Faeqah duduk di bangku seorang diri. Cahaya kecil yang menerangi tasik itu membuatkan pemandangan nampak lebih indah.
Bunyi deheman seseorang menyebabkan dia berpaling. Kelibat sayf di situ membuatkan keningnya bertaut.
"Apa kau buat kat sini ?" Soal faeqah sebelum memandang hadapan kembali. Dia dengan sayf memang tak berapa nak ngam.
"Aku pun tak tahu" kata sayf sambil memandang ke langit yang kosong. Jangan kan bintang, bulan pun awan tutup. "Kau nak suruh aku buat apa sebenarnya?" Soal sayf sendirian. Atau lebih tepat, pafa arissa.
"Dia suruh kau datang sini ke ?" Tebak faeqah. Sayf mengangguk.
"Duduk la" arah faeqah sambil menepuk bangku sebelahnya. Sayf duduk di hujung bangku.
"Cerita la kat aku, macam mana kau dengan dia boleh rapat" kata faeqah. Sebut nama arissa sahaja dia masih tak boleh.
Sayf ketawa kecil.
"Aku tertarik dengan dia.... dah lama dah..."
□□□
Sayf menghentikan motor di hadapan mini mart. Shift nya sudah bermula dan dia hampir sahaja terlambat.
"Yang tu dah ada orang book" suara temannya akif kedengaran.
"Book ? Tak pernah nya dibuat orang book lolipop" bebel gadis di hadapannya. Sayf memandang gadis itu pelik. Dengan baju tidur dan selipar jamban. Datang dari planet mana dia ni ?
"Well ada orang buat" jawab akif selamba.
"Mana boleh book benda macam tu ! Takkan nak halang customer dari beli barang pulak ?!" Customer perempuan itu kelihatan betul-betul marah.
"Saya sampai sini dulu ! Jual je la dekat saya" jata gadis itu lagi.
"Kau ni menyusah..." ayat akif terhenti apabila melihat kehadiran sayf. "...hah sampai pun kau" kata akif pada sayf.
Gadis itu berpusing 180° ke belakang. Sayf memandang gadis yang hanya separas bahunya itu.
"Dia, kau punya. Aku punya shift dah habis" kata akif sambil melontar jacket uniform nya pada sayf. Sayf yang tak mengerti apa terus jadi blurr.
"Woi..." sayf hanya melihat akif yang berjalan pergi macam tak ada apa. Kemudian dia memusingkan badannya semula. Mata mereka bertembung. Gadis itu merenung dia tajam.
YOU ARE READING
TIGA SAAT TERAKHIR [END]
Action3 saat terakhir. "Kalau aku matikan bom ni sekarang, hint untuk kedudukan bom seterusnya akan hilang. Ramai nyawa akan tekorban" "Tapi hint tu cuma akan keluar 3 saat terakhir !" "Jadi aku akan tunggu sehingga 3 saat terakhir" ... Sebuah permainan b...