7 tahun yang lepas...
LOKASI : TROKAI TOWER 1 , KUALA LUMPUR MALAYSIA

Seorang lelaki mengenakan suit khas yang disedikan untuk Squad bomba. Tampa bantuan orang, suit itu tidak dapat dipakai atau dibuka.
Dia memasuki bangunan Trokai Tower 1 yang terletak di bandaraya KL. Trokai Tower adalah menara yang memiliki 3 bahagian iaitu Trokai Tower 1, 2 dan 3. Ketiga tower ini disambungkan melalui jambatan dan ketinggian trokai tower 1 adalah setinggi 38 tingkat manakala Trokai Tower 3 memiliki 50 tingkat.

Setelah siap memakai alat keselamatan dan suit khas, Rayyan Hakeem memasuki menara itu bersama 10 orang lagi squadnya. Tugasnya adalah untuk mematikan bom masa yang terdapat pada Tingkat atas bangunan itu.
Dalam masa 3 minit, Rayyan berjaya mematikan bom itu. Sebaik Rayyan mematikan bom itu, dengan bantuan squadnya yang lain, suit ditanggalkan. Rayyan mengambil handphone nya. Nombor seseorang di tekan.
"Woi mir, aku dah sattle. Kau caner ?" Soal rayyan. Amir dihujung talian siap menghisap rokok. Amir kini berada di Trokai Tower 3. Tugasnya sama seperti Rayyan, mematikan bom yang terdapat pada tingkat atas.
"Chill bro. 3 minit je aku boleh matikan bom ni. Lagipun easy je dia punya sistem. Timer dia pun dah lama kan berhenti" kata amir selamba.
"Kau tak payah nak poyo sangat. Cepat sikit buat kerja tu. Aku tunggu kau kat tempat biasa" kata rayyan. Sambil itu, rayyan sudah keluar dari trokai tower 1 dan menuju ke trokai tower 3. Tèmpat sahabatnya.
"Cun ! Tu yang aku nak dengar. Kau belanja" kata amir sambil tergelak kecil. Dia mematikan rokok dan memasukkan ke dalam plastik khas. Kalau pihak atasan tahu apa yang dia lakukan ketika itu, pasti dia akan didenda.
Amir melihat kembali bom itu. Talefon masih lagi di telinga nya. "Kau pakai suit tak ?" Soal rayyan di hujung talian. Amir tergelak kecil. Rayyan memang paham sangat dengan perangai dia.
"Baju tu besar sangat la bro. Susah aku nak buat kerja kalau pakai baju tu" kata amir selamba. "Kau gila ke mir ?! Kalau jadi apa-apa macam mana ?" Soal Rayyan bengang. Amir memang suka cari nahas.
"Kalau ada apa-apa jadi dekat aku. Kau kena tolong balas dendam la" kata amir sambil tergelak. "Kau ni memang gila la mir. Cepat je la buat kerja" kata rayyan lagi.
"Hahaha okey..." kata amir sambil ketawa namun ketawanya terhenti apabila jam masa yang terdapat pada bom itu menyala sekali lagi. Hanya 3 saat.
3
"LARI SEMUA SEKALI ! JAM NI BERGERAK !" Jerit amir. Squadnya yang lain segera berlari menjauhi bom itu
2
"AMIR APA JADI MIR ?!" jerit rayyan apabila mendengar kata-kata amir. Hanya bunyi yang tak jelas kedengaran. Talefon bimbit amir sudah pun terjatuh. Dia berlari bersama squadnya untuk menjauhi bom itu.
1
Rayyan mendongak kepalanya ke atas. Dia melihat Bangunan Trokai Tower 1 itu. Tangan Rayyan berpeluh dan menggeletar
BANG !
Rayyan jatuh terduduk. Tingkat atas bangunan itu meletup dengan kuat. Orang awam yang berada berdekatan dan melihat kejadian itu menjerit. Polis dan bomba mula bergerak. Memasuki bangunan tersebut.
Bunyi bising disekitar Rayyan sudah tidak dapat dia dengari. Otaknya Blank. Kosong.
■□■□■□■□■□■□■□■
hai guys ! Saya dah check banyak kali chapter ni, kalau ada typo sorry okey. Just mention je mana yang salah, nanti saya betulkan.
Btw, kalau nak promote korang punya novel dipersila kan. Nanti saya baca (insyallah kalau ada masa)
Lot of love for my readers ! See you in next chapter so don't forget to vote and put this story in yr reading list !!
YOU ARE READING
TIGA SAAT TERAKHIR [END]
Acción3 saat terakhir. "Kalau aku matikan bom ni sekarang, hint untuk kedudukan bom seterusnya akan hilang. Ramai nyawa akan tekorban" "Tapi hint tu cuma akan keluar 3 saat terakhir !" "Jadi aku akan tunggu sehingga 3 saat terakhir" ... Sebuah permainan b...