23

471 63 4
                                    

*di tasik berdekatan rumah Aiman*

Weh Aqeedah, kau sure eh Zharif tu bukan kembar Rizqi?"

Zehra dah mula dah!

Tak habis-habis dengan si Rizqi tu apa kes?

"Weh, kalau si Zharif tu kembar Rizqi memang aku jual lelaki tu dekat sugar mummy!"

"Muka Zharif ada iras-iras Rizqi sikitlah Aqeedah..."

Anna Aqeedah sudah menjeling kawannya. Ada yang teringin kena kuntau dengan aku ke hari ni?

"Weh kau ingat aku tak tahu beza ke muka Rizqi dengan Zharif?"

"Jauh beza kau tahu Zharif dengan Rizqi tu!"

...

In fact, kau memang tak tahu beza Anna Aqeedah oi! Kalau tahu beza, dah lama kau sedar yang Zharif tu memang Rizqi!

...

Malas nak bertekak, mereka berdua membuat keputusan untuk berdamai.

"Zah, aku bukan nak ajak kau keringkan air liur kau tapi kau rasa apa Rizqi tengah buat sekarang?"

Aikk kenapa naik balik isu Rizqi sekarang ni?

"Dia tengah sibuk buat preparation nak nikahlah apa lagi..."

"Aku seriuslah Zah!"

"Hahaha, alaa ajak gurau sikit pun dah marah! Dia dengan hidup dialah. Dia bukannya wartawan gosip nak sibuk jengah kain orang sengkat ke labuh..."

"Hmm, ha entahlah."

Sekejap itu isu Rizqi terus mati dan mereka berdua berbual akan isu lain pula. Zehra sudah selamat mendirikan rumah tangga dan itu maksudnya majlis pernikahan Anna Aqeedah juga bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tipulah kalau Anna Aqeedah tidak berasa nervous tu!

Banyak benda dia fikir tapi semua benda tak nampakkan hasil positif.

Penatlah rancang macam-macam benda tapi habuk pun tak ada!

...

"Kau teruskan lagi ke plan nak batalkan majlis kau dengan Zharif?"

Zehra nak juga tahu perkembangan rancangan tak berapa cerdik kawannya itu. Zharif tu rasanya dah cukup serba serbi.

"Kau nak bersuamikan lelaki macam mana Aqeedah?"

Zehra bertanyakan soalan kedua sebelum Aqeedah sempat menjawab pertanyaannya sebentar tadi.

...

"Plan aku tu so far semua gagal. Kecuali ada satu benda je aku perasan Zharif tu macam tak puas hati dengan perangai aku..."

"Apanya dia tak puas hati?"

Maka bermulalah sejarah tok kadok disingkap semula.

"Memang patutlah dia terasa dengan kau Aqeedah. Sebabnya kau tak tanya pun pendapat dia sedangkan dia tu akan jadi orang penting dalam hidup kau."

Jawapan yang hampir sama dengan jawapan Zuzu.

"Zah, bukan senang aku nak bukak hati aku untuk terima dia dalam hidup aku."

"Aqeedah, aku percaya yang Zharif boleh jaga kau elok-elok macam mana abi jaga kau."

"Kau bukak hati kau sikit untuk terima dia, boleh?"

Zehra pandai bermain dengan perasaan Anna Aqeedah.

Kalau Anna Aqeedah pandai bermain dengan kata-kata, Zehra pandai bermain dengan perasaan.

Orang cakap persahabatan mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

...

"Entahlah. Aku ikut je percaturan Allah untuk aku Zah..."

Err, hati Anna Aqeedah tak tenteram mana bila Zehra tidak berapa memihak kepada dirinya.

...

*di dapur*

"Rizqi..."

Entah apa entah yang Anna Aqeedah fikirkan sampai-sampai dia boleh teringatkan lelaki itu.

Tiada kenangan manis antara mereka berdua dan pertemuan mereka sangatlah singkat. Adalah dalam tiga kali perjumpaan.

Tu pun impromptu.

Accidently terjumpa.

"Eii tak dapat bayangkan kalau aku kena hadap Rizqi as suami pula!"

"Cukup-cukuplah aku kena isytihar perang dengan lelaki tu masa zaman universiti."

Anna Aqeedah sangatlah tidak suka dengan kehadiran lelaki itu sebabnya dia suka sangat mencari salah Aqeedah dan kadang tu dia sengaja troll nama Aqeedah.

Sebabkan peristiwa enam tahun lepas di mana semua groupmate  membahan namanya! Cuma Zehra sahaja yang struggle tahan diri daripada join sekaki...

...

'Antara Zharif dengan Rizqi, lagi baik pilih Zharif!'

'Buang masa je aku hidup kalau aku pilih Rizqi.'

Penat eh kadang-kadang kalau ada memory loss tapi tak nak mengaku!

Kesian tengok penyakit sengal otak Anna Aqeedah ni kadang-kadang...

Kena buat CT scan gamaknya, hahaha.

...

Tapi tulah, confidence is the key to everything!

Contohilah Anna Aqeedah kalau nak rasa superior (tiber...)

...

Wajar ke kalau aku nak give up half way?

Banyak benda nak kena fikir lagi-lagi ini melibatkan masa depannya sendiri. 

Kalau anak jiran yang hadap masalah ini, sudah pasti Anna Aqeedah tidak akan semakkan otaknya dengan masalah macam ini!

Tapi tulah, yang hadap masalah ni bukan anak jirannya tapi dirinya sendiri.

"Ada satu je cara paling keji nak pastikan aku memang takkan kahwin dengan Zharif!"

"Cuma aku kena hadap satu lagi bala besar. Sanggup dengan tak sanggup je sekarang ni Aqeedah!"

The decision is yours!

...


P/s: Korang rasa apa cara papling 'keji' yang boleh selamatkan Anna Aqeedah? Cuba share sikit your idea (kalau rajin nak menaip!) Kalau tak rajin, sila VOTE. Ishh, aku dah macam reminder korang lak ek...

Salam Jumaat! 

Jangan lupa potong kuku, baca al-Kahfi and smile always!

GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now