29

36 9 8
                                    

"Talefon kau mana ?" Soal hayfa pada sayf. "Yusri dah rancang dari awal. handphone kitorang semua tinggal dalam bilik menunggu tadi" jawab sayf kesal.

Hayfa berdecit geram.

"Kau punya mana ?" Soal sayf. "Tak ada pada aku sekarang. Aku syak tercicir sebab aku tak pernah lagi tinggal phone" kata hayfa.

Sayf mengeluh. Dia juga kenal kakaknya. Kakaknya itu bukan orang yang cuai.

"Abang punya mana ?" Sayf memandang nadir. "Tinggal dalam kereta. Biasanya majlis macam ni mana boleh bawak handphone" kata nadir. Sayf dan hayfa mengeluh lagi.

"Apa jadi sebenarnya ?" Soal nadir sambil menahan kesakitan. Darah yang mengalir keluar dari kaki ditekan dengan seluarnya yanh dikoyakkan. Hampir meraung nadir ketika hayfa merawatnya.

"Kitorang pun tak tahu, yang pasti yusri tu orang dalam semua kes sebelum ni" kata hayfa. Sayf diam membisu. Otaknya asyik melekat pada satu benda.

Yusri punca arissa dan iffat mati

"Kita kena cari 3 ekor yang berjaya lari tu, kalau tak boleh hancur plan ni" kata seorang lelaki yang berlari di luar tempat persembunyian mereka.

Hayfa, nadir dan sayf menahan nafas. Kalau kena tangkap sekarang, segalanya akan berakhir.

"Kau cari belah sana, aku akan cari belah sini. Apa apa pun jangan lupa report pada athif.

Kemudian bunyi tapak kaki mereka menjauhi kawasan itu. Sayf melepaskan nafas lega. Dia memandang kakaknya dan nadir yang kelihatan tenang. Dalam situasi macam ni pun mereka boleh bertindak tenang.

"Kita tak boleh terus ada dekat sini. Aku akan pergi bilik menunggu untuk ambik handphone korang. Kau tunggu sini dengan sayf" kata hayfa.

"Dorang ramai ! Kau dah gila ke nak keluar sorang ? " Soal sayf.

"We got no choice! Kau jangan risau, ni memang kerja aku. Kau adik aku, dengar je arahan aku !" Kata hayfa lagi.

Sayf memegang kuat lengan kakaknya. "Kau ingat yusri tu bodoh ? Tak mungkin dia nak simpan semua handphone tu dengan penuh kasih sayang !"

"Kalau macam tu, aku pergi ambik talefon dia dekat kereta" kata hayfa sambil merujuk pada nadir. Kunci kereta nadir di dalam porch beg di ambil tampa menunggu persetujuan sesiapa. Tampa menunggu banyak masa, hayfa terus berlalu pergi.

"Hayf-" mulut sayf ditekup nadir. "Shhhh..... jangan bising. Kakak kau tu one of the most capable police. Dia takkan kalah dengan mudah. Kau adik dia, kau kena percayakan dia" kata nadir.

Sayf mengetap giginya geram. Nampaknya memang itu sahaja yang boleh dia lakukan.

□□□

Athif yang berada di tingkat atas tadi, sudah turun di bawah. Semua orang yang berada di dalam dewan tadi duduk mencangkung di hadapannya. Dia dan 9 orang anak buahnya mengelilingi mereka.

Kesemua senjata dan alat komunikasi termasuk walkie talkie dirampas. 5 orang tebusan masih berada di dalam situasi di mana leser merah berada di dada masing-masing.

Athif melihat handphonenya seketika. Kemudian bibirnya menguntum senyuman sinis.

Dia mendekati inspector najib.

"Tuan !" Jerit athif sambil meletakkan tangan di dahi tanda tabik hormat. Sengaja dia menganjing ketua cid itu. Najib tidak memberikan sebarang reaksi.

"Ah kau ni. Tak syok !" Kata athif sambil membuat muka sedih.

"Kau tak pelik ke kenapa aku ada dekat sini ?" Soal athif. "Patutnya kan harini, hari dimana aku dijatuhkan hukuman"

TIGA SAAT TERAKHIR [END]Where stories live. Discover now