Arissa kembali ke hospital dengan matanya yang bengkak. Dia tak tahu nak fikir tentang apa atau apa yang patut dia lakukan. Sakit yang dia rasakan itu tak dapat digambarkan.
"Awak dah contact family awak ?" Soal nurse tadi. Arissa diam tak menjawab. Family ? Dia hanya tinggal zikri.
'Ya Allah, aku hanya mohon padamu satu ya Allah. Beri peluang untuk adikku hidup ya Allah. Aku takkan mampu hidup tampa dia ya Allah. Aku mohon' bisik hati arissa. Air matanya berjuraian turun. Bahunya terhinjut menahan desakan.
Nurse yang melihat keadaan itu melangkah pergi. Tak ada apa yang boleh dia lakukan.
Tiba-tiba kata-kata ibunya terngia di telinga. "Kalau kau tak percaya, kau tanya adik kau sendiri !"
Air mata arissa berhenti mengalir. Zikri dh tahu selama ni ? Itu ke sebab kenapa surat cerai tu boleh ada ? Selama ni zikri tak pernah bagitahu dia. Tapi kenapa ?
Dia merapati pintu wad itu. Bukannya dia tak boleh masuk tetapi dia belum bersedia. Dia melihat dari balik kaca pintu adiknya yang seolah tidur dengan tenang. Walaupun kepala tangan dan perut berbalut, adiknya masih kelihatan baik-baik sahaja.
Arissa memberanikan diri untuk masuk. Dia duduk di kerusi sebelah katil adiknya.
"Kenapa kau tak bagitahu aku ?" Soal arissa sebelum air matanya jatuh lagi. Dia memegang perlahan tangan adiknya yang berbalut.
Sedangkan dia yang baru tahu tentang perkara ini pun dah rasa sebak, bayangkan pula adinya yang melihat dengan mata sendiri.
Tiba-tiba tangan zikri yang disentuh itu bergerak sedikit. Terus arissa mengangkat wajahnya. Zikri membuka mata perlahan.
"Zikri !" Arissa terus bangun dari kerusi. "Doktor !" Jerit arissa. Arissa sudah mahu berlari untuk mendapatkan doktor.
Zikri memegang tangan arissa. Membuatkan langkah arissa terhenti dari memanggil doktor.
"I...bu..ibu...a...a..yah..ayah.. ma...na ?" Ayat yang keluar dari mulut zikri membuatkan arissa terus menangis. Suara zikri tersekat-sekat menunjukkan kesukaran untuk dia bernafas.
Kenapa mesti zikri cari 2 ekor binatang tu ? Kenapa ?!
"Mengucap zikri" kata arissa sambil mendekatkan wajahnya dengan telinga zikri. Tangan zikri dipegang erat. Dia menyebut kalimah syahadah berulang kali agar zikri dapat mengucap.
Zikri melafazkan kalimah syahadahnya yang terakhir secara perlahan dan tersekat.
Air mata arissa jatuh apabila tangan itu tidak lagi memegangnya. "Please ! Please don't leave me alone !" Jerit arissa.
Dia tak sanggup. Dia tak sanggup hidup dan menghadapi semua itu. Dia tak sanggup !
Beberapa orang nurse masuk kedalam wad itu dengan seorang doktor. Baru sahaja mereka ingin mendekati arissa, doctor tadi menghalang sambil mengeleng kepala.
Nurse disitu mengangguk faham dan menundukkan kepala mereka.
Arissa memeluk tubuh dihadapannya itu. Kenapa ya Allah ? Kenapa mesti kau ambil orang yang aku sayang?
"I break our promise... I'm sorry.." kata arissa sambil teresak. Kalau sahaja dia tahu, pasti dia tak akan mensiakan setiap saat mereka bersama.
□□□
Arissa duduk seorang diri dirumah makciknya. Arwah adiknya baru sahaja selamat dikebumikan. Dia enggan membawa adiknya ke rumah mereka. Dia jijik.
