"Mana budak-budak tu ?" Soal yusri.
"DAH MATI !" Jerit athif sambil ketawa.
"Apa pun yang kau buat sekarang ni sia sia. Kau akan masuk penjara dan terima hukuman untuk semua ni !" Kata inspector najib.
"Masuk penjara ? Terima hukuman ? Kau cakap apa ni ?!" Soal athif sambil mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
"jangan bergerak !" Jerit yusri. "Dah lambat ! Korang dah lambat. Kau ingat kitorang bodoh ?!" Soal athif.
"Keliling tempat ni kitorang dah pasang bom ! Sekali aku tekan butang ni korang semua akan mati berkecai !" Kata athif lagi seperti orang hilang akal.
"KAU DAH GILA ! KAU PUN AKAN MATI" jerit inspector najib. "Kalau aku keluar dari sini hidup-hidup, hukuman apa yang aku dapat ? Gantung sampai mati ? BAIK AKU MATI SEKALI DENGAN KORANG!"
Anak buah athif saling berpandangan. Perkara ini diluar jangkaan mereka.
"Kalau kau serah diri dan beri kerjasama. Hukuman kau akan diringankan. Tak akan kau sanggup korbankan anak buah kau ?" Tuan aydin yang sedari tadi memerhati menyampuk.
"Athif.. kau main-main je kan ?" Soal salah seorang anak buahnya. Athif berpusing memandang mereka dengan wajah pelik.
"Main-main ? Asal ? Korang kecut ?" Soal athif.
"Tak kelakar athif ! Semua ni luar dari rancangan kita !" Marah seorang lagi anak buahnya.
"Eh kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Aku yang kutip korang bila satu dunia abaikan korang. Korang ni anjing aku sampai mampos !" Kata-kata athif membuatkan reaksi anak buahnya berubah.
"Aku ingat kita family, rupanya Kitorang cuma anjing dekat mata kau" kata anak buahnya sambil senyum hambar.
Athif tidak mempedulikan mereka. Dia memandang yusri.
"Kau tahu tak ? Manusia macam kau lah manusia yang paling aku benci." Athif menunding jari ke arah yusri.
"JADI KAU PATUT IKUT AKU MATI !" Jerit athif dan terus menekan butang di tangannya.
"ATHIF !" Jerit semua orang. Segalanya terlambat. Mereka memejam mata menanti bom yang dipasang untuk meledak.
1
2
3Mata dibuka perlahan. 3 saat berlalu tampa apa-apa berlaku. Semua yang berada di dewan memandang sesama sendiri.
"Ke..kenapa ?!" Athif memandang sekeliling. Kenapa bom tu tak meledak ? Sedangkan ini idea dia dan nadir sejak awal.
"Bam !" Jerit seseorang ketika dewan masih sunyi. Ternaik bahu semua orang kerana terkejut. Kau ingat benda ni main-main ? Kalau ada yang sakit jantung tadi, comfirm dah meninggal.
Semua mata memandang susuk tubuh 5 orang yang berjalan ke dalam dewan.
"Macam mana korang boleh ada dekat sini ?! Aku dah bunuh korang !" Jerit athif.
Fikri, hakim, dani, fitri dan sayf tersenyum.
"Kitorang dah mati la. Ni hantu yang menghantui tempat ni" fikri menganjing athif dengan muka annoying nya.
"Kau ni aku dah kata jangan cakap macam tu" hakim di sebelah menyiku lengan kawannya. Benda ni serious, boleh pulak buat main.
"Entah kau ni..." sokong sayf. Fikri mencebik, tak syok betul kawan-kawan dia ni. "...jangan ejek dia, nanti dia nangis kang sapa nak pujuk ?" Sambung sayf lagi.
Hakim memandang sayf tajam. Dasar ini anak... kaki nganjing jugak. Fitri dan dani menahan tawa.
Hayfa yang melihat kelibat adiknga tersenyum. Polis lain termasuk yusri, najib dan aydin masih memandang mereka pelik.
"Bom tu tak akan meletup" kata dani kepada athif. "Macam mana korang tahu ?" Soal athif dengan wajah yang merah menahan marah.
"Kitorang dah matikan semua bom tu" fitri mencampak sesuatu ke kaki athif. Athif terus mengambil.
"ARGHHHHHHHHHHH SIAL" jerit athif apabila melihat plan bom yang nadir buat. Ini bermakna mereka tidak menipu. Semua bom sudah dipadam oleh mereka.
Bunyi siren yang perlahan semakin kuat kedengaran. Mereka tersenyum puas.
"Bantuan pun dah sampai. Kitorang menang, korang dah kalah" kata sayf.
"Tak... tak... tak mungkin ! Aku-"
Bang ! Belum sempat athif menghabiskan ayat, kakinya ditembak hayfa. Semua mata memandang hayfa.
"Cakap pun tergagap. Nak memekak pulak" kata hayfa geram. Sayf tersenyum memandang kakaknya.
Inspector yusri dan najib memandang sesama sendiri sebelum senyuman terukir.
"Athif bin abdullah... anda di tahan atas kesalahan berat membunuh, mencuba untuk membunuh, mencederakan orang awam, lari dari penjara, mengunakan senjata api, merompak dan mencuri" kata yusri tepat di wajahnya.
Athif tak mampu membalas kata-kata yusri lagi. Kakinya yang terkena tembakan dipegang kuat. Kesakitan yang dirasakan melebihi segalanya.
Hayfa mendekati adiknya.
"Kau kena cerita apa yang jadi A to Z" kata hayfa. Sayf membalas dengan anggukan.
"Mestilah. Kalau tak mahu mencarut reader baca cerita ni"
YOU ARE READING
TIGA SAAT TERAKHIR [END]
حركة (أكشن)3 saat terakhir. "Kalau aku matikan bom ni sekarang, hint untuk kedudukan bom seterusnya akan hilang. Ramai nyawa akan tekorban" "Tapi hint tu cuma akan keluar 3 saat terakhir !" "Jadi aku akan tunggu sehingga 3 saat terakhir" ... Sebuah permainan b...