Hayfa termenung jauh. Wajah rayyan dan iffat bermain di fikirannya.
"Hayfa !" Awfiyah mengoncang bahu kawannya itu. Hayfa tersedar dari lamunannya. "Berhenti lah mengelamun, adik kau dengan kawan-kawan dia dah sampai. Kau nak ambik keterangan kan" kata awfiyah.
"Oh sorry" kata hayfa. "Hah pukul berapa tadi kau cakap nak gi karok?" Soal hayfa. "Kau ni, kan aku dah mesej kau pukul 9. Stop lah habit delete chat kau tu" kata awfiyah geram.
"Hehe sorry. Kalau aku tak delete, takut nanti bercampur dengan chat yang penting" terang hayfa. Awfiyah bercekak pinggang. "Kau nak kata chat aku tak penting lah ?" Soalnya.
"Hehe sorry. Jumpa pukul 9 nanti" kata hayfa sambil berlalu pergi. "Jangan lambat !" Pesan awfiyah lagi.
Awfiyah tersenyum. "Chat penting eh ?" Kata awfiyah sendirian.
□□□
"Asal korang tak banyak cakap ni ?" Soal hayfa apabila mereka berenam senyap sedari tadi. Sepanjang siasatan tersebut, mereka hanya menjawab apabila ditanya sahaja. Itupun sepatah.
Sebetulnya keadaan agak awkward kerana tiada yang berani menegur arissa. Mereka diam lagi.
Hayfa mengalah. Kalau tak ada yang bercerita, dia tak boleh buat apa.
"Dekat mana camera awak jatuh ?" Soal hayfa pada fikri. Fikri menunjuk ke tempat yang dia terjatuh. "Betul-betul kat sini, waktu tu la ada orang ambik camera tu tapi sebab ramai sangat orang, saya tak nampak muka dia. Tapi dekat tangan dia ada tattoo burung gagak hitam. Kecik je. Antara ibu jari dengan jari telunjuk" terang fikri secara terperinci.
Hayfa mengangguk faham dan mencatat segala maklumat itu. "Salah seorang perompak yang berjaya ditangkap semalam memang ada tattoo macam awak terangkan ni. Jadi saya rasa yang cuba curi tape pun berjaya ditangkap" simpul hayfa.
Tiba-tiba talefon hayfa berbunyi. Panggilan dari inspector najib. "Ya tuan" kata hayfa. Setelah beberapa saat dia berkata lagi. "15 minit lagi saya habis" tak lama lepastu panggilan tamat. Arissa melihat tarikh hari itu.
5 julai 2018.
'Dah 3 tahun dia pergi' kata hayfa dalam hatinya.
□□□
3 tahun yang lepas
"Mulai pada hari ni, rayyan hakeem akan berada dengan kita dalam CID unit 1. Dia dari security division mobile hingga tahun lepas dan..."
"Inspector dah la tu. Saya bukan budak sekolah yang baru pindah sekolah baru" potong rayyan. "Lagipun, saya tak nak pun transfer dekat unit ni" kata rayyan selamba dengan nada tenang.
Semua ahli unit CID dan detective hayfa memberinya pandangan menyampah. Sudahlah rambut dia panjang. Langsung tak ikut criteria police officer.
"Baik lah kalau macam tu. Hayfa akan jadi mentor kamu" kata inspector najib. Dari awal dia sudah diberi tahu tentang perangai pegawai baru itu. "Hah ? Saya ?" Soal hayfa.
"Janganlah tolak, saya sendiri dapat arahan langsung dari atasan untuk tengok dia ni" bisik inspector najib. "Baik tuan" jawab hayfa malas.
YOU ARE READING
TIGA SAAT TERAKHIR [END]
Action3 saat terakhir. "Kalau aku matikan bom ni sekarang, hint untuk kedudukan bom seterusnya akan hilang. Ramai nyawa akan tekorban" "Tapi hint tu cuma akan keluar 3 saat terakhir !" "Jadi aku akan tunggu sehingga 3 saat terakhir" ... Sebuah permainan b...