Sebuah van pos laju berhenti betul-betul dihadapan pejabat pos Jalan tunku abdul rahman. Jam sudah menunjukkan pukul 6, pejabat itu sudahpun ditutup.
2 orang pemuda turun dari van tersebut dan memasuki pejabat itu. "Asal kau lambat ayyar ?" Soal pegawai yang bertugas di pejabat itu kepada rakannya. "Sebenarnya..." wajah posman bernama ayyar itu pucat.
Kemudian, posmen yang berdiri di belakangnya menolak tubuh ayyar ke hadapan. Ayyar terjatuh lalu menghimpap pegawai tadi. Lelaki yang memakai pakaian posmen di belakangnya mengeluarkan sepucuk pistol.
"Hah ?" Wajah pegawai tadi rungsing dan terkejut. Ayyar bangun dari menghimpap kawannya tadi. "Duduk !" Penjenayah itu memberi arahan pada ayyar. Ayyar dengan pantas duduk semula.
5 lagi orang lelaki keluar dari van pos dan memasuki pejabat itu. 2 orang bertindak menurunkan besi untuk menghalang pandangan luar.
"Semua sekali angkat tangan dan bergerak ke depan !" Arah perompak tersebut. Semua pekerja mengangkat tangan ke atas.
"Sekarang, keluarkan semua duit. Aku tahu korang dah sediakan banyak duit since harini public holiday" kata perompak itu sambil tersengih.
"I see, sebab tu kau pilih harini untuk merompak. Lagipun ada perarakan harini. Pekerja pun tak ramai sebab public holiday" kata salah seorang pegawai bermisai di pejabat pos itu. Perompak itu mengacukan pistol kepadanya.
"First, korang hantar fax dekat semua pejabat polis, bom kereta dan motor pegawai polis yang paling dekat dengan perarakan. Semua tu untuk alihkan perhatian polis dan korang rompak van pos laju tu" kata seorang lagi pegawai di pejabat pos itu. Perompak itu menghalakan pistol ke arah dia pula.
"Bagi aku tu bukan rancangan yang bijak" kata pegawai yang bermisai tadi lagi. "Berhenti bercakap ! Aku kata angkat tangan dan kedepan !" Jerit perompak itu.
"Korang dengar tak apa dia cakap ? Angkat tangan dan keluar semua" arah pegawai tadi. "Cepat sikit, kena tembak nanti" kata pegawai bermisai lagi.
Semua pekerja pos malaysia itu mengangkat tangan dan dengan perlahan bergerak ke hadapan.
"Eh.. apesal ramai sangat pekerja hari sabtu ?" Soal perompak itu. Bilangan pekerja sangat ramai untuk sebuah pejabat pos.
"Oh encik tak tahu ke ?" Soal seorang pegawai perempuan. "Hari sabtu memang ramai orang cuti, tapi polis bertugas 24 jam setiap hari" kata pegawai perempuan itu lagi sambil menarik rambut palsunya. Dia menunjukkan lencana polis nya.
"POLIS !" Jerit perompak itu. Semua pegawai di dalam pejabat pos itu mengeluarkan lencana masing-masing. Mereka semua adalah pegawai polis. Pegawai yang bermisai tadi ialah inspector yusri dan seorang lagi ialah inspector najib.
"Tuan, posmen yang kena ikat dah dibawah pelindungan !" Kata iffat melalui walkie talkie. "Bagus" kata inspector najib.
"Shit !" Kata perompak itu. "Angkat tangan anda ! Anda telah dikepong !" Kata inspector najib sambil menghalakan pistol ke arah perompak itu.
Akhirnya semua perompak yang merompak pejabat pos itu berjaya di tahan. Namun siasatan masih diteruskan untuk mencari ketua mereka.
□□□
"Hebat gila wei aku. Nasib baik aku rakam video tu" fikri memuji dirinya sendiri. Terasa seperti telah menjadi seorang hero.
"Itu first and last aku terlibat dengan benda macam tu. Tak nak dah aku" kata hakim pula. Sungguh, dia serik. "Alhamdulillah tak ada yang cedera." Dani mengucapkan syukur.
"Tapi polis tak dapat tangkap lagi master mine dia" kata fitri. Mereka belum boleh bergembira. Siasatan masih dijalankan selagi ketua mereka tidak dibawa kemuka pengadilan.
"Borak apa ni ?" Soal faeqah. "Rahsiah" jawab sayf. "Chill la, aku je pun" kata faeqah dan mengambil tempat di sebelah sayf.
"Macam ni tau, waktu perarakan haritu..." fikri tak sempat menghabiskan cerita apabila Hakim menyiku nya. "Kan dah kata, tak boleh bagitahu orang. Kau nak kena penjara ke ?" Soal hakim.
"Kau tak percaya aku kim ? Aku ni kawan korang" kata faeqah dengan penuh berharap. "Sejak bila pulak kita rapat sangat sampai nak kena share rahsia bagai ?" Soal sayf dingin. Faeqah memandangnya geram.
