11

51 11 4
                                    

"Kenapa pulak kitorang tak boleh masuk campur ? Kitorang dah terlibat dah pun" kata sayf tak puas hati kerana kakaknya menyuruh mereka pulang.

"Kau jangan nak melawan boleh tak ? Kau ingat ni main-main ke ? Ni libatkan nyawa tau" kata hayfa geram. Adiknya itu susah betul nak mendengar kata.

"Tapi akak, kami yang tolong pihak polis selesaikan kes rompakan dekat pejabat pos. Kenapa pulak kitorang tak boleh masuk campur ?" Soal fikri pula. Dia menyokong sayf. Baginya ini sangat tak adil. Diorang dah banyak membantu kot.

"Korang semua jangan lah degil. Memang abang berterima kasih sangat sebab korang dah banyak tolong tapi kali ni korang dah tak boleh masuk campur. serahkan pada polis"  iffat pula cuba memujuk.

"Dah la korang, kita dengar je cakap polis. Benda ni bahaya, kita ni cuma budak poli je" kata hakim pula. Dia setuju dengan hayfa dan iffat. Lagipun dia tak nak terlibat dengan benda berbahaya macam ni.

"Fine !" Sayf akur akhirnya. "Hati-hati..." sambung sayf perlahan. Hayfa melepaskan keluhan. Dia faham apa yang adiknya rasa tapi dia juga tak boleh meletakkan adiknya dalam bahaya. Jika ada apa-apa perkara buruk yang terjadi terhadap adiknya, dia takkan boleh maafkan dirinya sendiri.

Hayfa dan iffat masuk ke dalam kereta yang dibawa detective nadir sebentar tadi. "Thanks sebab faham aku" kata hayfa sambil menurunkan tingkap kereta. Wajah adiknya dipandang lama. Tangannya menyeluk saku.

Sebuah gari lama yang sudah pun berkarat dikeluarkan. Dia menghulurkan gari itu pada sayf. Sayf mengambil gari itu.

"Itu gari arwah ayah. Kau jaga kan untuk aku. Malam ni aku tak balik" kata hayfa. Kemudian tingkap keretanya naik. Sayf terdiam seketika sebelum mengetuk tingkap kakaknya itu.

Hayfa menurunkan tingkap. "apa lagi ?! Aku nak cepat..." ayat hayfa mati apabila sayf menghulurkan gari itu kepadanya kembali. Muka hayfa blur.

"Kau tak boleh balik malam ni, tapi make sure kau balik esok. Janji dengan aku yang kau akan bagi balik gari ni dekat aku" kata sayf serious.

Hayfa mengambil gari itu. "Cringe gila kau ni" kata hayfa sambil tergelak kecil. Kemudian kereta mereka terus memecut di jalan raya. Sayf hanya mengekori kereta itu dengan matanya.

Kemudian fon sayf berdering. Dia memeriksa notification.

Kakak tak guna : i will. I promise

Sayf tersenyum melihat chat itu. Dani menepuk bahunya perlahan. "Insyallah. Allah akan permudahkan" kata dani. Sayf mengangguk faham.

"So kita nak buat apa sekarang ?" Soal fitri. Mereka semua senyap seketika. Tak ada kenderaan untuk pulang kerana mereka dijemput iffat ketika datang.

"Nak buat caner.. balik la" kata fikri perlahan. Dia agak kecewa sebab tak dapat menyertai kes itu kali ini. "Kitorang arah sana.. kau nak pergi asrama kitorang ke apa sayf ?" Soal hakim. Berbeza dengan fikri, hakim berasa sangat lega.

"Aku..." ayatnya mati apabila dia sedar arissa tiada di situ. "Mana arissa ?" Soal sayf. "Tu dah jalan dah" kata dani sambil memuncung kan bibirnya. Sayf melihat arissa yang berjalan dengan kedua tangan dalam poket.

"Aku balik rumah ! Bye !" Laju sayf melambai mereka dan berlari ke arah arissa. "Woi ! Rumah kau arah sana !" Jerit fitri. Sayf buat tak endah.

"Dah dah.. biarkan dia" kata fikri sambil menarik fitri. Fitri hampir mengejar sayf tadi. "Entah kau ni. Tu pun tak paham" kata hakim pula. Hakim dan fikri berbalas senyuman. "Paham apa ni ?" Soal dani pula. Dia dan fitri nampak bingung.

"Takde apa lah" kata fikri dan hakim sambil tersenyum.

□□□

"Asal kau ikut aku ?" Soal arissa sambil memandang serious sayf yang sedang mengunyah cheesy wedges KFC.

TIGA SAAT TERAKHIR [END]Where stories live. Discover now