*recent - 2021*
"Ahhhhh lega!!"
Seharian suntuk duk menghadap skrin laptop bersaiz 14 inci berjenama Macbook itu memang boleh buat Aqeedah nak mengamuk! Kering mata pun satu hal tak tambah lagi dengan sakit tulang belakang!
'Takpe, kejap lagi kita kasi enjoy sampai ibu seru untuk balik rumah!'
Walaupun penat kerana kerja yang menimbun itu, Aqeedah kembali bertenaga apabila sebentar nanti dia akan berjumpa dengan kawan baiknya!
Siapa lagi kalau bukan Fatimah Zehra!
Tak sangka persahabatan mereka berdua kekal dari tahun 2015 sehingga 2021! Harapnya akan terus kekal sampai syurga!
...
*di Restoran Nando's*"Aqeedah!"
Tak menyempat, Zehra sudah melambaikan tangannya bagi memudahkan Aqeedah melihatnya.
"Kau kenapa makin kurus ni Aqeedah? Banyak sangat ke problem dekat akaun yang kau kena jaga?"
Macam mana tak kurus Zehra oii! Member tengah dilanda badai besar!
Badai apa pula ni?
"Ibu suruh kahwin."
Terkeluar ice lemon tea daripada rongga hidung Zehra. Tak senonoh betul tunangan orang nilah!
"Seriuslah?!"
"Dengan siapa?"
"Pernah jumpa ke tak?"
"Tua ke muda?"
...
Kawan siapa ni? Tolong kutip kejap! Hailaaa banyaknya soalan nak kena jawab...
"Aku tak surelah siapa tapi apa aku boleh cakap tu stok-stok anak kawan ibu punya! Kawan usraj dialah aku rasa ni..."
Selepas menjelaskan secara ringkas, Aqeedah mula menyedut sedikit ice chocolate nya bagi melegakan tekak.
Agenda utama pertemuan mereka berdua pada malam sabtu ini adalah untuk merungkaikan sebarang possible solutions bagi masalah Anna Aqeedah.
"Aku tak tahulah kalau-kalau masyarakat dekat Malaysia ni ada ikut mana-mana kitab yang cakap perempuan kena kahwin sebelum 26 tahun! Siapa langgar, dikira derhaka pada sanak-saudara dan jiran tetangga..."
Memang tak puas hati betul! Apa masalahnya kalau aku tak nak kahwin lagi?
"Kalau betullah kitab tu wujud, alhamdulillah aku tak derhaka. Sebab aku dah nak kahwin. Kau jelah, dasar perempuan derhaka kepada sanak-saudara serta jiran tetangga!"
...
Diam.
Sebelum masing-masing tergelak.
Memang tiada kerja lain kalau dah bertemu empat mata!
Gelak dan merepek.
Haa memang bergu terhandal Malaysia!
"So apa solution kau?"
Zehra masih bermain-main dengan straw besi bewarna rose gold itu.
#sayangpenyu
"Kau bawa calon kau sendiri jumpa Puan Maryam dengan Encik Aiman..."
Eh eh eh
Sesedap air liur dia je suruh aku bawa calon!
"Kau nak suruh aku korek dekat mana?"
"Takkan tak ada satu langsung yang lekat dekat kau?"
Penghinaan secara halus dan telus.
Anna Aqeedah sudah rasa nak riot sahaja bila fikir benda ni. Masalah tu taklah besar mana, tapi masih melibatkan masa depannya.
"Menyesal ikut nasihat ibu!"
"Nasihat apa pula Ibu Maryam bagi dekat kau sampai menyesal bagai?"
"Takkan nak tambah koleksi title derhaka pula kot – derhaka kepada ibu!"
Selamba betul Zehra ni!
"Zah, karang ada yang akan makan bubur hospital seminggu karang!"
Sengih.
Persis kerang wangi.
#JanganJadiPerosakBahasa
(persis kerang busuk)
"Nasihat turun temurun ; jangan bercinta masa belajar. Pergi universiti untuk belajar bukan bercinta..."
Tangan kiri Anna Aqeedah sudah memicit kepala dan tangan kanannya pula menyuap Peri-peri chicken ke dalam mulut.
Zehra sudah tergelak.
"Aqeedah, aku rasa kali ni aku pula yang derhaka dekat mama. Sebab mama pun cakap benda sama, tapi tulah... aku sibuk menyulam kasih dengan Akid!"
"Bodo lah kau Zehra! Hahaha..."
P/s: korang rasa apa idea si pencinta penyu - Fatimah Zehra bagi menyelesaikan so called 'kemelut' hidup Anna Aqeedah???
YOU ARE READING
GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]
Short Story"Aku tak tahulah kalau-kalau masyarakat dekat Malaysia ni ada ikut mana-mana kitab yang cakap perempuan kena kahwin sebelum 26 tahun! Siapa langgar, dikira derhaka pada sanak-saudara dan jiran tetangga..." - Anna Aqeedah Selain daripada tak puas hat...