Masa sekarang.
"Ouh wow..." kata detective iffat perlahan. "Benda tu jadi 3 tahun lepas eh" katanya lagi. Inspector yusri mengangguk.
"Kalau hayfa masih terikat dengan rayyan, kita tak akan ada peluang" kata yusri. Sama seperti iffat, yusri juga menyukai hayfa. Bukan mereka sahaja, hayfa adalah polis wanita kegemaran hampir semua orang. Kecantikan, kebijaksanaan, keberanian dan karisma yang dia ada buatkan semua terpikat dengan dia. Sebab tu bila mereka tahu hayfa nak keluar dating dengan iffat, satu HQ kecoh.
"Tapi kalau kita mati waktu jalankan mission, maybe dia akan suka kita" kata yusri sambil tergelak kecil. "Jangan cakap macam tu duh.. bad luck betul" balas iffat. "So betul la bom tu ada dekat HKL masa tu ?" Soal iffat. "Ada 10 biji. Kalau bukan sebab rayyan, dah ramai orang meninggal waktu tu. Orang awam pun mesti akan salahkan kita" kata yusri.
Memang itu tujuan penjenayah. Kalau bukan polis yang mati, orang awam akan mati. Kalau orang awam tak mati pun, sekurangnya ada polis yang akan mati. Senang kata, target penjenayah adalah polis.
"Eh hayfa ?" kata iffat apabila melihat hayfa berada di situ bersama dengan rakan-rakan adiknya. "Dah habis ke kerja kau ?" Soal iffat. "Dah, korang pulak buat apa kat sini ?" Soal hayfa pula.
"Kitorang check kedai makan ni" kata iffat sambil menunjuk restaurant dihadapan mereka. "Harini kan 5 julai. Pekerja kedai ni bagitau ada orang bagi surat kononnya kedai ni akan meletup tapi bila kitorang check tak ada apa pun. So aku rasa prank je ni" terang yusri. Iffat mengangguk setuju.
"Kalau macam tu, why not malam ni korang ikut aku dengan awfiyah pergi karok ?" Soal hayfa. "Nak !" Kata iffat teruja. "Korang pergi lah, aku malas" tolak yusri dan berlalu ke keretanya.
"Ok jumpa esok" kata hayfa. Yusri mengangkat tangan dan melambai. Sebaik dia masuk ke dalam kereta, ada sehelai kertas melekat di cermin keretanya.
Yusri segera melompat keluar dari kereta dan sebuah letupan berlaku ketika itu. Semua orang yang berada di situ terkejut.
Hayfa dan iffat berlari ke arah kereta itu. "YUSRI !" Jerit iffat. Hayfa melihat ke dalam kereta yang masih terbakar.
Arissa berlari ke dalam restaurant. "Bagi fire extinguisher !" Jerit arissa. Pekerja itu segera mengeluarkan fire extinguisher dan memberi kepada arissa.
Arissa segera menarik pin dan mula menghala pada kebakaran. "Pergi..." kata satu suara lemah. Mereka semua melihat ke arah suara itu. "Bahaya.." kata yusri perlahan. Dia sudah terbaring di atas jalan dengan kepala berlumuri darah.
"Yusri kau ok tak ?!" Tanya iffat. Hayfa juga mendekati yusri. "Aku tak dapat selamatkan diri sehebat kau" kata yusri sambil tersenyum. "Kalau kau masih boleh bercakap tu, maksudnya ok la" kata hayfa sambil tersenyum nipis.
"Ini peluang untuk kau bebas dari masa silam" kata yusri sambil mengeluarkan surat dari poketnya.
"I'm bullet but not fired out of gun,
You can buy sandwich but can't eat.
Subtract half and I became zero.
Our game start already But from here let's have some fun. As a token of appreciation, I left 11 small price and 2 grand price
If you want to win, go find rich muntjac from 3rd series. I left you another mark.
