1

119 19 6
                                    

"Inspector najib ! Ada fax pelik sampai tadi" kata detective nadir. Dia menyerahkan kertas itu kepada ketuanya. Inspector najib membaca dengan serious.

SESUATU YANG MENARIK AKAN BERLAKU SEMASA PERARAKAN SQUAD HARIMAU MUDA

EF IH DC DC IH CD

Talefon di meja inspector najib berdering. Inspector najib segera mengangkat. "Satu surat amaran telah di terima di ibu pejabat dan semua pejabat polis kuala lumpur. Semua ketua unit CID diminta berkumpul di ibu pejabat sekarang !" Kata suara di hujung talian. Inspector najib segera meletakkan handphone. Dia yakin amaran yang sama telah di fax kan di semua pejabat polis.

"Arahan telah dikeluarkan supaya semua ketua unit berkumpul. Saya akan bergerak ke ibu pejabat, anda semua diminta bersedia !" Arah inspector najib.

"Baik inspector!" Jawab semua pegawai dari unit 1.

□□□

Sementara itu di politeknik metro kuala lumpur.

"Serious lah dia dapat full mark. Dah la assingment group tu dia just compile and hantar. Tak adil betul" rungut alya. "Entah-entah selama ni pun kerja dia, faeqah yang buat. Sebab tu selalu dekan" kata mikayla pula. Sengaja mereka bercakap agak kuat agar gadis si rambut biru itu mendengar.

"Mengumpat je kerja" tegur fikri. Bukan apa, kalau diorang mengumpat perlahan tak apa, ini sampai satu kelas dengar. "Entah korang ni, selama ni pun dia presentation semua gempak. Assingment hantar on time. Memang lah dekan" kata hakim pulak.

"Eh hello, aku satu group dengan dia. Time kitorang ajak kumpul untuk buat assingment dia bagi alasan kerja. Memanjang kerja. Orang lain pun ada kerja" luah zara.

"Kau tak yah la explain kat dorang ni. Diorang memang akan backup arrisa tu" kata alya dengan nada perli. Selama ni, memang arrisa selalu buat benda ikut kepala sendiri. Mestilah dia marah. Budak lelaki pulak akan backup dia.

"Kitorang bukan backup and kitorang tak nak masuk campur pun tapi bingit telinga ni dengar korang memekak. Tak puas hati cakap lah depan muka dia" kata fikri lagi. Sengaja dia mencabar. Dia tahu mereka semua hanya pandai bercakap belakang.

"Lantak kan lah dorang ni" kata mikayla. "Sekarang ni, aku satu group dengan dia. Dah la kerja banyak" rungut mikayla lagi. Nama mereka sudah ditulis oleh lecturer untuk tugasan kumpulan. Sepatutnya lecturer perlu benarkan mereka memilih ahli kumpulan sendiri kerana pasti akan ada yang hanya duduk goyang kaki dan terima markah, tapi itu lah, kadang lecturer malas nak ambik tahu benda macam ni.

Arissa berdiri dengan tiba-tiba. Satu kelas diam. Alya, mikayla dan zara dah kecut. Arissa berjalan kehadapan dan memadam namanya dari group 1. Kemudian dia menulis group 5 secara terang di hadapan dan menulis namanya pula.

Satu kelas terkedu dengan perbuatannya. "Nanti aku sendiri bagitau lecturer" kata arissa simple. Kemudian arissa kembali ke tempat duduknya dan tidur.

Semua memandang sesama sendiri. "Dia ni memang suka ikut kepala sendiri" kata zara. Geram betul dia dengan perangai arissa. Kalau dah lecturer tetapkan, tak payah lah biadab sangat buat keputusan sendiri. Kalau macam tu, semua pun nak buat group sendiri.

"Tadi korang jugak yang tak nak group dengan dia. Amenda la perangai" kata hakim geram. "Diam lah kau !" Bentak zara.

Sayf bangun dan menghampiri arissa. "Woi rambut biru" panggil sayf sambil menendang kerusi arissa perlahan.

"Kau nak apa ?" Soal arissa dengan nada dingin. Malas betul dia nak layan orang kalau tengah mengantuk.

"Aku nak satu group dengan kau" kata sayf selamba. Classmate mereka yang lain memandang satu sama lain. Mereka agak terkejut dengan permintaan sayf.

"Apesal pulak" soal arissa pelik. "Aku kerja lah, mana sempat nak discuss bagai" kata arissa lagi.

