*di rumah Aiman dan Maryam*
"Assalamualaikum..."
Salam Anna Aqeedah disahut oleh Aiman dan Maryam yang kebetulan baru selesai solat isyak di bilik solat.
"Aqeedah dah solat?"
"Dah abi, tadi dekat mall."
Aqeedah kalau boleh nak terus terbang naik bilik tapi Maryam sudah memberi isyarat untuk dia tunggu sebentar.
"Duduk kejap. Ibu nak cakap sikit dengan anak perempuan bernama Anna Aqeedah binti Aiman."
Kalau dah main seru-seru nama penuh ni memang takde can ah nak lari. Aqeedah macam dah boleh agak apa kebendanya yang ibu akan cakap!
Terus kesatlah rasa air liur sekarang ni!
"Bila Aqeedah nak jumpa dengan anak kawan ibu?"
"Tak tahu dan sampai bila Aqeedah tak tahu pun Aqeedah tak tahu."
Banyak betulss 'tak tahu' kau Aqeedah!
"Keluar untuk jumpa je. Ibu tak suruh Aqeedah terus kahwin dengan anak Orked tu..."
Ceit, macamlah Aqeedah tak tahu tektik Maryam! Member dah kenal sejak dalam rahim lagi kot!!
"Ibuuu, Aqeedah tak ready lagi nak kahwin. Umur Aqeedah belum masuk zone kertu lagi..."
"Habis nak tunggu di ambang kertu baru mengagau cari calon suami?"
Macam lirik Diambang Wati - cuma Maryam tukar Wati ke Kertu!
"Ibu cabut gigi tu baru tahu! Menjawab aje budak ni tau..."
"Ibu, mahal kot kos 'selengara' tulang mulut ni! Ibu modal asyik cabut gigi je..."
Aiman sudah ketawa bila mendengar jawapan anaknya.
Memang kuat loyarburuk!
"Ibu, ibu bagilah Aqeedah chance cari suami sendiri. Let me experience rejection, heartbreak semua tu..."
Itu semua alasan untuk tidak keluar dengan anak Makcik Orked! Tak dannya Aqeedah ni nak mencari calon suami!
"Jangan nak bagi alasan! Ibu tahu tu tektik kamu nak mengelakkan??"
Maryam lagilah master bab kenal luar dalam anak sendiri! Ingat Aqeedah sorang dah kenal Maryam...
Instinct mother-mother gitu...
'Memang kecundang jelag nampak gayanya Aqeedah!'
Sila back off!
Sebelum kau dengan secara paksa kena kibar bendera putih!
Press F for our fallen sister!
...
*di bilik tidur Aqeedah*
"Ciskeklah idea kau Zah! Tak jalan! Ibu dah set date dah untuk aku jumpa anak kawan dia tu."
"Kalau aku tahu Ibu datang usrah sambil-sambil nak cari jodoh untuk aku, memang lama dah aku pancitkan tayar kereta ibu!"
...
"Takpelah Aqeedah. Kau jumpa dulu. Tengok result dia nanti ngamsui ke ngamuk bila kau jumpa dia. Kalau ngamsui, alhamdulillah. Tapi kalau ngamuk, innalillah-lah nampak gayanya."
Betul juga. Kita tengok dulu kalau ngamsui- ok lah boleh teruskan. Tapi kalau ngamuk - boleh terus isytihar riot!
"Tapi Zah, aku gerenti takkan suka lelaki tu!"
"Kau jangan yakin sangat! Karang kang kau yang balik rumah merengek nak Ibu Maryam masuk meminang lelaki tu! Kau ni bukan boleh pakai sangat - kalau dah sampai angin kuntau alam kau, elok-elok ada 26 alphabets terus jadi 28!"
Banyak Zehra punya kuntau alam!
Jangan tanya kuntau alam tu apa. Tapi yang penting perkataan kuntau tu ada maksudnya.
Kalau cari dekat PRPM, inshaallah ada dalam carian - sila cari okii untuk penambahan ilmu gituuu.
Memang seakan-akan santau, tapi jangan risau! Masih in line with nasihat Luqman ; jangan mensyirikkan Allah.
#donetazkirah
*pagi sabtu*
"Nanti ibu send Aqeedah the address atau Aqeedah nak anak Orked datang untuk jemput?"
Err tak payah!
"Ibu send je alamat. Aqeedah tak teringin nak di-welcome-welcomekan dengan anak kawan ibu tu!"
"Ikutlah. Yang penting kenal-kenal dulu..."
Anna Aqeedah diam sahaja.
Tak nak komen lebih-lebih. Nanti ada yang kena headlock!
P/s: aku sambung dekat next part oki!! Walaupun dah nak cramp jari aku, aku akan tetap igtkan korang utk vote, comment and share! ❤️🥺❤️
YOU ARE READING
GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]
Short Story"Aku tak tahulah kalau-kalau masyarakat dekat Malaysia ni ada ikut mana-mana kitab yang cakap perempuan kena kahwin sebelum 26 tahun! Siapa langgar, dikira derhaka pada sanak-saudara dan jiran tetangga..." - Anna Aqeedah Selain daripada tak puas hat...