26

38 9 25
                                    

"Jomlah faeqah, kawan aku tu dia beria suruh aku kenalkan kau dengan dia, since dia tengok gambar kat ig kau. Bukan buat apa pun, tengok wayang je" pujuk zara sambil mengoncang lembut tangan faeqah.

"Tapi.... aku tak selesa la" jawab faeqah jujur.

"Alah kau ni, aku kenal dia dah lama dah. Dia baik... lagipun... dia janji kalau aku bawak kau, dia akan bawak crush aku. Aku dah lama minat sorang mamat ni !" Rengek zara lagi.

Faeqah berfikir lagi. Bila tengok muka anak anjing zara tu rasa tak sampai hati nak tolak. Kang kalau zara single seumur hidup, mesti dia rasa bersalah.

"Ok fine" akhirnya faeqah mengalah. Senyuman lebar menghiasi wajah zara. "Yeay ! Macam ni la kawan ! Aku belanja kau mcd nanti ! Muah" zara memeluk faeqah. Faeqah hanya tersenyum dan membiarkan sahaja.

"Aku dah dapat 100 dari lect..." suara fitri menarik perhatian mereka.

"...Aku akan bagi kau 70%" kata fitri pada arissa. Arissa yang mahu ke tandas di halang dari keluar kelas.

"Ah Entah-entah kau dapat lebih" balas arissa. "Hey aku ada saksi. Hakim tu saksi" fitri cuba meyakinkan arissa.

"Sape lagi arissa kau nak percaya dalam dunia ni kalau bukan kawan baik kau sendiri?" Soal fitri penuh drama sambil memegang dadanya. Hah paling tersakiti la tu. Arissa buat muka toya.

"Kalau lect tau mati kau...." kata arissa.

"Aku bagi kau 80%" fitri memotong ayat arissa.

"Aku takkan jual diri aku dengan 80 ringgi....kau ingat aku ni apa? Aku..."

"Tapi aku tau kau akan jual dengan 90" potong fitri lagi.

"Ye betul, so deal" kata arissa akhirnya. Faeqah menahan tawa. Kelakar perbualan tu walaupun dia tak paham apa yang berlaku.

Fitri memandang arissa tajam. Tak guna punya member. Nak kena bribe dulu baru nak tolong. Dia mengeluarkan 2 keping not 50. Laju arissa menarik dengan senyuman jahatnya.

"Arghhh, tak boleh ke kau baik sikit ngan aku" rungut fitri.

"Tak. Tak boleh." Kata arissa dengan senyuman manis sambil menggeleng kepala.

"Nanti aku bagi kau balance 10 ringgit" kata arissa sambil melambai duit ke arah fitri. Kemudian berjalan selamba keluar dari kelas.

"Kau baru lepas kena rompak ke apa ?" Soal faeqah sambil menahan tawa melihat fitri. Fitri berjalan longlai dan duduk di hadapan faeqah.

"Bankrupt aku" keluh fitri.

"kenapa kau bagi duit dekat dia ?" Soal zara pelik.

"Macam ni, kan kitorang join catering dekat cafe baru bukak tu, jadi runner 1 hari. sorang dapat 50, bayaran aku dah dapat so sabtu kena kerja tapi...." suaranya meleret.

"Tapi apa ?" Soal faeqah tak sabar. "Tapi aku nak keluar dating ! Awek aku datang kl, kau tau tak berapa lama aku tunggu dia ? Seksa !" Kata fitri.

Faeqah tergelak, zara hanya mampu menggeleng kepala.

"So kau suruh dia ganti tempat kau la?" Soal faeqah. Fitri mengangguk.

"Dia boleh buat kerja ke ?" Soal zara tiba-tiba.

"Dia tu dah buat macam-macam part time since form 1" jawab fitri.

"Family dia miskin ke apa ?" Soal zara selamba. Ketika itu arissa baru pulang dari tandas.

Terdiam mereka bertiga dibuatnya.

"Kau ni mulut" tegur fitri geram. Zara mengangkat bahu. Mana la dia tahu yang arissa tetiba nak masuk kelas.

TIGA SAAT TERAKHIR [END]Where stories live. Discover now