"Dengan kau tak la, dengan dorang aku ok je" jawab faeqah. "eh dah la. Jangan nak gaduh pulak. Buang masa je" kata dani. Dia mahu meredakan keadaan.
"Hah tu arissa !" Kata fitri sebaik melihat arissa Masuk ke dalam kelas. Mereka ber enam memandang arissa. "Kenapa dengan arissa ?" Soal faeqah.
"Kau dah bgtau dia ke belum sayf ?" Soal fikri pada sayf tampa mempedulikan soalan faeqah. "Aku dah ws dia dah. Dia kata ok, lepas kelas nanti kita pergilah" kata sayf.
"Ape ni, arissa boleh pulak tahu !" Bentak faeqah. Fikri, hakim, dani dan fitri memandang sesama sendiri. Rasa bersalah kerana faeqah juga kawan mereka.
"Jangan nak jadi childish boleh tak ? Kau bukan budak kecik nak mengada" kata sayf geram. Hakim menendang kaki sayf di bawah meja sambil memberi isyarat mata. Sayf memandang dia dengan muka 'apa salah aku ?'
"Fine ! Lepasni ada apa-apa pergi lah dekat arissa tu !" Kata faeqah sambil berdiri dan dengan nada tinggi. Arissa buat tak tahu. Pusingkan kepala pun dia malas.
Pelajar kelas mereka yang lain hanya memandang faeqah yang berlalu pergi. "Kau la ni sayf !" Marah dani. "Eh salahkan aku pulak. Dia tu yang hati tisu. Korang pun satu, tahu kan benda ni tak boleh kecoh-kecoh. Masalah betul !" Marah sayf. Mereka berempat terdiam. Memang betul pun apa yang dikatan sayf. Mereka semua telah berjanji tak akan membocorkan maklumat tentang kejadian itu pada pihak polis semalam.
□□□
"Aku impress kau boleh tahu target sebenar perompak semalam" puji hayfa. Iffat tersengih. "Actually semalam tu, kawan-kawan adik kau yang banyak tolong. Budak perempuan tu" kata iffat jujur.
"Oh i see, arissa kan nama dia" kata hayfa. "Haah arissa" jawab iffat. "Btw, aku nak mintak maaf sebab tampar kau semalam" kata hayfa sambil menyentuh pipi iffat dengan tangannya yang berbalut.
"Takpe, salah aku sebab tak dengar arahan. Tangan kau yang melecur semalam macam mana ?" Soal iffat sambil memegang tangan hayfa yang berbalut itu.
"Oh sakit sikit..." hayfa tak dapat meneruskan ayat apabila mata mereka bertembung. Dia segera menarik tangannya kembali dan iffat dengan pantas melepaskan tangan hayfa. Mereka memandang ke arah yang berlawanan. Awkward betul ni.
Tak jauh dari tempat mereka berdiri, awfiyah mengintai di balik dinding. Di belakang awfiyah ialah pegawai-pegawai lain. Semua mengintai mereka berdua.
"Jom cancel date kita minggu depan" kata hayfa setelah lama berdiam. Iffat terkejut. "Aku rasa aku ni kena sumpah la" kata hayfa sambil tergelak kecil. "Sumpah ?" Soal iffat.
"Sebab semua orang yang aku sayang tinggalkan aku. Mak aku, ayah aku, pakcik aku, kawan aku and dia.." kata hayfa dengan senyuman pahit. Wajah rayyan terbayang diingatan.
"I don't wanna go through the same pain anymore" Aku ada sorang adik yang menyusahkan. Aku nak focus dekat dia and kita dua still as friend and coworker" terang hayfa. Iffat mengeluh perlahan.
Tangan hayfa dipegang. "Hayfa..." panggil iffat serious. "Aku..." iffat merenung mata hayfa sedalamnya.
"Yes ! Confess !" Kata awfiyah yang mengintai dari belakang. Pegawai yang lain memandang dengan wajah serious. Semua menanti apa yang hendak dikatakan iffat.
"Aku pun rasa macan tu" kata iffat sambil melepaskan tangan hayfa. Dia tersenyum paksa. "Hah kan. Kau deserve perempuan yang lembut sikit dari aku" kata hayfa.
"Ah bongok la dia ni" kata awfiyah perlahan. Kecewa betul dia bila iffat kata macam tu. "Hey jangan tolak-tolak" kata awfiyah kepada pegawai di belakangnya. Semua pegawai di situ tersenyum gembira.
YOU ARE READING
TIGA SAAT TERAKHIR [END]
Action3 saat terakhir. "Kalau aku matikan bom ni sekarang, hint untuk kedudukan bom seterusnya akan hilang. Ramai nyawa akan tekorban" "Tapi hint tu cuma akan keluar 3 saat terakhir !" "Jadi aku akan tunggu sehingga 3 saat terakhir" ... Sebuah permainan b...