1

1.3K 81 3
                                    

*imbas kembali ke tahun 2015*

"Assalamualaikum dan selamat petang semua! Saya ucapkan tahniah kepada kesemua batch 151 sebab anda semua berjaya melayakkan diri anda ke universiti ini!"

"Nama saya Aniq dan boleh panggil Abang Aniq - ni applicable dekat gender XX je. Yang bergender XY tolong panggil Bro Aniq! Ulang suara, Abang Aniq untuk yang ber-chromosome XX manakala Bro Aniq untuk yang ber-chromosome XY..."

Errr suara tukang merepek yang bergema kuat dalam satu dewan ini hanya membuatkan Anna Aqeedah menguap berjuta-juta lemon kali!

"Weh Zah, apa ni bosan sangat abang kau membebel! Ketiak aku ni dah berlengas campur pula gatal. Ha, bak kata omputih, Perfect Combo!"

Anna Aqeedah sudah tak larat nak memaksa tenaganya untuk kesekian kalinya! Cukup-cukuplah dari sebelum subuh semua pelajar diarahkan untuk berkumpul di depan kawasan lapang kolej sebelum bergerak secara berkumpulan untuk ke masjid utama universiti!

"Ehh ape kehenya si Aniq tu jadi abang aku! Tak siyo teman ada abang express lepas tu mulut macam bertih jagung! Tu lah aku pun penat juga ni Aqeedah tolonglah habis awal!!!"

Zah atau nama penuhnya Fatimah Zehra. Patutnya panggillah Zeh bukan Zah tapi Aqeedah cakap macam terkujat lidahnya nak menyapa - WEH ZEH, KAU APA KABO?

Tak sedap langsung! Jadi dengan mandat yang entah mana-mana boleh Aqeedah dapat, dia sesuka sukinya menukar Zehra kepada Zahra.

Lebih sedap untuk di sapa – WEH ZAH, KAU APA KABO?

Tengah sakan membebel kepenatan dan tidak puas hati dengan Aniq yang asyik membebel itu, terdengar suara nyaring perempuan bernama Dahlia! Ni memang anti dengan semua orang, kerja asyik memetir aja!

"Silap-silap anak tekak dia ni pecah baru ada akai!"

Zehra lantas kembali berbisik kepada Aqeedah yang hampir tangkap lentok di bahu kirinya.

"Kalau anak tekak dia pecah aku tak heran sangat, tapi silap hari bulan, gegendang telinga kita pun sama-sama pecah!"

Dengan mata yang terkatup, mulut lantas membalas.

...

"Dengar sikit apa senior cakap! Ini bising macam lalat! Esok-esok sibuk tayang muka depan kami tanya benda yang kami dah terangkan!"

Diam.

Sunyi tiba-tiba.

...

"Dia yang lalat ada hati cakap orang lalat!"

"Bingit siot suara perempuan ni!"

"Kalau dah tahu PMS, janganlah gatal nak jadi fesi!!"

Banyak lagi suara-suara yang mengutuk AKAK Dahlia kita sorang ni! Anna Aqeedah dan Fatimah Zehra sudah diam tak bersuara.

Nampak dari gaya tudung Aqeedah yang dah macam kena ribut tu sahlah memang penat! Muka berminyak dan pakej rambut gatal...

...

"Esok pagi kita ada senamrobik dan petangnya pula kita ada treasure hunt. Sekejap lagi I bagi semua balik bilik sebab masing-masing muka dah macam lepat pisang! Lemah!!"

Dahlia kembali memetir siap dengan indikasi yang menyamakan muka mahasiswa dan mahasiswi serupa kuih lepat pisang.

"Lantak kaulah labu! Aku dah tak sabar nak basahkan kepala aku ni!"

Anna Aqeedah sudah masukkan segala pekakas yang berselerak ke dalam beg galas berjenama Reebok itu. Sekejap sahaja dia sudah segar!

Haruslah segar sebab sekejap lagi turn barisan mereka untuk pulang ke kolej!!


P/s: Hehe, this is my second story! Do support okii ( vote, comment and share okii! )

P/s: my very first story is SEMINGGU, JE PLEASE!!  

(do check this out !!)

GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now