4

604 62 2
                                    

*Round 1 - let's go!*

Aqeedah, aku rasa kau boleh post iklan untuk cari jodoh!"

"Aku ada lah sorang dua member yang boleh tolong buat actual and virtual poster!"

"Amacam?"

Aqeedah terus tersenyum.

Senyuman yang kelihatan sedikit pelik...

"Wahai Fatimah Zehra! Kalau aku ni set-set Fazura, Neelofa takpun Mira Filzah dah lama aku keluarkan iklan 'MENCARI BAKAL SUAMI DALAM MASA SEMINGGU, SESIAPA YANG BERMINAT SILA TINGGALKAN NOMBOR TELEFON ANDA DI RUANGAN COMMENT DI BAWAH!' tapi masalahnya, aku ni bukan Fazura! Bayang Neelofa pun apatah lagi!"

"Jadi maksudnya kau tolak idea aku?"

"Aii!!! Sumpah, kejap lagi aku call sesiap ambulance untuk angkut kau bawa pergi hospital!"

"Silap-silap, aku rejam kau sebelum aku telefon talian kecemasan kejap lagi Zehra!"

...

Memang wajar kena rejam dengan straw besi!

Idea bukan main power, hahaha...

...

"Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas. Tarikkkk nafassss, LEPAS!!!"

Hmm.

*Round 2 - good games everyone!*

"Weh Aqeedah, cuba kau ingat balik muka-muka crush kau masa matrik dengan masa zaman degree kita ni. Kot-kot kau teringat kat sesiapa yang boleh jadi calon menantu Ibu Maryam tu ke?"

Jeda.

*Round 3 - try harder!*

"Hmm, takpun kau cuba ingat balik muka-muka budak yang kau pernah reject sebelum ni weh..."

Nasihat yang keluar daripada mulut Zehra boleh membuatkan Anna Aqeedah sakit jantung.

'Dah gila ke nak panggil budak-budak yang pernah direjectnya sebelum ni?!'

"Weh, aku ni tak sampai tahap kejam lepas tu gila meroyan nak pergi contact budak-budak yang pernah aku reject dulu weh..."

"Kau boleh tak bagi idea yang tak 'drop my water face'?"

'Tak tergamak aku nak bawa status anak ikan pergi jumpa ibu dengan abi! Memang dengan aku-aku sekali kena salai macam ikan dengan ibu.'

Aqeedah sudah penat fikir tambah pula dengan idea terlebih bijaksana Zehra!

"Dia orang tu semua junior weh, yang pangkat abang-abang semua mana ada! Zah, macam mana ni Zah? It might sound cliché but at the same time this is reality! Masa aku dengar sebutir-sebutir ayat ibu, aku rasa macam aku tengah mimpi jadi watak novel weh, tapi sebenarnya TAK!!!!!"

Dahlah pack lepastu laju pula tu setiap penerangan yang Anna Aqeedah beri kepada Zehra. Jenuh juga telinga nak tangkap satu-satu lepastu nak kena hadam satu per satu ayat-ayat itu.

Ingatkan Zehra sudah berputus asa untuk memberi pertolongan kecemasan, tapi memang betullah tiada istilah BERPUTUS ASA dalam kamus hidup Fatimah Zehra!

*Round 4 - offside!*

"Kau ingat Zharif Rizqi?"

Erk!

Mati selera bila mendengar nama lelaki itu.

Sampai bila-bila Aqeedah akan ingat nama si siamang hutan itu!

Terus sahaja tangan kanan Aqeedah mencampak tulang ayam ke dalam pinggan kosong kawannya!

"Tu idea paling bodoh rasanya kalau kau nak aku cari dia!"

"Hebat! Aku tak cakap apa-apa lagi kau dah tahu!!"

Anna Aqeedah terus membesarkan biji matanya.

Tanda geram!

Sebelum waktu untuk monopous, silap hari bulan isyak nanti terus Aqeedah monopous!

*Round 5 - congratulation, nice try!*

"Okay, okay. I'm dead serious. The only way to escape from getting married with Ibu Maryam's choice is kau kena lengahkan process suai kenal korang. Sebab kalau aku suruh kau cari calon suami sendiri, aku tahu kau akan upah mana-mana gangsters untuk buang semua koleksi straw aku!"

Hahaha apa punya threat lah Zehra ni!

Tak ganas langsung nak upah gangsters semata-mata untuk buang koleksi metal straw!

"I might consider that! Make sense juga idea tu sebab takkan suka-suka ibu suruh aku terima anak acik usrah tu sebelum adanya sesi ta'aruf!"

Tak sia-sia satu jam setengah yang mereka luangkan di dalam restoran itu. Ada juga hasilnya walaupun awalnya hanya membuatkan bacaan darah Anna Aqeedah naik mendadak!


P/s: Apa jadi dekat Zharif Rizqi? Dan siapa anak acik usrah yang Maryam nak sangat buat menantu tu?

GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now