Daripada saat adiknya nazak sehingga la dia dikebumikan, ibu dan ayah langsung tak datang menjenguk. Arissa tak tahu apa yang patut dia rasa. Dia marah dan dia tak nak ibu dan ayah sentuh pun jenazah zikri tapi dalam masa yang sama, dia masih teringat permintaan terakhir zikri. Dia mahu melihat ibu dan ayah.
"Sampai bila anak buah awak tu nak duduk sini ?" Suara paklong arissa kedengaran di dalam kamar bilik mereka.
"Shh.. slow lah sikit suara tu ! Kalau arissa dengar macam mana ?" Soal maklong nya pula. "Awak tahu tak berapa banyak duit insurans adik dia dapat ? Nak dekat 1 juta !" Kata maklong.
"Lepastu awak nak suruh saya buat apa ? Duit tu semua atas nama arwah adik dia. Dia pun tak boleh guna duit tu" kata paklongnya pulak. "Saya tahu lah tapi 1 juta tu banyak kot ! Takkan kita dah tumpangķan dia dekat sini, 1 sen pun dia tak nak bagi" kata maklong tak puas hati.
"Oh ni la rancangan awak, apa awak dah tak tahu dosa neraka ?" Soal paklong geram. Maklong ketawa kecil. "Sebelum awak sekolahkan saya, pergi sekolahkan adik awak tu dulu" kata maklong sinis. Paklong mengetap giginya menahan geram.
"Saya dengar, waktu kita tengah kebumikan arwah zikri, dia dah akad nikah dengan perempuan lain. Harini pulak diorang dengan rasminya akan cerai" kata maklong sambil tersenyum mengejek.
"Bapak jenis apa yang sanggup buat macam tu kat anak sendiri ? Mak diorang pun sama je. Sampah" kata maklong. Paklong diam mendengar kata-kata isterinya itu. Dia sendiri malu dengan perangai adiknya itu.
"...tapi saya jugak dapat tahu, yang adik awak tu tinggalkan rumah, tanah dengan duit pada arissa. Semua dalam 2 juta." Maklong ketawa kecil. Apa yang perlu dia lakukan adalah buat baik pada gadis itu sahaja.
"Awak jangan nak melampau ! Saya sebagai suami awak tak izinkan awak sentuh duit budak-budak tu walaupun se sen !" Marah paklong.
"Paklong... maklong..." arissa menolak daun pintu bilik mereka. Maklong dan paklong agak terkejut melihat kehadiran arissa di situ.
"Eh.. maklong ingat arisaa dah tidur" kata maklong tersekat. "Takpe maklong. Arissa dah dengat semua maklong" kata arisaa dengan wajah tampa riak.
"Arissa.. arissa jangan risau, paklong takkan bagi maklong sentuh duit..."
"Takpe. Maklong boleh ambil. Arissa izinkan" kata arisaa membuatkan paklong dan maklong terkedu. "Apa arissa kata ni ? Duit tu untuk arissa survive" kata paklong terkejut.
"Arisaa tak nak duit dari diorang. Maklong boleh ambik semua. Rumah, tanah, harta tapi jangan sentuh duit atas nama zikri" kata arissa keras.
Maklong terdiam. Dia tak tahu adakah dia patut gembira atau apa. Gadis dihadapannya itu seolah patung yang tiada perasaan.
"Anggap duit tu tanda terima kasih sebab dah bantu arissa uruskan zikri sampai ke liang lahad dan bagi arissa tumpang rumah ni untuk kenduri tahlil. Terima kasih maklong, Paklong. Arissa balik dulu, halalkan makan minum arissa" kata arissa sambil menarik begnya.
"Arissa dah malam ni, arissa nak pergi mana ?" Soal paklong risau. "Arissa nak duduk sorang, jangan risau" kata arissa sebelum pergi.
Maklong dan paklong nya tidak menghalang. Hanya membiarkan sahaja.
YOU ARE READING
TIGA SAAT TERAKHIR [END]
Aksi3 saat terakhir. "Kalau aku matikan bom ni sekarang, hint untuk kedudukan bom seterusnya akan hilang. Ramai nyawa akan tekorban" "Tapi hint tu cuma akan keluar 3 saat terakhir !" "Jadi aku akan tunggu sehingga 3 saat terakhir" ... Sebuah permainan b...