR [END]
Action3 saat terakhir. "Kalau aku matikan bom ni sekarang, hint untuk kedudukan bom seterusnya akan hilang. Ramai nyawa akan tekorban" "Tapi hint tu cuma akan keluar 3 saat terakhir !" "Jadi aku akan tunggu sehingga 3 saat terakhir" ... Sebuah permainan b...