32

497 72 2
                                    

Occassion ke-3

Imbas kembali untuk kali ke 3484920

Semasa mereka bermalam di rumah Orkid, memang panggilan Zharif akan berubah. Suaranya pun akan berubah. Lembut semacam.

Ni kalau ada award pelakon psychopath peringkat dunia ni, Anna Aqeedah boleh jadi nominee. Yelah sebab perwatakkannya boleh berubah sekelip mata sahaja!

Tak ke tu dikira psycho (?)

Huhuuu.

...

Semasa makan malam bersama, Anna Aqeedah sudah pasti menjadi menantu contoh.

Terus jadi manusia ringan tulang.

...

Bila Zharif nak ambil lauk, Anna Aqeedah cepat-cepat mengambilkan lauk buat suaminya.

Well, well, well.

"Biar Aqeedah ambik. Abang nak lauk mana?"

...

Kalau orang dengar tu rasa macam ikhlas sangatlah tu konon.

Tapi sayangnya tidak ikhlas mana.

Tolak 5 markah untuk level keikhlasan!

...

Semasa Zharif tidak berada di ruang dapur, Orkid dengan yang lain sudah ribut-ribut plan nak masak makanan best-best.

'Woww nak buat kenduri ke macam mana ni? Banyak betul lauknya lepastu semua sedap-sedap!'

Anna Aqeedah diamkan sahaja dan ada masa dia pun sama-sama bagi idea nak tambah lauk apa untuk esok malam.

...

Selepas persidangan dapur selesai, Anna Aqeedah melepak dengan anak sedaranya. Layankan kerenah budak berumur 4 tahun. Malam yang sejuk pun boleh berpeluh jadinya!

Terkejar sana sini.

...

Naik bilik tengok Zharif sudah lena.

"Penat betul dia hari ni. Hmm suami siapalah ni..."

Sambil-sambil tu tangan kanannya mengelus rambut Zharif.

Lembut.

"Sleep tight husband. Terima kasih sebab jadi suami yang penyabar. Aqeedah sayang abang."

Kali ini Anna Aqeedah bertindak sedikit berani sebab dia tahu Zharif kalau dah tidur memang tak sedar apa-apa.

Kalau rumah jiran kena pecah masuk pun silap-silap dia tak sedar!

Tapi kalau nak cakap baling bom pun tak sedar macam mustahil! Macam over semacam lena member tu kalau bunyi bom tak effect apa-apa.

Anna Aqeedah ikhlas bila mengungkapkan kata-kata itu. Cuma biasalah ego, mana pernah dia cakap macam tu bila Zharif tengah segar-bugar!

Lidahnya lumpuh agaknya kalau cakap macam tu depan-depan.

Hmm Aqeedah, Aqeedah...

...

Iye kawan-kawan, Anna Aqeedah kissed her husband's cheek!

Lepas dah wish good night kepada orang yg sedia tidur tu, Anna Aqeedah pun turut sama-sama tidur di sebelah Zharif.

...

Jeng-jeng-jeng!

Yang Anna Aqeedah sangkakan Zharif dah lena tu rupanya tidak!

Zharif sedar dan tak tidur pun! Dia pejamkan mata je sebelum benar-benar lena.

Alaaa 1st step before nak lena tu mestilah pejam-pejam mata. Kasi mata layu.

...

Jantung Zharif macam nak pecah bila tangan isterinya menyentuh rambut.

Tapi detak jantungnya jadi makin menggila bila bibir isterinya menyentuh pipinya!

Kalaulah ada cahaya dalam bilik ni mesti Anna Aqeedah akan perasan warna pipinya sudah memerah kerana membahang!

...

"Terima kasih juga sebab sayang sudi terima abang sebagai suami dan abang pun sayangggg Aqeedah wholeheartedly. Sweet dreams..."

Zharif lekas mencium ubun-ubun isterinya sebelum dia sama-sama dan betul-betul lena. Entah, dia suka bila Anna Aqeedah curi-curi tunjuk sayangnya buat dia.

...

P/s: Okay, sila Vote! Aku rasa jari aku dah lali type ayat yg sama hahahah! Tolonglah vote macam korang vote chapters sebelum2 ni oki!

Aku sambung kejadian lauk kenduri tu next chapter! Tengoklah, kalau rajin aku up next chapter minggu ni juga! Aku busy sikit sebab dah nak final ni lepastu banyak pula submissions nak kena settle.

Plus, cerita ni dah nak tamat ye! Tapi awas, aku dah ada idea utk cerita ke-3. Dan aku rasa ending cerita ke-3 aku nk buat lain dari yang lain 💁🏼‍♀️ tengoklah berjaya ke tidokk nk impress korang... btw, korang pernah baca ke 1st story aku??

GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now