"Baguslah kalau macam tu. Aku pun kerja dan aku malas discuss. Aku group dengan kau" kata sayf lagi. Riak wajahnya seperti permintaan nya biasa sahaja.

Arissa mengeluh perlahan. "Kau buat lah apa yang kau suka" kata arissa akhirnya. Dia malas nak bertekak. Lebih baik dia tidur.

"Good" balas sayf sebelum kembali ke tempatnya. Pandangan pelik classmate yang lain tidak dia pedulikan. Dia akan lakukan apa yang dia mahu.

"Ni lagi sorang, suka ikut kepala sendiri" kata alya geram. "Haish biar lah diorang tu. As long kerja kita tak terjejas" kata mikayla pula. "Tapi pelik kan bila sayf tiba-tiba berminat dengan arissa, padahal sebelum ni tak pernah rapat pun" kata zara hairan.

"Maybe test dia perempuan free hair, rambut colour macam tu" kata alya sambil tergelak kecil. "Logik wei !" Kata mikayla pula dan turut tergelak. Hanya zara yang diam berfikir.

□□□

"Budak perempuan kelas kita memang benci gila dengan risa" kata fikri. "Awal dulu je dorang macam ngam, lepastu jadi macam ni" kata hakim pula. "Yela, awal dulu mana nak tunjuk taring, sekarang semua nak bawak kepala" kata dani pula.

"Tapi aku kesian doh dengan risa" kata fitri. "Siapa je tak kesian. Mak ayah dia bercerai baru sangat wei" kata fikri. "Tapi tu tak boleh jadi alasan untuk dia buat perangai macam tu. Dari elok dia bertudung, terus dia colour rambut warna biru. Siapa je tak terkejut" kata hakim pula.

Satu poli tahu tentang hal itu. Arissa yang dulunya ibarat kain putih bertukar jadi kain hatim. Daripada bertudung kepada free hair. Daripada mesra kepada pendiam. Daripada caring kepada selfish. Sedangkan arissa yang dulu pun tak ramai yang suka, Sekarang makin ramai yang benci.

"Faeqah pun aku tengok dah makin rapat dengan nashwa" kata dani. Semua pun tahu arissa dan faeqah berkawan baik. Kemana mereka pergi sering berdua. Ibarat buy 1 free 1.

"Tak boleh salahkan faeqah lah. Arissa yang pilih jalan macam tu" kata fitri. Sejujurnya dia juga agak sedih kerana faeqah dan arissa sangat rapat dengan mereka.

"Aku tak puas hati bila budak perempuan kata risa tak buat kerja. Kita tahu kot yang dia tu rajin nak mati." Kata hakim geram. Selama ini, arissa yang banyak membantu mereka terutama dalam assingment. Jadi mereka tahu yang arissa memang rajin.

"Salah arissa jugak sebab pilih jalan macam tu. Haih" keluh fitri. "Kau takde kat tempat dia boleh lah cerita" kata fikri, baginya mereka tak boleh judge tindakan arissa kerana mereka tiada di tempatnya. Berat yang memandang, berat lagi yang memikul.

"Memang lah aku tak ada, tapi mak bapak aku pun cerai kot. Waktu umur aku 13 tahun lagi. Dia tu umur dah 20, patut dah boleh pikir mana baik mana buruk" bebel fitri. Dia memang tak terima kalau hal seperti itu dijadikan alasan untuk seseorang berubah. Kita yang pilih jalan hidup kita sendiri. Bukan orang lain.

"Aku setuju dengan fitri. Memang lah sedih, mak ayah dia cerai, adik dia pulak baru je meninggal tapi macam yang fitri cakap. Dia dah besar dah" dani bersetuju dengan apa yang dikatakan fitri.

Fikri hanya berdiam. Ada betulnya jugak apa yang dikatakan fitri dan dani. "Pasal tu kita tak boleh nak buat apa lah, yang aku pelik kenapa sayf tiba-tiba nak 1 group dengan risa" kata hakim. Mereka berempat diam seketika memikirkan jawapan.

"Dah lah tu, jom buat assingment. Banyak kerja lagi nak kena buat. Nanti malam aku nak pubg, kau pulak mesti nak layan one piece kau tu" kata hakim setelah banyak masa terbuang. Dani tersengih. One piece tu wajib tengok !

 One piece tu wajib tengok !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TIGA SAAT TERAKHIR [END]Where stories live. Discover now