I can go up and down but don't worries because i can't run, but if you late i will start the party on 12 and 3 tomorrow"hayfa membaca setiap perkataan yang tertera. Sudah terang lagi bersuluh. Ini penjenayah yang sama dengan kes 3 tahun lepas.
"Hayfa kita kena alihkan yusri dulu, takut tangki minyak meletup." Kata iffat. Hayfa mengangguk faham.
Iffat mengalihkan tubuh yusri dengan berhati-hati. "Darah keluar dari bahagian kiri kepala dia dan anggota belah kanan lumpuh..." kata hayfa perlahan setelah melihat lagi keadaan yusri.
"an acute subdural hematoma" kata arissa pula. Semua memandangnya pelik. Tugas memadam api sudah dilakukan oleh beberapa orang awam.
"Maksud kau ?" Soal fikri. "Maksudnya kalau lambat, dia tak selamat" jawab arissa serious. "Eh kau jangan cakap benda macam tu !" Kata hakim. Dia sudah cuak. Siapa pun akan cuak kalau tiba-tiba ada kereta meletup depan mata sendiri.
"Apa yang arissa cakap tu betul. Kita kena tunggu paramedic sampai." Kata iffat pula. "Astarfirullahalazim" dani beristigfar panjang. Dia hanya mampu berdoa agar segala urusan mereka dipermudahkan.
"Teruk wei. Siapa yang sanggup buat macam ni" keluh fitri pula. Baru beberapa hari lepas kereta detective iffat meletup, hari ni kereta inspector yusri pula. "Kita tak tahu siapa tapi yang pasti target dia memang polis dan setakat ni semuanya dari CID, boleh jadi code yang arissa pecahkan tu betul" kata sayf pula.
"Tapi macam mana dia letak bom tu dalam kereta ?" Soal fikri pula. "Dia umpan polis dengan ugutan kononnya ada bom dekat restaurant ni dan bila kitorang check restaurant ni, masa tu lah dia letak bom dalam kereta" jelas iffat. Itu sahaja cara yang ada.
"Tapi macam mana pulak dia bukak pintu dan tutup pintu kereta ? Pertama dia kena ada kunci, kedua kalau kereta tu tak berkunci, inspector yusri mesti dah perasan" kata hakim pula.
"Penjenayah tu cuma perlu tahu cara bukak pintu dan lepastu kunci pintu tu semula. Nak bukak ada banyak cara, pakai bola tennis pun boleh" terang hayfa pula. Kemudian ambulan sampai dan yusri di bawa ke hospital.
"Bom tu mesti diletakkan dekat pintu kereta. Bom jenis timer. Bila inspector yusri bukak je pintu, timer tu akan bergerak" ulas iffat.
Talefon hayfa berbunyi. "Betul ke yusri terlibat dalam letupan ?" Soal inspector najib di hujung talian. "Ya tuan, sekarang dia dibawa ke hospital. Kecederaan dia agak serious." Terang hayfa.
"Gambar tulisan yang awak hantar pada saya tu, semua mesin fax dekat HQ terima mesej tu. Kemungkinan besar ini adalah penjenayah yang sama dari 3 tahun lepas" kata inspector najib lagi. "Ini bukan kemungkinan tuan. Saya yakin yang ini penjenayah sama, 3 tahun lepas kita cuma dedahkan separuh dari ugutan pada orang awam, mustahil untuk orang lain tiru" kata hayfa yakin.
"Hayfa ! Aku dah ambik kereta kau" kata detective nadir yang baru tiba sambil mencampakkan kunci kepada hayfa. "Thanks bro" kata hayfa kepada nadir. "Inspector, saya akan mulakan siasatan" kata hayfa dan terus menamatkan panggilan.
YOU ARE READING
TIGA SAAT TERAKHIR [END]
Action3 saat terakhir. "Kalau aku matikan bom ni sekarang, hint untuk kedudukan bom seterusnya akan hilang. Ramai nyawa akan tekorban" "Tapi hint tu cuma akan keluar 3 saat terakhir !" "Jadi aku akan tunggu sehingga 3 saat terakhir" ... Sebuah permainan b...