Majlis pengebumian tanpa jenazah di adakan. Arissa dan iffat dianggap mati syahid. Kemudian disusuli dengan kenduri tahlil di rumah paklong dan maklong.
Semua yang terlibat, keluarga, sahabat dan saudara hadir tetapi.... ibu dan ayah arissa langsung tak memunculkan diri. Paklong dan maklong juga tidak dapat menghubungi mereka. Kali terakhir dihubungi, paklong memaklumkan kejadian yang menimpa arissa dan menghantar barang peribadi milik arissa selepas itu kedua-dua mereka senyap.
Seminggu berlalu dan keadaan menjadi sunyi. Berita mengenai kejadian di menara kl masih lagi menjadi bualan.
Tiba lah hari majlis penghargaan buat mereka yang terlibat.
Bilik yang dihuni 5 orang jejaka itu senyap. Kelima mereka memakai suit hitam.
Tok tok tok
Bunyi pintu diketuk sebelum di bukak. Inspector yusri muncul di sebalik pintu. "Majlis mula lagi 10 minit. Korang dah boleh ready dah" katanya sambil memandang wajah setiap dari mereka. Semuanya kelihatan suram.
"Layak ke kami dapat anugerah ni sedangkan tak ada apa yang kami buat ?" Soal fitri.
"Arissa yang selesaikan semua benda. Rasa tak adil bila kami yang akan dapat nama" kata Hakim pula.
"Abang tak tahu nak cakap macam mana dengan korang. Apa pun yang jadi, kita cuma boleh doakan yang terbaik untuk arwah" kata yusri sambil tersenyum segaris.
Sama macam mereka, dia juga kehilangan kawan baiknya. Satu-satunya yang dia boleh buat hanya lah berdoa.
"Dah jom keluar. Talefon semua tinggal ya. Tak boleh menganggu majlis" kata yusri lagi. Mereka berlima pun akhirnya akur dan melangkah keluar dari ruangan itu.
"Sampai sekarang masih tak ada khabar tentang orang tua arissa ke ?" Soal dani pada yusri. Yusri mengeluh perlahan sebelum menggeleng.
"Padahal, detective nadir dah datang rumah diorang tapi diorang takde. Mungkin ibu dengan ayah dia masih rasa bersalah lepas semua yang jadi" kata yusri. Fitri, hakim, dani dan fikri mengerutkan dahi. Mereka masih belum mengetahui kejadian keluarga arissa.
Tetapi tiada siapa yang bertanya. Masing-masing senyap dalam fikiran sendiri.
Tiba-tiba yusri berhenti melangkah. "Korang masuk lah dulu, abang ada benda nak buat" katanya sebelum berjalan pergi.
"Bukan majlis nak mula ?" Soal hakim tetapi yusri langsung tak berpaling.
"Dia ada urusan lah tu. Jom je la" kata fikri malas. Dia takde mood nak fikir benda lain. Nak ambik anugerah ni pun dah cukup buat dia nervous.
□□□
Sebaik mereka memasuki dewan, mereka beratur sebaris dengan paklong yang menjadi wakil untuk arissa. Mereka menyalam paklong tanda hormat. Kemudian Pegawai ipd tertinggi tiba. Kesemua polis yang berada disitu lengkap dengan uniform masing-masing.
Bacaan doa, ikrar, nyanyian lagu negaraku, lagu wilayah berjalan lancar.
Ketua ipd Kuala lumpur memulakan ucapakan.
"Sayf..." fitri di sebelah berbisik memanggil sayf. Sayf mengangkat kening tanda 'kenapa'.
"Apa maksud abang yusri tadi ?" Soal fitri. "Ouh korang tak tahu lagi ke ?" Soal sayf kembali. Fitri menggeleng kepala.
"Sorry bro, aku tak boleh bagitahu..." tiba-tiba ayat sayf mati. Dia teringatkan sesuatu. Ada benda yang pelik menganggu fikirannya.
Terus sayf berlari dari situ. "Ada something aku nak check!"
YOU ARE READING
TIGA SAAT TERAKHIR [END]
Action3 saat terakhir. "Kalau aku matikan bom ni sekarang, hint untuk kedudukan bom seterusnya akan hilang. Ramai nyawa akan tekorban" "Tapi hint tu cuma akan keluar 3 saat terakhir !" "Jadi aku akan tunggu sehingga 3 saat terakhir" ... Sebuah permainan b...